Kayra

All posts in the Kayra category

Kad Hari Guru

Published Mei 24, 2012 by syarida
Lepas dua hari baru Kayra bagi kad dan hadiah hari guru tapi petang tu teacher Pratibha tak ada jadi Kayra cuma serahkan kad tu kat teacher Chang. MamaPapa bawak kad tu dari rumah dan mintak kayra bagi kat teacher chang masa nak jemput Kayra balik.
Ini kali pertama Kayra sambut hari guru dan bagi kad kat cikgu.
Mama print dan buat sendiri kad ni.


Ini hadiah yang kayra bagi kat semua teacher Kayra kat school.
Mula-mula takmau bagi.
Pastu nak bagi tapi malu-malu pulak.


Teacher Chang ni favourite teacher Kayra kat school. Dia Chindian.


Ramai lagi kawan-kawan Kayra yang tak balik lagi walaupun dah pukul enam petang.

Alang-alang mama panggil semua bergambar sekali.
Ok, semua angkat tangan.




Kayra tak ada masalah nak ke sekolah tapi sedikit bermasalah masa nak bangun pagi tapi mama masih anggap tu normal bagi kanak-kanak sebaya Kayra. Tiap malam kena bagi tidur awal kalau takmau mood dia tak elok bila pagi. Tapi kalau kita keluar malam, kita kena balik la awal sikit sebab nak bagi Kayra tidur awal.


Advertisements

Itu Bunga Saya

Published Mei 16, 2012 by syarida
Hari-hari mamaPapa akan jemput kayra sama-sama. Walaupun mama habis kerja pukul lima. Mama sempat balik dulu, tengok tv sekejap, rehat-rehat tunggu papa balik baru keluar sama-sama ambik Kayra kat school. Bila petang takla rush nak kemana-mana, sempatlah mama borak-borak dengan teacher Pratibha pasal Kayra. Kalau boleh, tiap hari pun mama nak dengar cerita pasal kayra kat teacher.  Nanti teacher Pratibha akan cerita satu-satu, pasal kayra yang suka dreaming dalam kelas, suka jerit ‘quiet’ kat kawan-kawan, suka jadi pioneer dalam acara nakal tarik-tarik kerusi dan Kayra yang sangat suka tanya teacher, ‘cantikkan baju kayra ?’
Ini sekolah pertama kayra. Sangat banyak Kayra belajar dari sini. Pertama kali mama nak hantar Kayra, tujuan mama adalah nak bagi Kayra berkawan, ya la, kayra mana ada adik-beradik lagi. Dunia Kayra cuma mama dan papa. Mama nak Kayra berkawan dengan rakan sebaya. Rumah mama azie pun ada kawan tapi mama nak Kayra berkawan dalam suasana kindergarden.
Kawan-kawan Kayra ni ada melayu, cina dan india. Mama nak pergaulan Kayra tidak setakat melayu sahaja. mama nak anak mama pandai berkawan dengan kawan-kawan dari bangsa lain jugak. Antara sebab jugak kenapa Kayra dihantar kesini.
Sekarang ni dah pandai demand baju apa yang nak dibawak ke kindy. kalau dia cakap nak baju princess tu, ertinya nak gaun lah. Pagi-pagi lepas mandi, dah siap pakai uniform, kayra akan tunggu mama ambik baju kat dalam almari dan dia akan pilih sendiri baju yang akan dipakai kat kindy nanti.
Rambut pun dah panjang. Nanti mama nak potong sikit fringe tu. Belakang takleh pendek sangat sebab princess kan kena berambut panjang. Tapi mama tak lah nak biarkan rambut tu panjang macam rapunzel plak.
ok, dah ready nak balik rumah. Kepochi ni budak kecik ni. Dia kalau mama tak masak, dia cakap kat teacher dia mama tak masak. Kalau mama masak takmau cakap pulak. Selalu cakap kat teacher, mama beli nasi. Jarang sangat mama beli nasi tau Kayra, kalau ada pun nasi lemak seringgit.

Ini hari lain pulak. Kali ni Teacher Pratibha pulak yang hantar kat gate. Semua nak pink Kayra ni. Tapi ada satu pagi tu merengek-rengek cakap, ” Kayra nak skirt princess mama, purple colour”. Terus mama kau cakap, nanti petang cakap kat papa mintak papa beli.
Behave je nampak. Tapi bila kat rumah, hanya tuhan yang tahu. Kayra tak nakal, tak la terlalu nakal tapi dia sangat lasak. Dan sangat manja jugak.
Teacher Pratibha cakap, “There is something that Kayra want to give to mama”, ok. Rupa-rupanya sekuntum bunga . Hahaha, tapi Kayra  tak nak bagi. Kayra cakap, tu bunga dia. Ok la, tu bunga Kayra.
Ok takpa, kita bergambar dulu. MamaKayra Kita kan suka bergambar.

Satu lagi gambar. Gambar Kayra dan mama sempena hari ibu kat depan sekolah kayra.
Ok la, bergambar dengan papa pulak. Itu la kerja kita hari-hari kan kayra. Bergambar, bergambar dan bergambar.
Inilah sebenarnya bunga tu. Yang cikgu cakap untuk mama tapi Kayra cakap kayra punya tu. Mama sangat sayang kamu. Walaupun bunga plastik tapi sayang mama pada kamu bukan plastik tau.
Entry ni khas untuk sambutan hari guru sebab tu ada gambar sekolah Kayra. Kayra nak buat ucapan jugak lah…
Selamat Hari guru kepada Wan, Tok, Tok Honey, Ummi, Mak anjang, Pak anjang dan abang Rabani. Yang semuanya cikgu. Love You All..

Kayra’s HairCuT

Published Mac 6, 2012 by syarida
Rambut Kayra dah panjang. Selalunya mama akan potong sendiri atau mintak tolong mak lang tolong potongkan rambut Kayra. Tapi kali ni mama teringin nak bawak kayra pergi potong rambut kat kedai. Mama tahu, mesti susah nak bagi dia duduk diam-diam atas kerusi kat kedai rambut tu. Ok, mula-mula bagi dia happy dulu makan kfc. Memang happy dan teserlah kegembiraan tu kat mukanya.
Dah  makan kfc mamaPapa bawak Kayra pergi kedai rambut. Dia melalak taknak duduk atas kerusi saloon tu. Lepas pujuk-pujuk tu, kami mintaklah dia diam. Auntie yang nak potong rambut kayra cakap tak apalah kalau kayra taknak duduk situ so dia mintak kayra duduk kerusi biasa je kat depan. Kain balut badan pun dia taknak. Habislah baju dia dengan rambut-rambut.


Lepas potong rambut kayra dua tiga kali ni, mama terperasan, rambut kayra sekarang dah tak kerinting dah. Dah lurus pulak rambut dia. Dulu rambut kayra mama rasa cantik sangat bila berketak-ketak.
Sekarang ni mama rasa selesa sikit tengok kayra berambut pendek. rasa kemas. Tapi cuma bila pendek, tak dapatlah mama nak gayakan rambut Kayra ikat sana ikat sini. Sepit colour-colour pun dah tak letak dah.
Nanti bila panjang sikit kita ikat balik.

Berbasikal Di Taman

Published Februari 28, 2012 by syarida
Hari ahad pagi hari tu pagi-pagi kita tak tau apa nak buat kat rumah. Kita dah siap kemas rumah hari sabtu tu. Papa ajak bawak kayra  naik basikal kat taman. Lagipun, hari ahad kan kayra tak payah pergi school.
Mula-mula mama cadang nak bawak je children scooter Kayra tapi tengok-tengok dia dah bukak stor sendiri dan tarik keluar basikal merah dia tu.
Masa kami sampai kat taman tepi sungai Kerian tu ramai sangat orang. Tiap-tiap weekend memang ramai
orang bersenamrobik kat situ. Jejak je kaki turun kereta dari parking tu berkumandanglah kuatnya lagu senaman. Tapi kita tak join depa, kita nak buat hal kita je.
Kayra pun apa lagi. Teruslah mengayuh basikal merah dia tu.


Sekarang dah pandai posing. Sangat suka bergambar sekarang. Sangat mesra kamera bak kata orang. Pantang di ajak.

Mana boleh tak ada gambar orang kuat mama ni kan ? Mula-mula papa nak tukar tempat kayuh basikal, nak ke Taman JPS tapi mana boleh sebab tempat tak seluas sini, tak puas kayra nak mengayuh pulak nanti.
Tengok tu kat belakang Kayra, ada orang bersenam tai chi jugak..
Ada jugak pakcik-pakcik bersembang-sembang bila jumpa kawan lama.
Ini pulak replika menara condong Teluk Intan. Bila kita nak pi sini papa ?
Mama, nak hug pokok…. Macam-macam gaya bergambar Kayra ni….
Nampak macam seat basikal dah rendah kan ? Dah besar Kayra ni. Kena mintak tolong papa naikkan seat ni lah nampaknya.
Tengok tu, Kayra dah tinggalkan basikal macam tu je dan lari ke sana bila nampak playground. Kenalah mamaPapa sorong basikal dia pulak.

Bagi chance kat dia main kat playground dalam 15 minit lepas tu kita singgah makan roti canai kat warung tepi jalan. Balik dan rehat sekejap. Petang tu Tok Honey nak mai rumah. Kita nak keluar lagi…

Kayra si kupu-kupu

Published Februari 15, 2012 by syarida
Lepas balik dari Kuala Lumpur. Kita tak duduk rumah saja. Papa mana boleh, mesti nak bawak kita pergi mana-mana. Tapi kali ni kita keluar cari makan saja. Satu hari tu lepas maghrib kita keluar. Papa kata nak makan nasi kandar. Memandangkan masa tu masih bercuti kita rasa macam atas jambatan mesti sesak. So, satu lagi solution nak ke pulau adalah dengan menaiki feri.
Dalam kereta. Masa tu hujan renyai-renyai sikit. Kayra nyanyi-nyanyi old mc Donalds dalam kereta. Nak makan mcD ke Kayra ?
Bayar dulu sebelum masuk. Parking dan tunggu turn untuk naik feri. Lama betul kita tunggu feri sampaikan ada yang keluar dari kereta hisap-hisap rokok dulu.

Dah naik atas feri  kita parking dan keluar. Ada pertunjukan bunga api kat luar tu. Cantik.

Nampak macam kayra dah tinggi kan ? Sebenarnya kayra kena berdiri atas tu baru boleh tengok kat luar feri. Sekejap je kita dah sampai. Turun, makan kat nasi kandar beratur. Kena tanya orang penang kat mana tempatnya ni.. lepas makan terus balik. Ok tak papa kita? berejam menempuhi perjalanan, dah sampai, makan terus balik. Gigih.

Esoknya kita keluar lagi. Hari last cuti sempena MaulidurRasul. Kayra main lagi. 
Dan dia nak makan aiskrim. Papa turutkan. Kau ingat Kayra, macam ni punya layanan papa kat hang, nanti dah besar jangan lupa mamaPapa k. 
Dan sekarang juga Kayra dah ada sepasang sayap. Dah berkeping gambar barulah sampai ke tajuk utama ye mama ?
Kayra juga amat berbesar hati bila diminta untuk berposing bergambar bersama sayap barunya…
Ala la, shake it bon bon….

Sangat mudah mama nak suruh duduk berlama sikit kat meja tu sebab ada sayap kat belakang, semua pun boleh.

‘Sayang mama, kupu-kupu kena pandai mewarna’… cepatlah dia ke meja tulis…

Kayra si kupu-kupu.

Dan kita ada ahli keluarga baru kat rumah kita.

Pening jugak papaMama fikir nak letak kat mana.

Tempat paling baik yang difikirkan sesuai adalah dalam bilik tidur, sebelah katil dan menghadap tv. Sambil mama berlari sambil tengok cerita korea kononnya… itupun kalau kayra tak berebut remote dengan mama. So, dah ada ni mama kena rajin bersenamlah sekarang kan ? Badan pun dah makin besar ni…

Beberapa hari lepas tu. Kita jumpa kereta ni kat jalan masa kita dalam perjalanan balik dari Parit Buntar. Sangat menghalang laluan kita.

Dan beberapa hari selepas itu jugak kita balik Taiping sekejap sebab papa nak balik hantar barang ke rumah Tok honey. Sempat kita pusing-pusing tengok landasan ‘double track’. Dah hampir siap. Khabarnya Kamunting akan ada stesen yang lebih besar daripada Taiping. Lepas ni kita kita akan selalu naik choo choo train ke papa ?

 Kat situ ada bangunan yang ada lambang Freemason. Bangunan kelab agaknya. Freemason tu apa ya ?

Cuti lagi, Kayra harus ada rancangan….

Published Februari 4, 2012 by syarida
Kayra adalah seorang yang takutkan air. Bukan saja air yang banyak macam swimming pool atau laut tapi kadang-kadang shower kat dalam bilik air kita pun dia boleh lemas. Selalu sangat menangis bila mama mandikan dan selalunya bila mama shampoo kan dia.
Pagi-pagi kalau nak pi school boleh katakan hari-hari menangis. Kalau mandi nak pi school takmau ‘gigi’, maksudnya takmau gogok gigi la tu. Mana boleh tak gosok gigi, nanti mama marah…. 

Gambar hari jumaat. Nak merengek sangat, mama tangkap gambar dia kat bilik air. Nasib kau le nak dapat mak macam ni.
Lepas mandi kita makan bihun goreng. Hari ni mama malas nak masak nasi. Ajak pi pasar malam beli nasi kerabu papa tak mau. So, goreng bihun kira ok lah. Kayra pun suka jugak bihun goreng kan ??

Berposing pulak dia kat dapur yang berselerak ni. Sekejap lagi kita sama- sama kemas k.

Online tickets untuk esok. Kita nak kemana pulak ni ? Esok nak naik choo choo train lagi. 
Baju pun dah siap pack masuk dalam beg. Tak boleh bawak beg tarik-tarik, nanti susah. So, mamaPapa bawak beg galas je.

Ada sesapa ke nak sambut Kayra kat Tren Station esok ???

Pesta Riang Ria Kayra Gembira

Published Januari 31, 2012 by syarida
Kita dapat tau dari papa tentang adanya fun fair kat Bagan Serai. Malam tu papa bawak kesana. Fun fair kecik je tapi kira ok la bila kayra dapat jugak naik kuda pusing-pusing tu. Kayra gembira tapi yang terlebih gembiranya papa. Habis dekat Rm 30 semata-mata main permainan kat situ. Tapi berbaloi jugak bila dapat mainan untuk Kayra.
Tak ramai orang dapatlah kayra main happy-happy tanpa bersesak dengan ramai orang. Sekali naik RM 2 je, berpadanan lah dengan harga.

Papa main dart. Hadiah dikira mengikut markah. Kalau setiap balingan dapat nombor yang sama maka hadiah ‘special’ menanti. Kumpul 5 hadiah ‘ kecik’ dapat tukar dengan hadiah besar.

Hadiah kecil pertama yang papa dapat. Kita bergambar dulu.

Besama satu hadiah ‘kecil’ dan satu hadiah besar yang tak berapa besar. Papa tak puas hati lagi. Mari kita tukar hadiah lagi…

Hadiah besar yang ada ni pun kayra dah tak larat nak angkat. Tapi nanti dulu, papa tengah berjuang untuk dapatkan lagi hadiah besar.


Akhirnya, berakhir sudah misi. Kat dalam kereta, bergambar bersama hadiah-hadiah. Papa tu rasa macam berbaloi sangat dengan tiga hadiah besar plus seekor ayam mainan bersama key chain monkey yang sangat kecil. Kayra dengan muka bangga yang dapat mainan -mainan comel walaupun hanya daripada fun fair cuma.