Papa

All posts in the Papa category

Kisah Lama, Filem Baru Di Penghujung Tahun….

Published Januari 1, 2012 by syarida
Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru kita. Umur dah bertambah, dah makin tua usai ‘tua mengejar kita. Mama ada banyak azam tahun ni. Tapi takkan nak publish kat sini kan ? Ini kali kedua kita sambut new year kat rumah kita sendiri. Kita boleh tengok bunga api dari balkoni rumah kita dan sambil-sambil membilang bintang, kita katakan dalam hati kita, inilah yang aku ada. Syukur Alhamdulillah….
Tengok bunga api kat balkoni rumah ?? Hmmm…mimpilah…Kayra tu penakut, bunga api yang cantik tu pun dia takut. So, mama cuma dapat selak langsir saja nak tengok fireworks. Macam mengintai pun ada…
Ok, back to the story. Hari sabtu bersamaan dengan 31 Disember 2011. Kita bangun pagi-pagi, siap-siap untuk pergi satu tempat untuk imbau kenangan lama. Pukul sebelas pagi, masuk saja tol, kereta dan motosikal berderet-deret. Di pertengahan jalan lepas saja persimpangan tol bukit Tambun, jalan dah sesak. Kereta bergerak perlahan sangat. Rupa-rupanya ada accident. Mama tak nampak motor, tapi mama nampak topi keledar bersepai atas jalan, mama nampak jenazah ditutup plastik hitam dan mama nampak darah berlumuran atas jalan. Sangat ngeri.
Kita ke Kota Kuala Muda, nama tempat yang betul-betul kat situ mama tak pasti, tapi kat situ ada kerja-kerja tambak tanah. Muara sungai sebenarnya. Kenapa kesini ? Sebab papa nak jumpa kawan lama dan tengok kapal korek yang pernah papa kerja dulu. Dulu-dulu la, kisah 7-8 tahun lepas. Kerja sekejap tapi kenangan bertahun. Kita pun diangkut sekali naik kapal korek. Seronok Kayra. Bukan senang nak dapat peluang naik kapal korek. 

Selesai kat kapal, dah sampai masa makan tengahhari. Kita balik ke Sebelah Penang, makan tengahhari kat kedai tepi laut, bukan penang kat pulau sana, tapi penang sebelah sini.
Lepas tu papa nak kotakan janji, janji pada kayra nak tengok wayang. Ini kali kedua kayra tengok wayang.
Tempat dituju, Sunway Carnival, ada GSC kat situ. Papa dah beli tiket online semalam, hari ni tunjuk bukti pembelian je dan ambik tiket. Kita tengok Alvin n Chipmunk kali ni k.
Macam-macam bekal dah beli untuk masuk cinema nak bagi kayra diam terpaku, ada popcorn, ada milo. Di pertengahan cerita kayra kat sebelah berkata, “Mama, nak rumah kita”.
Terima kasih kat popcorn sebab buatkan kayra berlama lagi kat dalam tu. Habis movie baru kita keluar.
Jalan-jalan kat dalam sunway Carnival, Kayra dapat belon dari orang yang tiba-tiba nak bagi, itupun ada yang mama tolak. Nak buat apa belon banyak-banyak.

Kita gerak balik terus ke Kuala Gula, hajat hati nak makan ketam lembut, tapi habis di order orang, tak ada rezeki kita, lain kali kita datang lagi.  Sedap jugak makan atas restoran rakit, tapi berjanggut menunggu order. Tak ada gambar disini sebab muka kita semua dah tak manis.
Sesudah di sini, papa ajak tengok fireworks tapi mama dah tak larat, dalam kereta tertidur pun dah mimpi macam-macam. Balik rumah, lepas mandi mama dah segar. Nak tengok bunga api dari balkoni rumah, tapi cik kayra melalak sakan, mama selak langsir je intai dari dalam.

Tahun baru Menjelma Sudah. Mama sambut  hari kelahiran Satu Januari.

Kenduri Kawan Papa

Published November 29, 2011 by syarida
Lepas turun dari Genting esoknya kita pergi kenduri tau. Anak kawan papa nak kawin. Kita pergi sekejap je sebab lepas tu nak terus balik. Nak singgah Taiping, Tok Honey demam. kayra nak tengok Tok Honey. Kesian Tok Honey.
Kenduri tu buat kat Dewan AU5. Kami sampai kat situ dalam pukul 12tgh. Jemputan belum ramai tapi ada la jugak dalam 10 meja bulat dah penuh. Banyak lauknya dengan dua jenis nasi. Tapi Kayra tak makan pun, cuma ratah ayam goreng je sikit. Puas mama pujuk suruh makan tapi Kayra tetap tak nak. Tak apalah, mamaPapa je makan. Sedap betul.
Pengantin akan sampai pukul 1.30ptg tapi kita tak dapat tunggu sebab jauh nak balik. Tapi mamaPapa sempat jemput tuan rumah datang rumah kita nanti bila-bila. Kawan papa tu dengan family pernah datang rumah kita dulu dan kita pernah bawak jalan-jalan Pulau Pinang.
Ok, bye-bye KL. Ini kali pertama Kayra datang Kulala Lumpur. Papa dah janji dengan Kayra, nanti papa bawak datang sini lagi. Jalan-jalan lagi.



Sabtu Sebelum 20112011

Published November 20, 2011 by syarida
Cantik tarikh hari ni kan ?
20.11.2011
Tapi mama nak cerita tentang hari sebelumnya..
Hari sabtu kayra pergi kindy jugak. MamaPapa nak kemas rumah. Bukan tak boleh mengemas kalau kayra ada, tapi perjalanan kerja takleh smooth sebab ada ada saja nanti kayra tu. Sharp pukul 12am mamaPapa jemput kayra terus bawak pergi kedai gambar kat Pekan lama Parit Buntar. Nak ambik gambar ukuran passport. Susah jugak nak ambil gambar dia. Jenuh jugak papa nak pujuk. Kalau papa pujuk cepat je dia ok, kalau mama lambat sikit. 
Lepas bergambar, papa ajak tengok rumah baru uncle awie. Uncle awie ni carpenter merangkap interior designer untuk rumah kita. Hehehe…Banyak perabot dalam rumah kita yang uncle Awie buat. Contohnya macam almari bawah tangga tu, uncle awie la yang buat. Tapi idea dari mamaPapa la…
Rumah tu baru je dia beli. Tengah renovate pun…
Dah berpenat kat sana, kita pun balik. Papa kata kita takyah makan nasi. Tengahhari tu, papa goreng burger saja untuk kita bertiga. Sedap la papa burger tu. Terima kasih sebab ringankan kerja mama hari ni.

Papa yang rajin dan budak merajuk

Published September 13, 2011 by syarida
Hari sabtu pagi-pagi lagi papa dah bangun cakap nak kemas rumah. Sementara papa intro kemas-kemas, mama masak. Mama cakap kat papa kita makan berat sikit pagi ni sebab banyak tenaga nak guna. Kayra masa ni tak bangun lagi, subuh tadi mama dah buatkan susu, sambil mata terpejam susu masuk ke perut pastu terlajak lama sikit la bangun pagi tu.
Bangun-bangun dia dah dapat satu aiskrim. Mama mandikan dia, hidang nasi pastu kami tiga beranak sarapan dulu. harap-harap tak mengantuk sebab pagi tu menu nasi lemak.
Tengah mamapapa mengemas dia pulak merajuk sampai bawak diri kebelakang langsir. Mama pujuk sekejap dengan kartun terus ok.
Dah mengemas kat bawah siap mop lantai papa dah surrender penat. Naik atas dan tidur. Mama carry on lipat baju. Mandi sekejap sampai la dengar suara papa dari luar bilik air…
“mama, temankan papa pi Pulau sekejap, ada kerja”
So, kerja mengemas terenti setakat itu sahaja hari sabtu. Tingkat bawah je yang sempat. Papa cakap, esok kita sambung dan kita tengok je la sambung ke tak sambung….