Mama

All posts in the Mama category

Kedai jahit Yang Tidak Kami Sangka, rupanya begini…..

Published Mei 27, 2012 by syarida
Cerita ni dah dua minggu dalam draft, tak tau macammna nak mulakan. Tertunggu-tunggu nak dipublish. Tak apalah. Masalah nak mengarang ni mula-mula ja, tapi bila enjin dah panas, ketuk saja keyboard, dah siap karangan. Lagipun, mana mama pernah tulis panjang-panjang kan ? Blog mama ni penuh dengan gambar saja.

Cerita ni berlaku hari rabu rasanya, dua minggu lepas.
Mama nak try tempah baju kat satu tempat tu. Kata kawan mama Diana, elok, cantik dan sedap dipakai kalau auntie ni buat baju. Mama pun ikut la dia pi kedai tu hari tu. Tapi, katanya jangan terkejut bila tengokkan kedai. Apa nak kisahkan kedai asalkan cantik baju yang dibuatnya. Pukul 12 setengah kami dah gerak keluar dari ofis ke Bagan Serai dengan misi nak tempah baju la konon.

Masa mula sampai. Gulp, rasa terpegun sebab selalu bayangkan kedai kain yang selalunya memang berselerak tapi yang ni, memang berselerak pun, kain bertimbun bergunung ganang, semak. Tapi yang membuatkan kami amazing dan hairan bertubi-tubi adalah kerana selain daripada kedai jahit, ini juga adalah sebuah kedai gambar….
Auntie tailor ( bukan nama sebenar ), yang berjaya membuktikan kepada kami bahawa pepatah, ‘don’t judge a book by it’s cover’ adalah benar belaka. Tengoklah meja pejabatnya….
Kak era sedang duduk di atas kerusi mari berfoto berlatarbelakangkan warna biru gambar ukuran passport. Betul tak tipu. Yang tegak berdiri tu studio lighting. Malangnya hari tu tak ada sesiapa nak tangkap gambar ic, kalau tak kami boleh tengok macammana situasi pengambaran.
Disebalik bebenang merah dibelakang mama dan Diana, terletaknya sebuah komputer tempat si photographer mengedit gambar. Ya benar, sang suaminya adalah  si photographer tersebut.
Kerja-kerja pengukuran kain sedang dibuat. Cantik kain cik fairy. Dibawah jam dinding adalah timbunan pola baju. Hmmm….
Maka berkatalah si baju biru turquoise di dalam hati, ” macammana dia nak ingat kolar baju yang banyak-banyak tu siapa punya” dan si baju coklat ni pulak tengah menghitung, hari ini, minggu depan, dan minggu lagi-lagi nak hantar tempah lagi baju baru. 
Taraa…auntie yang bersepah tapi hasil kerja tangannya sangat marvelous. Puas hati kata Diana.
Auntie tadi buat apa ?, tengah punggah longgok kain ke, cari baju costumer ? Hehehe…
Harus perutku yang lapar diisi dengan makanan itali. Wekk, muka melayu weh, tekaknya mau pizza. 
Bukan mama seorang, semua ahli rombongan hari tu. Puan Diana yang hanya makan semangkuk salad. Mama seorang yang makan pizza, bertiga lagi takmau kalah  dengan berspageti bagai. Hancur runtuh tugu azam nak berdiet.
Tiga keping pizza kecik tu mama boleh habiskan. Kalau papa ada sure menggeleng terteleng semua ada. Harus mama berlari tiga kilometer without fail atas treadmill nanti. Dah la pizza, ada sup lagi, air pulak bikarbonat, nak kata apa lagi, kan dah satu set.
Kalau nak tanya mama, kenapa kena ada entry tempah baju dengan acara makan-makan pulak lepas tu? Ada maksud tersiratnya.  Jangan nak salah tailor auntie tu gelak-gelak pasai ukuran badan, bukan main melantak lepas tu risau pasal berat badan. Entry ni entry motivasi untuk diri sendiri. Setelah beberapa hari tahan diri untuk berdiet, azam dan tekad punah hanya dengan perkataan ‘Pizza Hut’
Mari kita mulakan sekali lagi Wink  ! ! !
Advertisements

Yogurt ice cream

Published Mei 24, 2012 by syarida
Mama suka berebut-rebut yogurt dengan Kayra. Kalau mama beli letak dalam peti ais, kalau tak ada tu mama dah tau siapa yang ambik makan. Kayra dan mama sama-sama minat. Yogurt asli mama kurang suka tapi mama memang hantu yogurt berperisa. Yogurt drink mama suka jugak tapi kalau yogurt ice cream lagi-lagi mama suka.
Dan pada suatu hari, bos mama dah janji nak bawak mama makan yogurt ice cream kat tuti fruiti. Lepas dua tiga hari dia lupa. Dan lepas dua tiga hari kemudian tu pulak mama kembali menagih janji. Tidak boleh tidak, kena lah dia bawak. Kami pergi bertiga saja kerana kawan-kawan yang lain masing-masing ada komitmen lain. Jadi, kami bertiga yang tak berapa nak ada komitmen ni pun pi la Auto City sana. Undang-undang utama nak makan ais krim adalah kena pi masa cuaca yang panas, barulah nikmat aiskrim tu terasa. Sejuk je lalu kat tekak.

Jeng, jeng ,jeng…. adakah anda nampak di sana tu. Tuti fruiti. Yang tudung coklat tu Cik Faridah dan yang pakai baju kurung tu Kak Era. Dua-dua kawan pejabat dan itu jugak panggilan mama pada mereka.
Sekali lagi, dan mama rasa papa pun mesti tau kedai ni. 
Hmmm… macam ada makna ja mama dok tangkap gambar depan kedai ni banyak kali sangat. Harap papa faham bila baca entry ni…
Mula-mula pilih mangkuk. Pamkan aiskrim dan step seterusnya ialah nak pilih topping.
Ada macam-macam yang boleh kita tabur atas aiskrim. Susah jugak nak pilih. Marshmallow pun ada.
Tengok tu, kalau tak percaya sangat apa yang mama dok cerita ni… Takyah pening, ambik, tabur dan pi bayar. Banyak ambik, banyak la bayar sebab ikut berat ok.
Panjat tangga pulak naik atas. Nak makan kan ?
Nak kerusi merah, nak kerusi merah. Saya nak duduk kat kusyen merah. Dan, kami semua duduk kat atas kusyen merah tu…
Memang makanan aku, memang makanan aku.
Ini ais krim yogurt mama. Close up sikit.

Ini mangkuk ais krim mama.

Ini mangkuk aiskrim kak era. Sikit je dia ambik.

Cik faridah cuma makan buah-buahan. Katanya dia kenyang lepas makan nasi tomato untuk sarapan pagi.

Iye, mesti ada gambar kami berdua dari atas.

Dan gambar mereka berdua dari atas jugak.

Ada jugak  ‘akuarium’ kaca untuk pelanggan berkumpulan yang nak privacy.

Dan jangan lupa lap mulut anda yang comot bahana aiskrim yogurt masam tuti fruiti.
Lepas makan aiskrim kami rasa tak puas sebab rasa macam perut tak berapa kenyang saja. So kami singgah pulak McDonalds makan foldover. Lepas tu kami semua pakat menyesal sebab makan banyak sangat.
Kak era kata, “tak apa, tadi kita makan yogurt, masuk bakteria baik dalam perut”. Tapi kesian kat bakteria tu, dah mati kena hempap dengan foldover. Tu lah kan, nasib bakteria, jadi baik pun tak guna jugak.
Hahahaha…

Mee udang, kue teow udang, semua makan udang ke ?

Published Mei 11, 2012 by syarida
Jam satu tengahhari yang panas. Tengah-tengah boring tak tau nak buat apa,  ada plak kawan-kawan mama ajak pi Mary Kay kat Auto City.  Oleh kerana mama boring,  nak buat kerja pun malas ( hehehe…tu yang betul sebenarnya ) ,  mama pun join la depa.
Tertarik dengan lip balm Mary Kay tapi tak ada stok pulak dan kena order,  makanya selamat la duit mama limapluh ringgit.  Tak apa,  next time mama dapat la lipstik tu kan ?
Lepas gebang-gebang kat mary kay tibalah masa kami nak balik.  Jam kat tangan dah tunjuk pukul satu lebih.  Lapar?  Masing-masing dok bagi idea tempat makan.  Mula-mula ingat nak makan mi udang kat Juru tapi lepas sebuah kedai,  sebuah kedai yang kami pi tutup,  tak adalah rezeki kami kat JURU.
Idea spontan seorang kawan,  makan je la mi udang kat Batu Kawan… tanpa berlengah,  driver wira maroon tu pun bawaklah kami semua ke Batu Kawan.

Dah dapat yang dihajat. Ini pinggan Azian. Mi kuah udang.
Tengok tu masing-masing dengan hidangan berasaskan udang.
Kue Teow goreng udang Diana. Muka berseri beralaskan foundation Mary Kay. Kena masuk dalam wishlist ni…
Ye, saya memang suka tangkap gambar orang dengan makanannya.
Nampak itu nama gerai ?  Nampak itu pinggan Linda ?
Ini airnya penghilang dahaga.
Pada mulanya jual mahal konon takmau makan, akhirnya tewas. Masuk jugak lima ekor udang ni ke dalam perut. Udang sahaja tanpa mi atau nasi.
Nak makan, kopek kulit dulu ye. Kak Era kat sebelah, waima seekor udang pun dia tak order. Memang pendirian seteguh tembok batu.
Kak Era, adakah kamu, menjeling, menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang… sedap ni…..
Gambar kulit udang pun ada. Guarantee habis sepinggan udang…

Kami semua dah ready nak balik. Senyum bukan sebarang senyum. Ini senyum tanda dah kenyang…

Masa nak bayar sempat lagi bertanya dua tiga soalan. Adat berniaga mestilah jawab apa yang pelanggan tanya kan. Hari bekerja kedai bukak sampai pukul enam. Sabtu pun. ahad tu kadang-kadang je bukak. So, hari sabtu lepas ambik Kayra tu boleh la kan ?
Dan si tuan kedai bagi nombor contact kalau nak mai, call la dulu kot-kot takut tak bukak kedai. So ini nombornya…mama reveal kat sini kot-kot sapa nak pi…Gerainya kat depan Stadium Batu kawan.

012-4870521 ( Kak Cik )

Handphone dan kenangan mama

Published Februari 19, 2012 by syarida
Dua tiga hari lepas mama ada terdengar kat radio sembang-sembang pasal telefon bimbit. Terdetik pulak mama nak cerita pasal telefon-telefon yang pernah mama guna dari dulu hingga sekarang. Mama guna telefon yang sekadar ada fungsi utama, buat call, sms dan tangkap gambar dah kira cukup untuk mama.
Nokia model 3310 adalah telefon bimbit pertama yang mama guna. Mama beli telefon ni dalam tahun 2002 kalau tak salah mama. Masa tu mama tengah buat diploma kat poli lagi. Telefon ni sempat setahun saja denga mama. Hilang semasa mama diragut. Ya, mama pernah kena ragut dulu kat Taman Melati subuh-subuh masa mama nak pergi kerja. Tempat kerja jauh kat Damansara sana, kena naik LRT dan bas. Jauh. Jadi kena bertolak subuh-subuh. Sampai kat satu lorong gelap,  mama dengar ada bunyi motor dari belakang, tiba-tiba beg mama ditarik dan mama diseret. Habis muka mama luka berdarah. 
Sebulan lepas handphone pertama hilang mama beli telefon ni. Telefon ni beli dalam harga tujuh ratus lebih. Masa tu rasa macam mahal sangat. Tapi rasa macam yang ni lah paling canggih. Mana ada lagi telefon berkamera. Tapi sayangnya, tak sempat beberapa hari di tangan mama, telefon tu hilang lagi dalam satu kes kecurian. Masa tu mama tinggal dengan kakak kat Taman melati lagi. Rumah kena pecah masuk. Hilang Nokia 7210 kesayangan mama.
Lama jugak mama tak pakai handphone. Ada lah dekat-dekat 5 bulan. Ye lah, selama ni dah biasa ada handphone, tapi bila tak ada rasa kekuranagn pulak..chewah  !!
Awal tahun 2004 mama beli handphone lagi kali ni pilihan mama adalah Nokia 6610. Masa tu memang favourite nokia sangat. Masa tu tak ada handphone yang lagi prominent  daripada nokia. Seingat mama lah, mama beli dua kali handphone model ni. Bila 6610 yang pertama rosak, mama beli lagi model yang sama. Demam telefon berkamera dah mula melanda tapi mama macam tak tergerak hati lagi nak pakai handphone berkamera.
Awal tahun 2005. Mama dapat satu handphone bila mama jaga satu Projek Pembinaan di Mindef. Rasa macam seronok sangat sebab masa tu dah rasa macam teringin sangat telefon berkamera. Bila dapat saja Nokia 6600 ni, rasa macam impian jadi kenyataan pulak. Kamera ni dikenali sebagai kamera sabun jugak..
Awal tahun 2008, mama beli telefon lagi. Kali ni mama dah minat sangat dengan sony ericson. Ingat lagi, mama beli dengan harga seribu lebih kurang kat Plaza Low Yatt. Memang puas hati sangat dengan sony ericson ni. Kamera 2.5 megapixel, muzik pun best didengar. Sampai sekarang, Sony Ericson tetap menjadi pujaan hatiku. Model ni Sony Ericson K790i.
Tahun 2008, sempena dengan hari jadi mama. Papa bagi mama handphone. Mama ditanya model apa yang mama nak. Apa lagi terus la mama cakap nak Sony Ericson C902. Wah, sangat berbesar hati bila dapat apa yang diinginkan. Dengan Kamera 5 megapixel. Mama sangat suka. Apa lagi bila C902 inilah yang James Bond guna dalam Quantum Of Solace. Memang lama sangat mama pakai handphone  ni, sampai lah rosak dan mama pakai K790i balik. Apapun, Sony Ericson memang terbaik setakat ni.
Dan tahun ni, mama dapat handphone lagi sebagai hadiah hari jadi. TQ papa. Tahun ni mama nak ikut trend. Telefon android jadi pilihan mama. Tapi mama taknak la yang mahal-mahal. Kamera dah tak perlu sangat sebabnya, sejak jadi blogger ni, mama sentiasa bawak kamera kemana-mana pun. Mama pilih Samsung Galaxy Y kali ni. Mama sangat suka handphone ni sebab ringan, comel dan terkini.

Terima kasih papa kerana hadiah ini…

Jambatan Kedua Pulau Mutiara

Published Disember 27, 2011 by syarida
Lawatan pada 19/12/2011
Jambatan kedua ni dibina dalam daerah yang sama dengan mama bekerja tapi baru sekarang dapat peluang untuk tengok tapak.
Pada hari itu, mula-mula mama dan kawan-kawan diberi penerangan di dalam pejabat tapak dan kemudiaannya baru lah dibawa naik bot untuk tengok jambatan yang masih dalam pembinaan tu. Masa tu, ada group dari JKR Kuala Kangsar pun join jugak lawatan hari tu. Laju betul bot tu, basah muka mama dengan air laut yang terpercik. Tapi best, teringat bot kat Krabi dan bot laju yang mama naik dengan papa masa mama pregnantkan Kayra 6 bulan 3 tahun lepas. Hehehe.
Kami disediakan 3 biji bot. Rombongan pejabat mama seramai 10 orang muat untuk sebuah bot dan 2 bot lagi untuk rombongan JKR Kuala Kangsar. Setiap bot disediakan seorang staff jambatan untuk memberi penerangan dan menjawab apa-apa soalan yang berkaitan. Jadi, apa-apa yang menjadi persoalan kami tanya saja dan ‘dia’ akan menjawab on the spot.
Projek Jambatan Kedua ni memulakan pembinaan pada 8 november 2008 dan dijangka siap pada 8 November 2013 dimana ia dijangkakan mengambil masa 62 bulan tempoh pembinaan dan projek ini adalah milik Lembaga Lebuhraya Malaysia. Projek ini dipecahkan mengikut pakej dimana setiap pakej mempunyai kontraktor tersendiri.
Jambatan ini akan mengandungi  laluan dua arah dan setiap satu petak adalah mengandungi 2 laluan kenderaan dan setiap satu arah terdapat laluan motosikal berasingan yang terpisah. Rekabentuk laluan tersebut adalah berbetulan dengan JKR U5 standard. 
Jambatan ini akan dihubungkan dari Batu Maung Interchange di Bayan Lepas Expressway, Batu Kawan Cloverleaf Interchange di PDC Road dan Batu Kawan Interchange di Lebuhraya UtaraSelatan( kM 154.7).

Tuala Buat Menyapu Si Air Mata….

Published Disember 8, 2011 by syarida
Ada orang cakap, banyak sangat ke duit selalu pi jalan sana, pi jalan sini ? Selalu beli itu selalu beli ini ? Hmmm… kami bukan berjalan selalu pun, membeli pun jarang-jarang. Baru-baru ni beli pinggan pun banyak yang kakak mintak tolong belikan. Sampai sakit bahu angkat pinggan yang berat-berat tu. Ni nak kena mintak upah jugak ni nampaknya. Bagi yang bertanya, kilang pinggan tu buat sales dalan 3 hingga empat kali setahun. Ada flyer yang akan terbang ke rumah kita bila depa nak buat sales. Kilang tu namanya Miyoa Toki kat Kulim Kedah. Ada tiga kategori pinggan-pinggan yang dijual, first grade, second grade dan third grade. Kalau ada masa pergilah, cantik tapi kena pandai pilih kalau nak beli yang gred 3 tu. Bagi peminat milk Glass, atau peralatan pinggan mangkuk berwarna putih, mesti gila punyalah membeli. Kena pi sendiri, baru tau ‘kegilaannya’. Bukan menghasut tapi ini reality. Baru-baru ni banyak koleksi untuk krismas, kita yang tak sambut krismas ni pun rasa seronok jugak. Memangla makanan tak akan jadi sedap kalau hidang kat pinggan lawa-lawa. Tapi seronok jugak hati kalau tengok makanan terhidang cantik kan ??
Cerita pasal travel pulak. Kami suami isteri ada hobi melancong, tapi duit pulak kurang. So, sebelum planning kemana-mana tu, kami mengumpul modal jugak lah. Maklumlah kalau golongan ‘marhain’ ni. Selalunya tiket beli awal-awal. Surf internet kemana nak pi. Cari hotel yang ada offer menarik. Kami tak tinggal kat hotel mahal-mahal, cukup lah sekadar nak lelap mata kan ? Yang penting melancong tu…
Cerita panjang plak. Ni kali ni nak habaq pasai kilang ‘tola’ pulak. Kali ni pi waktu hujung-hujung sales nak habis. Tuala pun dah tak banyak. Tahun lepas pergi masa hari pertama, banyak betul. Terkejut mak nak… Ada berjenis-jenis, facial towel, pool towel dan macam-macam lah. Ada towel yang reject, ada towel yang customer terlebih order ada yang masih berbalut plastik lagi. Dari sekecil-kecil tuala, sampai yang besar boleh dibuat selimut. Kali ni pun tak beli untuk diri sendiri, beli untuk kakak. Tengok tu, nak beli untuk orang pun boleh tumpang seronok.
Huh, kalau cerita bab membeli dan jualan kilang memang tak larat la. Itu belum lagi kilang kasut pallas buat sales. Dah la, dah la.
Kita tengah packing lagi ni, nak pi makan tomyam dan berjemur kat tepi pantai….

Dua Hari Mencari Pinggan

Published Disember 6, 2011 by syarida
Tajuk nak dekat sama dengan filem 30 hari mencari cinta. Tapi mama nak cari pinggan plak kali ni. Selama 3 tahun berturut-turut sejak mama kat sini memang dah jadi acara tahunan mama beli membeli pinggan. Kilang Miyoa Toki tu buat sales. Katanya dulu buat 3 kali setahun, sekarang dah 4 kali pulak.
Last jumaat mama pi dengan kawan-kawan, pastu ahad mama pi lagi dengan Kayra dengan papa. Hari ahad tu mak anjang pun nak join sekali. Kayra mama tinggalkan dengan papa kat depan main-main dengan najla manakala mama dengan mak anjang masuk plih pinggan. Mana boleh ikut, nanti susah mama nak memilih.  Kali ni mama tak la over sangat membeli. Tapi banyak jugak mama beli sebab ummi pesan mintak mama tolong belikan untuk dia. Mama apa lagi, memang mama minat pun pinggan mangkuk ni.
Nak cerita pasal suasana, memang la meriah dengan pecinta-pecinta pinggan. Penuh dengan adegan mengelap peluh sebab memang panas kat situ. Bersesak sesak memilih pinggan dan mangkuk apatah lagi time nak bayar. Berebut nak cepat-cepat bayar. Pekerja-pekerja tu ada jugak minta untuk berbaris masa membayar. Tapi ‘ada aku kisah’, mana ada yang dengar sebab ramai-ramai macam tu.
Mama tak tau la nak cakap apa, tapi mama memang minat dengan peralatan dapur. Tapi mama berpada-pada jugak dengan apa yang mama beli sebab kita tak ada space yang besar kat dapur kita untuk simpan perkakas yang banyak. Tapi, apa yang mama beli semua mama guna tau. Mama suka bila menghidang, semua tersusun cantik atas meja makan kita.
Lepas ni mama nak kumpul koleksi yang first grade pulak.
Puan mama tengah buat quality check untuk barang-barang yang ingin dibeli.
Cuba cakap siapa yang tak geram tengok pinggan yang tersusun begini ?
Setiap barang yang nak dibeli mesti pilih dengan teliti. Jangan ada retak, jangan ada bentuk yang kurang sempurna.
Yang ni permandangan hari jumaat, tak ramai sangat orang.
Lepas beli semua, ambik resit lepas tu pi collect pulak free gift. RM 20 untuk satu pinggan seramik.
 Hari ahad, mak anjang join membeli. Yang ni kat bahagian second grade. Kat sini lagi mama ‘gila’ menengoknya.
Pilih mak anjang pilih. Lepas tu kami pi bahagian first grade plak. Kat situ pun mak anjang beli banyak jugak.