Kerja papa

All posts in the Kerja papa category

LED Display Messanger Unit

Published Mac 27, 2012 by syarida
Pagi pergi tepi Sungai Kerian, malam plak kita beli benda alah yang papa nak pasang kat ofis tu. Hari tu masa kita datang pertama kali kat kedai ni untuk survey, esok tu papa jumpa bos dan bagitau harga semua. Bos papa bagi greenlight makanya malam ni kita datang beli la.
Macam biasa, mama dan anak mama akan cam whore.
Tadaa… 

Kalau tak salah mama benda ni harga dalam enam tujuh ratus jugak la. Sesuai digunakan kat kaunter-kaunter, pejabat dan kedai-kedai. Perkataan-perkataan atau ayat-ayat boleh diubah ikut selera sendiri melalui software yang akan dibekalkan pada kita. Kalau rumah tak sesuai rasanya, tapi tak tau la kalau nak pasang kat depan pintu display gerak-gerak  ‘selamat datang’ kat depan pintu rumah plak. Tapi mama memang tak pernah tengok la benda alah ni pasang kat rumah plak.
Mungkin ada orang yang nak tunjuk kreatif, mana kita tahu.

Dah bawak balik rumah, papa test kat rumah dulu. Hari ahad pasang kat ofis. Habis anak buah dikerahkan pasang benda tu pagi-pagi lagi.

Nampaknya, semua orang dah dapat gambaran jelas tentang LED display messanger unit ni. Hehehe…

“Tokei, sila bayar saya”

Advertisements

Kita cari lampu malam-malam

Published Mac 27, 2012 by syarida
Dua tiga hari ni papa asyik cakap pasal LED display messager. Apa tu ? Ala macam papan iklan berlampu yang selalunya ada display kat kaunter-kaunter atau kat kedai-kedai yang paparkan selamat datang, welcome dan lain-lain. Mama nak cerita pun mama bukannya tau sangat. Papa nak pasang kat ofis. Pejabat papa yang nak bayarkan, jadi papa ditugaskan untuk membeli dan memasang alat tu kat lobi pejabat.
Dek kerana nak mencari benda alah tu, kita pun dikerah sama menemani papa. Bila sebut saja pasal LED display tu, kita semua dah tune ke satu kedai kat Pacific. Jadinya, petang tu jugak kita sampai kat kedai lampu tu.
Papa kan electric man, jadi sebanyak sedikit kita pun hidup dikelilingi dengan benda elektrik jugak.

Sedang papa sibuk dengan hal memilih benda, kita pulak sibuk bergambar. Jenuhla Kayra mama paksa berposing dengan pokok-pokok lampu. Bermacam warna dan saiz pokok lampu ni. Cantik sangat. Rasa macam nak angkut balik pun ada.
Hari ni papa cuma tengok jenis dan survey harga. Papa ambik gambar barang tu dan esok boleh la dipanjangkan pada bos tempat kerja papa.
  Lepas balik dari pacific, papa ajak makan nasi dalca kat depan Telekom Butterworth. Tempat tu dah jadi port wajib kita kalau terasa nak makan kat area-area sana. Selesai sudah makan kita gerak balik dan sempat singgah sekejap kat ‘shop-in ‘d park’ kat Autocity. Kita tak pernah datang sini. Banyak betul kedai. Barang-barang yang dijual kebanyakannya baju-baju ala-ala factory outlet. Banyak jugak benda lain, bila datang sini, terasa macam kat pasar malam kat Batu Feringghi pun ada.

Sementara mama dok usha-usha kain baju yang berejam-rejam mama dok belek tapi tak beli pun tu, papa bawak kayra driving kereta mainan. Antara sebab Kayra rapat sangat dengan papa, sebab inilah, apa saja mainan yang Kayra nak try papa mesti iya kan je. Tapi kalau mama, no way. Malas la mama mama nak tercongok tunggu kat situ. Nasib baik kita ada papa kan ?
Lepas berjimba kat situ sejam dua, kita terus bertolak balik rumah. Esok jumaat, Kayra tetap kena pergi kindy. Lambat macammana pun, pukul 6.45 pagi esok, kayra tetap kena bangun mandi dan bersiap pergi school.

Lampu Isyarat Malam

Published Januari 6, 2012 by syarida
Malam tu kan papa nak keluar tengok traffic light. Ala, ada traffic light baru pasang dan papa nak tengok kontraktor setting. Traffic light tu kat persimpangan tiga. Papa kata kat mama, kalau nak ikut boleh la. So malam tu kita ikut lah papa. Mula-mula mama ingat kita nak nauik kereta tapi rupa-rupanya nak naik motor. Apa lagi, seronok la Kayra.
Kita keluar dari rumah pukul 8. Mula-mula mama ingatkan sekejap saja, tapi sampai pukul sepuluh juga kita kat situ. Hujan ada turun juga rintik-rintik sekejap. Tapi nasib baik tak lebat. Best jugak malam tu. Kayra makan angin kat tepi jalan.
 Tengok tu. Dalam dua jam tu, asyik menari je dia. ( Abaikan mata mama, malas nak edit)
 Sana sini lari, nasib baik tak lari tengah jalan.
 Kita sama-sama buat kerja malam tu
 Kontraktor tu tengah buat setting. Papa pangku Kayra

Cak, Kayra

Time ni kerja tak settle lagi tapi dah hampir siap.
Traffic light baru setting, pengguna jadi keliru sikit. Susah juga nak bagi orang awam faham kan. Yang jadi masalahnya, nak kena telly denga traffic light satu lagi kat depan sana. Bising jalan tu dengan hon malam tu.

Kuala Kurau Tanpa Cik Kayra

Published Oktober 30, 2011 by syarida
Sabtu pagi, kayra kena ke kindy jugak. MamaPapa ada banyak hal nak diuruskan. Papa saja sebenarnya tapi papa nak jugak mama temankan. Papa nak pergi tengok kerja kat Kuala Kurau. 
Lepas hantar Kayra ke kindy, mamaPapa pergi sarapan kat nasi kuning dan terus kesana. 
Mula-mula kami ke jejantas kuala Kurau dulu, lepas tu ke Pekan Kuala Kurau pulak.
Sambil-sambil papa tengok kerja kat feeder pillar ( betul ke eja ni ? ), mama snap gambar bunga-bunga liar. 
Kerja-kerja kat Papa kat Pekan Kuala Kurau buat kat atas jambatan. Besarnya Kuala Sungai yang mama nampak. Kerja-kerja kat situ ganti lampu yang rosak kat atas jambatan yang menghubungkan antara  dua daratan di kuala sungai. Melalui jambatan itulah, orang dari perkampungan nelayan lalu kalau nak pergi ke Pekan Kuala Kurau. Cuma motosikal dan basikal je yang boleh lalu, kereta tak boleh.
Nasib baik Kayra tak ikut, kalau tak, bahaya jugak kita duduk tengok-tengok kat atas jambatan tu sebab banyak betul motosikal yang lalu.
Kita tengok gambar nak ? Gambar Mama, gambar papa, dan gambar Pak Ya kawan papa…