Dangai

Published Mei 18, 2012 by syarida
Tahu tak kuih ni? Ini kuih tradisi. Rencahnya cuma isi kelapa, tepung pulut dan gula saja rasanya.Nama kuih ni dangai.

Hmmmmm…Sedappp….
Advertisements

Tok, kayra Dan Kambing….

Published Mei 18, 2012 by syarida
Sabtu minggu lepas kita balik kampung. Rasa macam dah lama tak balik. Mama dah rindu sangat kat tok. Macam biasa, lepas jemput Kayra dari kindy, kita terus bertolak ke kampung. Kampung mama kat Jeneri. Ramai yang tanya mama, Jeneri tu kat mana ? Jeneri tu nama mukim, Kampung mama yang sebenar-benarnya bernama Kampung Langguk, Mukim Jeneri dalam Daerah Sik. Daerah Sik tu daerah kedua yang terbesar dalam negeri Kedah. Kalau nak ke kampung kita, tol yang terdekat adalah Plaza Tol Gurun atau Pendang pun boleh.
Wan Kayra ada bela kambing tau. Bela untuk suka-suka saja pada mulanya. Dulu masa wan baru saja pencen cikgu, wan cuma jaga kebun saja. Oh ya, wan kita ada kebun getah jugak tapi wan takla menoreh, upah orang. Ada satu hari tu, pak lang cakap dia nak bela kambing dan wan pun join sekali, lama-lama wan sorang saja yang bela sebab pak lang ada buat kerja lain.Kambing-kambing wan sangat membiak, tok kata, hari sebelum kita balik tu, ada lagi empat ekor anak kambing dilahirkan. Kandang kambing Wan ada dua setakat ni.
Bila semua adik-beradik kita balik, kita tak kisah nak memanggang kambing sekali-sekala. Pilih saja berapa besar yang nak.
Berbalik kepada cerita kampung,   Kayra ni penakut dengan kambing. Masa balik hari tu sempatlah mama bawak Kayra masuk dalam pagar kambing dan tengok kambing kat dalam kandang. Walaupun Kayra takut, mama paksa jugak dia bergambar sebab comel je tengok anak-anak kambing tu.

Mula-mula Kayra takut, mama dah masuk dalam tapi dia ada kat tepi pagar lagi tunggu tok. Anak kambing dah mai kat mama ni. Yang ni baru umur sehari ni. Dah pandai jalan.
Tolong tok tutup pagar pulak. Anak kambing ni suka bergambar agaknya sebab dia duduk je dekat mama.
Tersenyum-senyum kenapa ? Agaknya sebab anak kambing tu tak nampak dia kat belakang kot.
 
Tok, Kayra dan kambing…
 
” Hello goat”
 
Marah sangat la kat mama ni, orang nak tengok kambing, tapi mama asyik suruh toleh nak snap gambar.

Suruh duduk dekat sikit, tapi Kayra takut la. Anak kambing ni pulak asyik ikut Kayra saja.

Ala tomei-tomei

Ini baru sikit, yang nampak kat dalam gambar. Ada lagi yang tak nampak tu. Kat dalam kandang ada bilik-bilik. Kambing-kambing anak dara duduk dalam bilik kot. Hehehe….

Kayra pulak dok asyik tengok anak-anak kambing kat bawah luar kandang.

Dan bergambar pulak dengan tok.

Kalau balik kampung inilah antara aktiviti Kayra. kalau tak ke rumah mak lang, disinilah Kayra. Tapi Kayra takkan masuk dalam. Cuma dia akan panggil-panggil wan dari luar pagar. Kecuali lah wan atau tok bawak masuk dalam.

Tiba-tiba rasa macam nak makan lamb chop….

Itu Bunga Saya

Published Mei 16, 2012 by syarida
Hari-hari mamaPapa akan jemput kayra sama-sama. Walaupun mama habis kerja pukul lima. Mama sempat balik dulu, tengok tv sekejap, rehat-rehat tunggu papa balik baru keluar sama-sama ambik Kayra kat school. Bila petang takla rush nak kemana-mana, sempatlah mama borak-borak dengan teacher Pratibha pasal Kayra. Kalau boleh, tiap hari pun mama nak dengar cerita pasal kayra kat teacher.  Nanti teacher Pratibha akan cerita satu-satu, pasal kayra yang suka dreaming dalam kelas, suka jerit ‘quiet’ kat kawan-kawan, suka jadi pioneer dalam acara nakal tarik-tarik kerusi dan Kayra yang sangat suka tanya teacher, ‘cantikkan baju kayra ?’
Ini sekolah pertama kayra. Sangat banyak Kayra belajar dari sini. Pertama kali mama nak hantar Kayra, tujuan mama adalah nak bagi Kayra berkawan, ya la, kayra mana ada adik-beradik lagi. Dunia Kayra cuma mama dan papa. Mama nak Kayra berkawan dengan rakan sebaya. Rumah mama azie pun ada kawan tapi mama nak Kayra berkawan dalam suasana kindergarden.
Kawan-kawan Kayra ni ada melayu, cina dan india. Mama nak pergaulan Kayra tidak setakat melayu sahaja. mama nak anak mama pandai berkawan dengan kawan-kawan dari bangsa lain jugak. Antara sebab jugak kenapa Kayra dihantar kesini.
Sekarang ni dah pandai demand baju apa yang nak dibawak ke kindy. kalau dia cakap nak baju princess tu, ertinya nak gaun lah. Pagi-pagi lepas mandi, dah siap pakai uniform, kayra akan tunggu mama ambik baju kat dalam almari dan dia akan pilih sendiri baju yang akan dipakai kat kindy nanti.
Rambut pun dah panjang. Nanti mama nak potong sikit fringe tu. Belakang takleh pendek sangat sebab princess kan kena berambut panjang. Tapi mama tak lah nak biarkan rambut tu panjang macam rapunzel plak.
ok, dah ready nak balik rumah. Kepochi ni budak kecik ni. Dia kalau mama tak masak, dia cakap kat teacher dia mama tak masak. Kalau mama masak takmau cakap pulak. Selalu cakap kat teacher, mama beli nasi. Jarang sangat mama beli nasi tau Kayra, kalau ada pun nasi lemak seringgit.

Ini hari lain pulak. Kali ni Teacher Pratibha pulak yang hantar kat gate. Semua nak pink Kayra ni. Tapi ada satu pagi tu merengek-rengek cakap, ” Kayra nak skirt princess mama, purple colour”. Terus mama kau cakap, nanti petang cakap kat papa mintak papa beli.
Behave je nampak. Tapi bila kat rumah, hanya tuhan yang tahu. Kayra tak nakal, tak la terlalu nakal tapi dia sangat lasak. Dan sangat manja jugak.
Teacher Pratibha cakap, “There is something that Kayra want to give to mama”, ok. Rupa-rupanya sekuntum bunga . Hahaha, tapi Kayra  tak nak bagi. Kayra cakap, tu bunga dia. Ok la, tu bunga Kayra.
Ok takpa, kita bergambar dulu. MamaKayra Kita kan suka bergambar.

Satu lagi gambar. Gambar Kayra dan mama sempena hari ibu kat depan sekolah kayra.
Ok la, bergambar dengan papa pulak. Itu la kerja kita hari-hari kan kayra. Bergambar, bergambar dan bergambar.
Inilah sebenarnya bunga tu. Yang cikgu cakap untuk mama tapi Kayra cakap kayra punya tu. Mama sangat sayang kamu. Walaupun bunga plastik tapi sayang mama pada kamu bukan plastik tau.
Entry ni khas untuk sambutan hari guru sebab tu ada gambar sekolah Kayra. Kayra nak buat ucapan jugak lah…
Selamat Hari guru kepada Wan, Tok, Tok Honey, Ummi, Mak anjang, Pak anjang dan abang Rabani. Yang semuanya cikgu. Love You All..

Kereta Pertama Mama

Published Mei 15, 2012 by syarida

Mama ada satu cerita tentang kereta pertama mama. Kereta yang mama beli sesudah kira-kira dua tahun mama bekerja. Wah, sangat seronok mama masa tu. Rasa bangga tapi malangnya, mama tak berani pun nak bawak. Setahun mama tak pegang stereng lepas dapat lesen. Ye lah, mama kan ambik lesen kat Kedah lepas tu terus dapat kerja kat Kuala Lumpur. Mama nak pakai kereta siapa ?
Kerana kekangan tugas yang menuntut mama pergi ke tapak bina setiap hari, memang susah lah kalau tak ada kenderaan sendiri. Memanglah mama boleh naik kenderaan jabatan, tapi susah la.
So, selepas suatu hari tu. Terdetik di hati mama untuk beli sebuah kereta  (macam murah pulak, terfikir je dah boleh beli)  Maka mama pun pergilah berjumpa seorang ‘salesman’ dan mama tertariklah dengan kereta Kenari. Mula-mula mama memang nakkan myVi tapi masa tu kan kereta myVi baru diperkenalkan, kalau mama nak kereta tu, mama terpaksa tunggu sampai berbulan. Jadi, tak payahlah susah susah, mama ambik je Kenari.
Kereta Kenari merah mama ni nampak je kecil, tapi luas kat dalam, ye la, berpadananlah dengan harganya. Lagi satu kereta ni tinggi, puas bila kita memandu. Mama suka sangat.
Oleh kerana mama dah lama tak memandu sendiri masa tu, terpaksalah mama ambil kelas memandu sekali lagi untuk mantapkan skill pemanduan mama. Selepas tiga kali, mama rasa mama dah rasa confident balik. Lepas dapat kereta, ramai jugak yang bantu mama untuk ‘berani’ memandu di jalan besar.
Dari kuala Lumpur tahun 2006 mama pandu, sampailah mama bertukar ke Pulau Pinang dan sampailah anak mama lahir, jodoh mama dengan kenari merah kesayangan mama pun berakhir. Sampai sekarang, kalau mama berjumpa dengan mama-mana kenari merah, mama akan teringat kenari merah mama yang pernah mama namakan ‘Jimmy’ dulu.
Apakah Cerita Perodua Anda ?

 
Submit Your Perodua Stories at www.peroduastory.com.my

TO ALL MOTHERS…..

Published Mei 13, 2012 by syarida
When i came home in the rain, Brother asked “why no umbrella ? ” .  Sister advised, “can’t you wait for rain to stop ? ” .  Father angrily said “only when you get sick you will learn” .  Mother dried my hair, said  “stupid rain! could’nt it wait till my child came home” . That’s MUM. 
Blessed Happy Mother Day

Mee udang, kue teow udang, semua makan udang ke ?

Published Mei 11, 2012 by syarida
Jam satu tengahhari yang panas. Tengah-tengah boring tak tau nak buat apa,  ada plak kawan-kawan mama ajak pi Mary Kay kat Auto City.  Oleh kerana mama boring,  nak buat kerja pun malas ( hehehe…tu yang betul sebenarnya ) ,  mama pun join la depa.
Tertarik dengan lip balm Mary Kay tapi tak ada stok pulak dan kena order,  makanya selamat la duit mama limapluh ringgit.  Tak apa,  next time mama dapat la lipstik tu kan ?
Lepas gebang-gebang kat mary kay tibalah masa kami nak balik.  Jam kat tangan dah tunjuk pukul satu lebih.  Lapar?  Masing-masing dok bagi idea tempat makan.  Mula-mula ingat nak makan mi udang kat Juru tapi lepas sebuah kedai,  sebuah kedai yang kami pi tutup,  tak adalah rezeki kami kat JURU.
Idea spontan seorang kawan,  makan je la mi udang kat Batu Kawan… tanpa berlengah,  driver wira maroon tu pun bawaklah kami semua ke Batu Kawan.

Dah dapat yang dihajat. Ini pinggan Azian. Mi kuah udang.
Tengok tu masing-masing dengan hidangan berasaskan udang.
Kue Teow goreng udang Diana. Muka berseri beralaskan foundation Mary Kay. Kena masuk dalam wishlist ni…
Ye, saya memang suka tangkap gambar orang dengan makanannya.
Nampak itu nama gerai ?  Nampak itu pinggan Linda ?
Ini airnya penghilang dahaga.
Pada mulanya jual mahal konon takmau makan, akhirnya tewas. Masuk jugak lima ekor udang ni ke dalam perut. Udang sahaja tanpa mi atau nasi.
Nak makan, kopek kulit dulu ye. Kak Era kat sebelah, waima seekor udang pun dia tak order. Memang pendirian seteguh tembok batu.
Kak Era, adakah kamu, menjeling, menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang… sedap ni…..
Gambar kulit udang pun ada. Guarantee habis sepinggan udang…

Kami semua dah ready nak balik. Senyum bukan sebarang senyum. Ini senyum tanda dah kenyang…

Masa nak bayar sempat lagi bertanya dua tiga soalan. Adat berniaga mestilah jawab apa yang pelanggan tanya kan. Hari bekerja kedai bukak sampai pukul enam. Sabtu pun. ahad tu kadang-kadang je bukak. So, hari sabtu lepas ambik Kayra tu boleh la kan ?
Dan si tuan kedai bagi nombor contact kalau nak mai, call la dulu kot-kot takut tak bukak kedai. So ini nombornya…mama reveal kat sini kot-kot sapa nak pi…Gerainya kat depan Stadium Batu kawan.

012-4870521 ( Kak Cik )

Gerik sebentar cuma

Published Mei 10, 2012 by syarida
1 mei tu kan cuti hari pekerja yang jatuh pada hari selasa. alang-alang, isnin tu cuti je la sehari papa cakap. So, papa rasa macam nak bawak kita pergi Gerik la. Bermalam kat sana semalam dan boleh tengok apa yang ada kat Pengkalan Hulu sekali.
Ok, ceritanya bermula pada pagi isnin di rumah Tok Honey. Kita semua siap-siap pagi tu angkat barang semua.

Sambil-sambil angkat barang, sempat lagi Kayra ambik sekuntum bunga kat taman tok Honey selit kat celah telinga. Pastu suruh mamaPapa tangkap gambar. Lepas tu kita salam dan kiss kiss pipi tok Honey dan terus gerak. Tok Yang tak ada tau. kata tok Honey tok yang pergi KL, check up dan melawat family auntie Emma sekali. Kita gerak dari rumah tok Honey kira-kira jam sembilan pagi.

Mula-mula papa bercadang nak kesana ikut jalan Sumpitan katanya tapi last-last tak jadi pulak. Tak apalah, kita ikut je jalan melalui Kuala Kangsar. macam selalu-selalu tu…

Ok, dah sampai situ kiranya dah dekat la tu. agak-agak kita nak pergi depan, kiri ke kanan ? Ya betul. Tapi papa nak singgah tasik Raban sekejap.

Ok jap, papa call tanya kawan sat kat mana tempat yang kita nak singgah sekejap tu. dah lapar ni….

I tak kisah. I rasa tak lapar sangat lagi. Tapi kalau nak paksa jugak I makan, I ikut saja…

Ha, dah sampai. Restoran Tasik Raban. Papa nak sangat singgah sini makan ikan bakar.

Tapi bila tengok lauk tak jadi pulak ambik ikan bakar. Ambik ikan patin pulak. Tengok tu, kat pinggan mama ada rebung dengan masak lemak pucuk paku. Kayra makan jugak tu. Tapi asyik dok cakap, busuk, busuk je. Memang la busuk asap sebab orang dok bakar ikan… Cepat makan, kita tak sampai lagi ni tempat yang kita nak pi…

Kita dah sampai Gerik bila nampak ‘ini’ di tepi jalan…

Ya betul, kita dah sampai…. Tak tipu. Bila nampak ‘ini’ kita berada di Lapangan terbang kat Kem Askar Gerik.

Kita duduk hotel murah-murah je kat sini. Jadilah….

Lepas loading barang, mandi dan rehat sekejap. Papa ajak kita keluar. Kemana kita ye ?

oooo kesini…. Tapi, kat mana ni ek ?

Tasik Banding la Mama. Kat belakang tu ada sign pasal Royal Belum. Kat dalam Royal Belum tu ada pokok Pakma kata mereka. Ramai orang nak pergi masuk dalam hutan Belum tu untuk tengok keindahan Hutan dan memancing. Mereka tu siapa agaknya ye…?

35KM kita datang dari Gerik semata nak tengok tasik je, bergambar dan beli cikedis sebungkus untuk Kayra pastu kita gerak balik kesana. Last-last kita makan laksa jugak kat tapak pasar tani pekan Gerik. Hmmmm….papa…..
Lepas ‘berlaksaan’ dan makan ABC kat warung tu kita balik bilik sekejap. Panas. Mandi sat. Pastu keluar balik.

Aik, ni apa ni ? Suasana macam kat rumah orang je ni ?

Ya betul. Rumah kawan papa. Kita singgah sekejap rumah depa. Saja papa nak ziarah. Mama sangat suka baby itu. Sangat comel ok.

Balik dari rumah orang papa tunaikan janji pagi tadi pada Kayra. Kesian dia. bawalah sekejap main-main kat playground.

Sangat seronok dia.
Cerita Gerik habis disini. Sebabnya lepas balik dari playground papa dapat demam pulak. Malamnya sempat sekejap papa keluar jumpa kawannya. Janji papa lepas balik nak bawak kita keluar makan. Bila balik malam tu dalam pukul sepuluh kayra dah tidur. Kesian nak kejut, kita tak jadi keluar makan. Terus tidur dan panas badan papa naik mendadak. Jadinya pagi esok, kita check out awal. Cadangan nak ke Pengkalan Hulu dibatalkan sebab mama kesian tengok papa yang demam tu. Jadinya kita terus saja gerak balik ke Nibong Tebal.
Tak apalah, ada rezeki insyaAllah kita akan sampai lagi kesini dan dapatlah peluang ke Pengkalan Hulu nanti.
Selamat duit mama, itulah ‘orang’ kata… sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..

Orang tu siapa pulak ??