Outing

All posts in the Outing category

Gerik sebentar cuma

Published Mei 10, 2012 by syarida
1 mei tu kan cuti hari pekerja yang jatuh pada hari selasa. alang-alang, isnin tu cuti je la sehari papa cakap. So, papa rasa macam nak bawak kita pergi Gerik la. Bermalam kat sana semalam dan boleh tengok apa yang ada kat Pengkalan Hulu sekali.
Ok, ceritanya bermula pada pagi isnin di rumah Tok Honey. Kita semua siap-siap pagi tu angkat barang semua.

Sambil-sambil angkat barang, sempat lagi Kayra ambik sekuntum bunga kat taman tok Honey selit kat celah telinga. Pastu suruh mamaPapa tangkap gambar. Lepas tu kita salam dan kiss kiss pipi tok Honey dan terus gerak. Tok Yang tak ada tau. kata tok Honey tok yang pergi KL, check up dan melawat family auntie Emma sekali. Kita gerak dari rumah tok Honey kira-kira jam sembilan pagi.

Mula-mula papa bercadang nak kesana ikut jalan Sumpitan katanya tapi last-last tak jadi pulak. Tak apalah, kita ikut je jalan melalui Kuala Kangsar. macam selalu-selalu tu…

Ok, dah sampai situ kiranya dah dekat la tu. agak-agak kita nak pergi depan, kiri ke kanan ? Ya betul. Tapi papa nak singgah tasik Raban sekejap.

Ok jap, papa call tanya kawan sat kat mana tempat yang kita nak singgah sekejap tu. dah lapar ni….

I tak kisah. I rasa tak lapar sangat lagi. Tapi kalau nak paksa jugak I makan, I ikut saja…

Ha, dah sampai. Restoran Tasik Raban. Papa nak sangat singgah sini makan ikan bakar.

Tapi bila tengok lauk tak jadi pulak ambik ikan bakar. Ambik ikan patin pulak. Tengok tu, kat pinggan mama ada rebung dengan masak lemak pucuk paku. Kayra makan jugak tu. Tapi asyik dok cakap, busuk, busuk je. Memang la busuk asap sebab orang dok bakar ikan… Cepat makan, kita tak sampai lagi ni tempat yang kita nak pi…

Kita dah sampai Gerik bila nampak ‘ini’ di tepi jalan…

Ya betul, kita dah sampai…. Tak tipu. Bila nampak ‘ini’ kita berada di Lapangan terbang kat Kem Askar Gerik.

Kita duduk hotel murah-murah je kat sini. Jadilah….

Lepas loading barang, mandi dan rehat sekejap. Papa ajak kita keluar. Kemana kita ye ?

oooo kesini…. Tapi, kat mana ni ek ?

Tasik Banding la Mama. Kat belakang tu ada sign pasal Royal Belum. Kat dalam Royal Belum tu ada pokok Pakma kata mereka. Ramai orang nak pergi masuk dalam hutan Belum tu untuk tengok keindahan Hutan dan memancing. Mereka tu siapa agaknya ye…?

35KM kita datang dari Gerik semata nak tengok tasik je, bergambar dan beli cikedis sebungkus untuk Kayra pastu kita gerak balik kesana. Last-last kita makan laksa jugak kat tapak pasar tani pekan Gerik. Hmmmm….papa…..
Lepas ‘berlaksaan’ dan makan ABC kat warung tu kita balik bilik sekejap. Panas. Mandi sat. Pastu keluar balik.

Aik, ni apa ni ? Suasana macam kat rumah orang je ni ?

Ya betul. Rumah kawan papa. Kita singgah sekejap rumah depa. Saja papa nak ziarah. Mama sangat suka baby itu. Sangat comel ok.

Balik dari rumah orang papa tunaikan janji pagi tadi pada Kayra. Kesian dia. bawalah sekejap main-main kat playground.

Sangat seronok dia.
Cerita Gerik habis disini. Sebabnya lepas balik dari playground papa dapat demam pulak. Malamnya sempat sekejap papa keluar jumpa kawannya. Janji papa lepas balik nak bawak kita keluar makan. Bila balik malam tu dalam pukul sepuluh kayra dah tidur. Kesian nak kejut, kita tak jadi keluar makan. Terus tidur dan panas badan papa naik mendadak. Jadinya pagi esok, kita check out awal. Cadangan nak ke Pengkalan Hulu dibatalkan sebab mama kesian tengok papa yang demam tu. Jadinya kita terus saja gerak balik ke Nibong Tebal.
Tak apalah, ada rezeki insyaAllah kita akan sampai lagi kesini dan dapatlah peluang ke Pengkalan Hulu nanti.
Selamat duit mama, itulah ‘orang’ kata… sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..

Orang tu siapa pulak ??

Advertisements

Laksa Janggus

Published April 19, 2012 by syarida

Pagi hantar kayra ke kindy. Pastu MamaPapa pi sarapan. Pastu Pi Econsave plak beli barang. Time tengah tolak troli berat-berat ada lak call masuk. Sapa pulak yang rajin calling-calling time cuti ni ? Tengok-tengok nama maksu yang tertera.

” Ha, nak apa ? Cuti pun tak tau rehat ka ?”
” Saja ja call , tak mau mai sini ka jalan-jalan?”
“Cakap sendiri sama my bos “

Mama pun pass la phone tu kat papa, bla, bla , bla….ok…

” Ma, petang ni lepas ambik Kayra kita pi balik Pulau makan laksa”
“Ok, set..”

Maka mamaPapa pun kelam kelibut la beli barang, balik rumah susun barang-barang tu. Sidai baju, lipat baju, kemas-kemas. Papa ambik Kayra, mandikan dia, pukul dua baru keluar rumah. Jemput maksu kat Wonderlite terus gerak ke Balik Pulau, pukul tiga setengah kat depan kita masing-masing dah ada mangkuk laksa dan bihun sup. Hehehe….

Laksa nan semangkuk itu kita share bertiga. Takut tak habis. Memang selalunya kita akan share je, dah habit. Jarang sangat kalau tak ambik dari pinggan salah sorang walaupun dah ada makanan sorang sepinggan. Tebiat ke tabiat ntah.
Yezza… kalau hala ke bab makan…. serah ja….
Cik Kayra makan goreng pisang banyak tau hari tu. Sedap sangat kot…
Ha, makan. Selagi tak da orang bawak parang suruh berenti makan, jangan berenti….
Paksu kerja, kan?  so hari ni kita bawak la maksu jalan. Err… bihun sup ni maksu bayar k ….?
Semua mangkuk atas meja dah kosong nampaknya. Dah kenyang, jom balik…

Eh, maksu bergambar kat mana ni ?? Tepi pantai mana ni ?
Pantai ni kat sebelah BTN balik Pulau. Papa penah attend kursus kat sini sebab tu nak tengok sangat tempat ni.
Kita tak boleh tangkap gambar kem tu walaupun kat pagar luar. Ok, takpa la. mama letak je la gambar pantai. Cantik apa gambar pantai.
Lain kali kita mai lagi berkelah kat sini nak ? Tapi pantai ni takleh mandi-mandi sebab tak landai. bahaya pulak nanti.
Cik Kayra ni memangla kalau jumpa pasir. Menjerit-jerit tak mau jalan. Mula-mula tu maksu dukung. Maksu tak larat baru la papa take over.
Lepas tu kita terus hantar maksu kat rumah dia. Ada pasar malam kat kawasan flat tu, sempat lagi mama tapaukan ayam dan jagung bakar untuk kita. Kalau cerita makan, memang takkan habis….

Mama saya malas update blog…

Published Mac 23, 2012 by syarida
Minggu lepas papa asyik bawak kita kesana kemari. Mana boleh kita duduk rumah saja. Weekdays kerja, tinggal kayra kat nursery, hujung minggu kita jalan-jalan la. Masa ni la pun kayra nak main-main kat luar. Kalau tak, asyik terkurung je kat dalam rumah.

Hari sabtu lepas ambik Kayra kat kindy, kita pergi sini sebab papa nak survey handphone. Handphone papa dah rosak katanya. Sekejap je kita kat situ, kita naik jambatan pulak pergi ke pulau sana. Terus ke Komplek Bukit Jambul, sebabnya maksu cakap kat sana pun banyak kedai handphone. 
Kat situ kayra makan aiskrim dan jumpa chipmunk marry Brown ni. Tak takut pulak Kayra. Yang hairannya kalau clown mcDonalds yang keras tak bergerak tu dia takut sangat.
Tak puas hati kat situ, kita berpatah balik ke Pacific balik dan papa beli handphone kat situ.
Hari rabu kita ikut papa lagi . Kat tepi Sungai Kerian nak buat sambutan Hari air Sedunia peringkat Kebangsaan. Malam tu kita tengok persiapan, dah pasang-pasang khemah semua. Katanya Timbalan Perdana Menteri nak datang.


Bukan main seronok Kayra kalau dapat keluar, kalau kat rumah mama suruh buat alphabet writing bukan main liat dia. 
Sekarang ni mama jadi malas pulak nak update blog sebab nak upload gambar sangatlah leceh, tapi mengenangkan mama nak sangat catatkan cerita kita untuk kenang-kenangan. Mama gagahkan diri jugak. 

Disney On Ice

Published Mac 13, 2012 by syarida
Kayra suka hati bila papa cakap nak bawak Kayra jumpa Mickey mouse hari sabtu. Pamplet Disney On ice yang papa bagi pegang sampai lunyai dia usung sana sini. Sangat-sangat mengujakan bila dapat peluang untuk tengok idola kanak-kanak ni. Tambah-tambah bila mama cakap, princess pun ramai kat sana.
Show kita pukul empat setengah , pukul empat kita sampai dah ramai orang, parking pun jauh. Kat dalam kereta Kayra tidur, bila sampai je kat Pisa, mama kejut senang pulak bangunnya.
Tiket kita enam puluh lapan untuk tempat duduk bebas. Kita pilih tempat duduk tinggi supaya mudah nampak semua. Nasib baik nampak jelas walaupun kecik je nampak mickey tapi kira ok lah. Kayra tetap kenal mickey walaupun jauh.
Kita pernah datang sini masa tengok home deco dulu tapi mesti Kayra dah tak ingat kan ? Sangat seronok saya hari ini. Sebab saya dah semakin pandai, mama dan papa bawak jumpa mickey.

Panas terik masa tu walaupun dah petang. Mama pakai merah hari tu sebab nak feeling-feeling orang muda sekejap.

Banyak gerai-gerai kat luar. Tapi harga barang tak masuk akal lansung. So mama tak beli apa-apa untuk Kayra.

Muka tak puas hati sebab mama asyik nak bergambar saja, Kayra dah tak sabar nak tengok mickey tu…
Dan ini gambar-gambar semasa show. Sebab kita duduk jauh dari arena skating so gambar yang mama dapat snap kualitinya macam ni saja. Papa taknak bawak DSLR. Makanya, kualiti gambar setaraf kamera compact saja. harap maklum.
Sejam show, time break kira-kira setengah jam untuk maintainance. Ini adalah show ice skating makanya mesti ada kesan calar atas dataran ais tu. Jadi untuk elakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku maka depa kenalah ratakan balik lantai ais tu. Mama tengok dari jauh je kerja-kerja baik pulih lantai. Yang mama nampak depa tuang air je lepas tu kilatkan balik macam maintainance cuci polish tiles. Ada 2, 3 orang technician kot yang akan check kesan calaran.
Lepas selesai, show sambung balik selama sejam.
Dah habis show kita keluar dari arena dan sempat lagi kayra bergambar dengan favourite character Disney. Kayra suka sangat princess dan sudah tentunya mickey mouse. Ini bukan tempat khas untuk photoshoot disney ok, tapi dinding booth gerai disney. Tengok gerai tu cantik, tak ada orang pulak tu. So, apa lagi.

Dan selesai semua kita gerak keluar dari PISA. Dah lewat petang. Cuaca pun redup je. Pertama kali kayra boleh diam duduk kat tempatnya selama dua jam tak gerak-gerak.Sangat minat dengan mickey ye Kayra ?


Thank You papa sebab bawak Kayra datang sini jumpa Mickey.

Lepas show kita gerak balik rumah tok. Mungkin malam kita sampai sana.

Pulau Aman Somewhere in Penang

Published Februari 29, 2012 by syarida
Petang ahad tu Tok Honey dan Tok Yang mai rumah kita.Mama tak masak apa-apa untuk menjamu, cuma hidangkan kek yang mama buat semalam je kat tok Honey. Ada jugak mama tanya kat papa apa nak dijamu kat Tok berdua tapi papa cakap tak payah. Mama senang je, papa cakap tak payah means tak payah lah. Mungkin papa ada rancangan nak makan kat mana-mana.
Sesampainya tok Honey dan tok Yang kat rumah kita, mama hidanglah apa yang ada. Lepas zohor papa ajak keluar, mama dah agak dah mesti nak makan kat luar.
Papa ajak kita semua pergi Pulau Aman. Pulau Aman tu dekatlah jugak dengan rumah kita, perjalanan tak sampai 20 minit.

Kita dah sampai ke Jeti Batu Musang Batu Kawan. Panas terik masa tu. Panas-panas pun Kayra excited nak naik bot. Ada food court ke restoran terapung ntah kat situ baru buat tapi tak siap lagi. Sangat cantik. Bertambah lah tarikan jeti ni nanti.

Turun tangga nak ke tempat bot. Ini sebenarnya jeti baru, jeti lama dah jadi tempat nelayan angkat ikan je dah. Jeti baru lebih cantik dan lebih dekat dengan Pulau Aman. Masih baru dan menjadi satu-satunya pengkalan bot penumpang yang akan bawa pelancong dan pelawat Pulau Aman dari tanah besar.

Sangat suka gambar ini.

Gambar ini jugak…

Waktu ni kamera mama dah kehabisan bateri. Gambar ini dan seterusnya mama terpaksa copy dari kamera papa. Tok Yang tengok apa tu ?

Kita atas bot. Seronoknya Kayra masa ni dapat naik bot. Orang tak ramai sangat masa ni.

Tok Honey dan Tok Yang. Lovely Dovey.

Kita dah semakin mendekati Pulau Aman. Gambar dari atas bot.

Dah sampai dah kita. Perjalanan menaiki bot rasanya tak sampai 15 minit.

Apa yang ada di pulau ini, semuanya terlukis di sini.

Kita akan melalui jalan ini dari pengkalan bot Pulau aman ke Perkampungan nelayan.

Ini kat tangga sekolah, satu-satunya sekolah Kebangsaan disini.

Kita mula menjelajah perkampungan nelayan ini.

Kecil saja kampung ni, dalam setengah jam kita boleh habis pusing. Budak ni tak berenti-henti berlari. Penat mama nak kejar.
Ini gambar masa kita dalam perjalanan ke telaga emas.
Dah sampai pun. Ada satu telaga besar kat situ. Menurut cerita ada pernah ditemui batu yang berwarna keemasan disini, agak heboh masa tu tapi malangnya bila dikaji, bukanlah emas tetapi hanyalah batu berwarna emas. Rentetan dari kisah itu, telaga tersebut digelar telaga emas.
Kat sini boleh mandi manda dan mengutip remis. Suatu hari kita mesti datang sini mandi. Mesti…
Kebetulan berjumpa jugak dengan sepupu papa kat sini. Auntie nana bawak rombongan sekolah yang buat kem motivasi ke apa ntah kat sini. Sekolah Alam Shah.

Kebetulan berjumpa kat gerai makan. Apa lagi, bersembanglah kita sambil menunggu hidangan sampai.

Masa ni muka Kayra dah merah-merah sebab panas sangat. Terpaksalah mama ikat rambut dia dengan harapan taklah panas sangat berbanding masa rambut mengerbang.

Nampak tak tu ?  itu, yang dalam pinggan tu?  Makanan itulah yang masuk kat dalam perut kita petang tu.

Salah satu chalet yang boleh kita tinggal kalau nak bermalam disini. Sangat kedesaan. Banyak lagi chalet kat sini. Papa dah jatuh hati kat chalet ni. Nanti kita datang lagi k papa.
Permandangan disudut lain pulak. Di sana itu chalet terapung. Jauh sangat nak berjalan ke sana, mama dah penat.

ewah, kayra bergaya pelanconglah sangat.

One more times kayra.

Nama pun perkampungan nelayan kan, mesti ada bot dan mesti ada nelayan. Tapi kenapa semua bot satu colour je ?

Ok, masa untuk balik. Kita tengah tunggu bot untuk bawak kita balik ke tanah besar. Lupa, tambang pergi balik seorang adalah enam ringgit.

Dah sampai, cik Kayra katanya dah penat. Begini lah dia bila dah penat.
Ok dah, letih, panas dan kenyang, Balik rumah. Lepas Tok Honey dan Tok yang balik kita mandi segarkan badan, lepak-lepak atas katil dan terlelap. Sedar-sedar esoknya dah subuh.
Bangun bersiap, pergi school, pergi ofis.
End

Bandar Tasik Bukit Merah

Published Januari 16, 2012 by syarida
Papa kerja hari sabtu. Mama dengan Kayra lepak kat rumah saja seharian. Mama tak hantar Kayra pergi school hari tu sebab nak Kayra temankan mama. So, sepanjang hari Kayra dengan mama berparty kat rumah. Penat Kayra lari naik turun tangga sebab Kayra dengan mama main cari-cari nombor dan mama sangat puas hati sebab Kayra dah kenal number one to ten. Lewat petang baru papa balik, masa papa sampai Kayra dah tertidur kepenatan.
Oleh kerana papa tinggalkan kita hari Sabtu lepas, makanya untuk mengganti hari ketiadaan papa dengan kita tu, papa bawak kita bergumbira mandi-mandi main air kat Bukit Merah Water Park. Tempat tu dekat saja dengan rumah kita dengan perjalanan tak sampai setengah jam rasanya.
Tok Honey dan Tok Yang join kita hari tu. Bestnya Kayra dapat main-main air walaupun Kayra ni penakut air tapi masih enjoy kat sini.

Papa sewa pelampung besar yang Kayra naik berhanyut-hanyut kat dalam kolam. Mula-mula menjerit-jerit jugak tak mau naik sebab takut, tapi lepas pujuk-pujuk naik jugak lah dia. Mana boleh tak naik, rugi je la kalau dah sewa tapi tak naik.
Kat dalam ni ada 3 kolam besar yang berasingan. Kolam pertama ada permainan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kolam kedua lebh sesuai untuk golongan dewasa tapi kanak-kanak tetap boleh masuk dibahagian tepi yang bergerak seperti aliran sungai, aliran tu membentuk arus air dimana pelampung boleh bergerak sendiri walaupun tak ditolak. Kolam pertama pun ada aliran air tapi tak kuat sangat, kita kena tolak gunakan kaki kalau nak pelampung bergerak.
Kolam ketiga pulak luas. Ada wave tiruan, dah macam ombak pantai pulak. Kat dalam ni ada replika batu buaya dan penyu besar. Kat sini ramai orang berendam-rendam. Kat sini kayra main kat gigi air je. Ada jugak replika kapal. Boleh main slide kat sini.

 Sementara kayra dengan papaMama main air, Tok Yang baca-baca paper kat bawah wakaf. Tok Honey join kita jugak sekali-sekala.

 Penat dan panas. Tok Honey dengan kayra berenti sekejap makan aiskrim. Mahal makanan kat dalam ni. Kalau boleh bawak makanan masuk tadi, dah lama mama angkut segala jajan masuk dalam.

Dah puas mandi-manda. Salin baju basah. Kita keluar dari situ. Perut dah lapar ni sebab penat. Kita singgah sekejap kat food court luar taman air makan laksa sekejap.
 Dah settlekan laksa 3 mangkuk share 5 orang. Kita pusing sekejap kat kedai-kedai dalam tu. Dah puas hati lepas mama belikan satu pensn besar untuk kayra kita gerak keluar dari Bukit Merah Lake Town dan singgah sekejap untuk makan tengahhari kat kedai tepi jalan. Tok Honey belanja ikan bakar hari ni. Dah settle makan, salam-salam, kita berpecah. Tok Honey dan Tok Yang balik ke Taiping, kita pulak balik Nibong Tebal.

Selesai sudah aktiviti hari minggu kita. Penat betul hari ni. Esok kita bangun awal k, Kayra kena pergi school….

Satu Januari Kita, Senyum Seindah Suria….

Published Januari 2, 2012 by syarida
Buka mata pagi tu, hari ni satu januari. Cerah pagi ni. Kita nak keluar lagi. Makan-makan kat Pulau pulak hari ni. Mama tak tau makan ni sempena dengan Birthday atau tak, tapi yang pasti makanan ini akan sangat memenuhi selera papa. Dan akan bagi pengalaman baru kat kayra jugak. Kita jarang-jarang dapat makan kat tempat yang gelap dan romantik. Pagi tu trafik tak sesak lansung, mungkin semua orang bangun lambat lepas penat sambut tahun baru semalam

Anyway, hari ni birthday mama.

Dah sampai kat tempat ni. Mama dah terbau-bau well done steak.

Papa order yang sebelah kanan tu. Black pepper steak set with garden vegetables and spaggeti too plus hot tea for our gentleman papa.

Roti papa dah sampai. Kita cubit sikit sebab mama taknak butter.

Birthday mama with ‘comot’ daughter

Memang sudah ku rancang awal nak makan well done sizzling steak ni. Ada bake potato, ada jagung. Lime jus juga untuk menghilang dahaga.

Papa kata macam makan ratah-ratah saja.

Kamu cik Kayra, makan fries je k. Jagung mama pun kamu pau jugak, tak sempat mama nak rasa.

banana split sebagai dessert. Dia sangat menikmatinya.

Lepas tu kita lepak kat taman perbandaran sekejap.

Budak ini sangat suka bergambar sama juga dengan maknya.

Budak ini juga sangat suka bunga sama juga dengan maknya

 


Lepas tu kita tinjau-tinjau kat dalam Penang Times Square sekejap. Banyak lot kedai masih belum dibuka sepenuhnya. Bangunan ni pun baru lagi sangat.

Full House. Nanti kita try makan kat sini pulak tapi lepas maksu try dulu.
Lepas tu kita lepak lagi kat area Tanjung Pinang. Sempat kayra main kat playground sekejap.
Sebenarnya masa ni Kayra baru bangun tidur. Main buai pun terasa gayat lagi.
Bestnya dapat main-main walaupun sekejap.

Lepas tu kita jalan-jalan kat belakang tu, laluan pejalan kaki tepi laut terus ke Straits Quay Tanjung Penang

Karya tengok banyak bot parking kat situ.

Mama pun bergambar jugak sambil berkata dalam hati, “Bilalah kita akan ada bot sendiri….”

Father and daughter

Indah

Kita

Birthday mama, semuanya dah ada walaupun sederhana. Syukur. Tapi mama nak lagi sorang….

ehem, ehem…Ok tak layout baru blog mama Kayra ?