Family papa

All posts in the Family papa category

kfc dengan sepupu

Published Jun 1, 2012 by syarida
Jumaat 1 jun 2012 kita balik Taiping. PapaMama pick up kayra kat kindy pukul 6 dan kita straight away ke Kamunting.  On the way tok Honey call ajak pi kfc. Tak ada masalah sebab Kayra memang sangat suka makan ayam kan ?  Seronok betul Kayra nak jumpa sepupu, kat dalam kereta dok asyik sebut nak jumpa kakak saja. Kita sampai dah lewat jadi rancangan nak ke KFC tu dilewatkan sampai lepas maghrib.
Kita ke KFC Kamunting saja. Sementara tunggu makanan yang diorder Tok Honey dan Papa sampai, kita semua bergambar.
Semua gambar-gambar ni ikut turutan tau. Tak ada ubah-ubah. Tengok la kelaku masing-masing.

Alisya, Kayra, Aaron dan Adelia
Alisya, Kayra, Aaron dan adelia. Sudah  bangun….
Alisya, Aaron, kayra dan Adelia. Dah berubah tempat.

Kayra dah sorang, mana yang lain ?
Aaron sorang pulak. Mana yang lain ?
Alisya, Kayra, Aaron dan Adelia. Berada kembali di kedudukan asal.
Kayra, Adelia dan Tok Honey. Mana Aaron ?
Ok, semua dah ada. Papa snap gambar.
Aaron dengan Tok Honey. Mana pulak yang lain ?
Ok, dah ada semua. Mama pulak snap gambar.
Lepas semua kenyang lepas makan dengan suasana yang sangat meriah dan penuh drama dan babak, sampai jatuh-jatuh kerusi semua ada. Kita keluar dari KFC tu tapi tak terus balik rumah. Kita ronda-ronda sekejap Pekan taiping tengok suasana malam.
Kayra sangat seronok malam tu

Taman Tasik Taiping

Published Mei 4, 2012 by syarida
Pagi tu kan lepas mamaPapa keluar sarapan, Kayra kan kat rumah ja. Kita tak keluar mana-mana pun. Mama kesian kat kayra. Tapi apakan daya mama, mama dah ajak papa keluar, nak ajak Tok Honey sekali tapi papa tak mau jugak keluar. Papa nak buat kerja kononnya. Puas mama pujuk tapi papa tak mau keluar jugak. Kita nak jugak berhoorey hoorey, kan namanya cuti. Kayra pun baru baik demam kan. Papa kata tak mau, tak mau la.  Sangat kejam papa itu. Takmau kawan….bencikkk….
Tapi bila petang selepas kita semua buat muncung empat belas termasuk tok Honey jugak, barulah papa nak keluar.  Itupun dah petang. Tak apalah.  Something is better than nothing. Papa bawak kita pi Taman tasik Taiping, jadilah… mana kita pernah dapat peluang bersantai-santai kat tasik ni lagi. Kayra pun tak pernah mai.
Kayra berkata di dalam hati,  “akhirnya aku dapat keluar jugak dari tempat persembunyianku…”
Sangat indah ciptaan tuhan, sejuk dan mendamaikan.
Dapat jumpa prince and princess newly married…
Hanging out with my beloved Tok Honey and mama too.
Papa yang sangat berkeras nak duduk di rumah satu hari tak keluar-keluar…
Mama sendiri pun first time dapat masuk dalam ni tau…
Tok Honey terserempak pulak dengan kawan lama…
While tok Honey bersembang-sembang, kita pulak bergambar-gambar…
Papa and me.
‘peace’ memangla, peace je kalau datang sini…
MamaPapa, Kayra dimana ? Kayra di sana…..
Bergambar sampai tergolek-golek….
Dah sampai kat Mercutanda MPT.
Dah tak larat nak jalan. Mintak didukung pulak….
Mama dah penat. Servis bertukar tangan….
Harus ada foto begini bila ada jambatan begini.
Nak bergambar dengan bunga pulak..
Masih tak mau balik tu, tapi papa dah ajak balik. Tengok tu, senyum pun tak mau…
Cantik, nanti kita datang lagi.
Puas hati ? Ha, namanya pun cuti. Makanya, harus keluar walaupun sebentar…..

Tok Honey Nak Terbang

Published April 18, 2012 by syarida
Jumaat lepas Tok Honey nak naik flight ke Langkawi sebab nak attend reunion maktab. Sambil-sambil tu nak melawat auntie Emmy sekali kat sana. Auntie Emmy tu kakak papa yang sulung. Flight Tok Honey hari jumaat dalam pukul 1.30 tengahhari kalau tak silap mama. Papa mintak tok Honey tidur kat rumah kita supaya senang nak gerak hari jumaat tu. Dari Nibong tebal ke Bayan Lepas tak la sejauh Taiping ke Bayan Lepas.
Dah alang-alang lepak kat rumah kita malam tu, kita bawak la tok Honey jalan-jalan ke Pacific dan cari makan kat Butterworth sekali.
 Tok Honey nak ke Langkawi berdua dengan kawannya. Opah ni ramah, baik dengan Kayra pulak tu.
 Tak boleh tidak, papa mesti bawak pergi kedai lampu ni…
 Mama boring, bawak Kayra bergambar dengan patung-patung ni lagi baik…
 Mother and son. Papa nak jugak bawak Tok Honey makan nasi dalca kat Butterworth. Sebenarnya papa yang nak makan sangat. Padahal baru ja mai makan kat sini.
 Yang si kecik ni pandai pulak ambik hati papa. Bila suruh makan, makan je padahal kalau mama suruh, mau dia tumpahkan pinggan nasi.
 Dah selesai. Semua dah kenyang kan ? kita bergambar lagi sekeping.
 Mama makin besar. Papa selalu sangat ajak keluar makan malam-malam….
Esoknya. Kayra pergi school macam biasa. PapaMama hantar tok Honey pergi airport. Pukul sebelas papa fetch mama kat ofis dan kami semua terus gerak ke airport. Dalam pukul 12 kami sampai. Papa dah siap-siap check in online untuk Tok Honey. Sampai kat sana tunjuk je boarding pass tu kat kaunter.
PapaMama tak tunggu lama. Lepas drop, pergi kaunter check in. Pass beg Tok Honey kat kaunter tu, terus balik. Tok Honey naik flight pukul 1.30 tengahari.
 Dah sampai airport, angkat beg dulu.
 Kerja-kerja renovation airport tak berapa nak siap lagi. Kalau siap nanti, mesti lagi cantik.
 Kaunter check in.
SEmpat lagi bergambar kat Tourism Malaysia sebelum mama balik.
Isnin Tok Honey balik sini. Nanti nak bawak Kayra sekali jemput Tok Honey.

Ikut Tok Honey Pergi Kenduri

Published April 4, 2012 by syarida
Hari ahad balik rumah Tok Honey. Suka Kayra bila Tok Honey ajak pergi kenduri. Mama risau jugak sebab Kayra tu mana pernah duduk diam bila ramai-ramai kat mana-mana kenduri. Nanti dia lari-lari dan hilang macammana. Tapi Tok Honey nak bawak Kayra jugak. Dia kata nanti ramai yang boleh jaga Kayra.

Baju kurung pun tak ada nak pergi kenduri tu. Nasib baik mama bawak balik gaun. gaun tu pun Tok Honey bagi masa birthday kayra yang ke 2. Besar, sekarang baru boleh pakai. Seronok Kayra dapat pakai gaun Tok Honey. Nak pakai spek jugak tu.
Pukul dua petang Kayra dah balik. Tok Honey kata kayra tak duduk diam kat kenduri. Biasa la anak mama ni.

Pulau Aman Somewhere in Penang

Published Februari 29, 2012 by syarida
Petang ahad tu Tok Honey dan Tok Yang mai rumah kita.Mama tak masak apa-apa untuk menjamu, cuma hidangkan kek yang mama buat semalam je kat tok Honey. Ada jugak mama tanya kat papa apa nak dijamu kat Tok berdua tapi papa cakap tak payah. Mama senang je, papa cakap tak payah means tak payah lah. Mungkin papa ada rancangan nak makan kat mana-mana.
Sesampainya tok Honey dan tok Yang kat rumah kita, mama hidanglah apa yang ada. Lepas zohor papa ajak keluar, mama dah agak dah mesti nak makan kat luar.
Papa ajak kita semua pergi Pulau Aman. Pulau Aman tu dekatlah jugak dengan rumah kita, perjalanan tak sampai 20 minit.

Kita dah sampai ke Jeti Batu Musang Batu Kawan. Panas terik masa tu. Panas-panas pun Kayra excited nak naik bot. Ada food court ke restoran terapung ntah kat situ baru buat tapi tak siap lagi. Sangat cantik. Bertambah lah tarikan jeti ni nanti.

Turun tangga nak ke tempat bot. Ini sebenarnya jeti baru, jeti lama dah jadi tempat nelayan angkat ikan je dah. Jeti baru lebih cantik dan lebih dekat dengan Pulau Aman. Masih baru dan menjadi satu-satunya pengkalan bot penumpang yang akan bawa pelancong dan pelawat Pulau Aman dari tanah besar.

Sangat suka gambar ini.

Gambar ini jugak…

Waktu ni kamera mama dah kehabisan bateri. Gambar ini dan seterusnya mama terpaksa copy dari kamera papa. Tok Yang tengok apa tu ?

Kita atas bot. Seronoknya Kayra masa ni dapat naik bot. Orang tak ramai sangat masa ni.

Tok Honey dan Tok Yang. Lovely Dovey.

Kita dah semakin mendekati Pulau Aman. Gambar dari atas bot.

Dah sampai dah kita. Perjalanan menaiki bot rasanya tak sampai 15 minit.

Apa yang ada di pulau ini, semuanya terlukis di sini.

Kita akan melalui jalan ini dari pengkalan bot Pulau aman ke Perkampungan nelayan.

Ini kat tangga sekolah, satu-satunya sekolah Kebangsaan disini.

Kita mula menjelajah perkampungan nelayan ini.

Kecil saja kampung ni, dalam setengah jam kita boleh habis pusing. Budak ni tak berenti-henti berlari. Penat mama nak kejar.
Ini gambar masa kita dalam perjalanan ke telaga emas.
Dah sampai pun. Ada satu telaga besar kat situ. Menurut cerita ada pernah ditemui batu yang berwarna keemasan disini, agak heboh masa tu tapi malangnya bila dikaji, bukanlah emas tetapi hanyalah batu berwarna emas. Rentetan dari kisah itu, telaga tersebut digelar telaga emas.
Kat sini boleh mandi manda dan mengutip remis. Suatu hari kita mesti datang sini mandi. Mesti…
Kebetulan berjumpa jugak dengan sepupu papa kat sini. Auntie nana bawak rombongan sekolah yang buat kem motivasi ke apa ntah kat sini. Sekolah Alam Shah.

Kebetulan berjumpa kat gerai makan. Apa lagi, bersembanglah kita sambil menunggu hidangan sampai.

Masa ni muka Kayra dah merah-merah sebab panas sangat. Terpaksalah mama ikat rambut dia dengan harapan taklah panas sangat berbanding masa rambut mengerbang.

Nampak tak tu ?  itu, yang dalam pinggan tu?  Makanan itulah yang masuk kat dalam perut kita petang tu.

Salah satu chalet yang boleh kita tinggal kalau nak bermalam disini. Sangat kedesaan. Banyak lagi chalet kat sini. Papa dah jatuh hati kat chalet ni. Nanti kita datang lagi k papa.
Permandangan disudut lain pulak. Di sana itu chalet terapung. Jauh sangat nak berjalan ke sana, mama dah penat.

ewah, kayra bergaya pelanconglah sangat.

One more times kayra.

Nama pun perkampungan nelayan kan, mesti ada bot dan mesti ada nelayan. Tapi kenapa semua bot satu colour je ?

Ok, masa untuk balik. Kita tengah tunggu bot untuk bawak kita balik ke tanah besar. Lupa, tambang pergi balik seorang adalah enam ringgit.

Dah sampai, cik Kayra katanya dah penat. Begini lah dia bila dah penat.
Ok dah, letih, panas dan kenyang, Balik rumah. Lepas Tok Honey dan Tok yang balik kita mandi segarkan badan, lepak-lepak atas katil dan terlelap. Sedar-sedar esoknya dah subuh.
Bangun bersiap, pergi school, pergi ofis.
End

Cuti Panjang Kerana Sang Naga

Published Januari 27, 2012 by syarida
HAPPY CHINESE NEW YEAR. Kayra akan bercuti panjang sebab school akan tutup seminggu. Petang tu mama fetch kayra dan sampai rumah tengok dalam beg ada card chinese new year yang kayra colour kat school. So happy kayra with her work and cute pulak tengok dia pakai baju tradisonal chinese ni. Baju ni Kak Long punya masa kecik-dulu.

Cuti Tahun Baru cina dua hari campur dengan sabtu ahad lagi jadilah empat hari. Mula-mula kita plan balik kampung mama saja sebab mak anjang nak buat kenduri doa selamat sikit kat rumah wan. Kenduri tu buat hari isnin. Kita tak cadang nak balik Taiping sebab kita dah tau Tok Honey ada plan nak belayar ataas kapal besar Star Cruise. Tapi bila Tok Honey cakap hari selasa baru nak naik kapal, so kita balik la Taiping dulu sebelum ke kampung wan pulak.

Kita balik petang jumaat tu jugak. Barang-barang semua mama dah siap packing tengahhari tu. Tapi kita bertolak lewat jugak, sampai rumah Tok Honey pun dah malam.
Esoknya kita jalan-jalan Batu Kurau. Ada tempat best yang kita nak pergi. Tempat cantik tapi unlucky  untuk kita sebab tempat makan tak bukak lagi. Kurau Stone, tempat tu ada kolam memancing, restoran dan chalet jugak. Papa kata, lain kali kita mesti pergi.
Kenapa kita merayau kat Batu Kurau, sebab Tok Honey nak tengok-tengok tempat lama dia mengajar dulu. Batu Kurau jugak ada sungai yang best, lain kali kita kena mai lagi ni…
Lepas tu kita gerak balik Kamunting. Nak buat apa lama-lama kan, makan pun tak boleh. Tapi kita tak terus balik rumah, kita terus pekan Taiping pulak. Terus ke arah Taman sentosa, dekat-dekat dengan area Bukit Maxwell. Tempat makan lagi. Tempat tu kawasan perumahan tapi kawasan kaki bukit, ada anak sungai yang mengalir, owner tanah tu renovate tempat tu jadi tempat rekreasi jugak. Sebenarnya nak cakap tempat rekreasi salah jugak, tak tau la mama nak describe macammana, kat dalam tu ada tempat makan, spa, tempat penginapan, ada jugak hall untuk disewa untuk buat event kecil-kecilan. Kat situ jugak kita boleh sewa tempat untuk buat barbeku dengan pakej yang kita boleh pilih mengikut harga.
Tempat inipun papa kata kita kena try jugak. Kat sini pun kita tak makan apa-apa just tengok tempat jugak. Sebenarnya sebelum bertolak tadi, tok honey dah marinate ayam dan ada lauk-pauk yang dah dimasak untuk makan tengahhari. Kita mana boleh makan kat luar sebab Tok Honey dah masak kari ikan yang heaven untuk kita kat rumah. Lagipun ada saudara papa nak datang rumah nanti.
Malam, Kayra ikut Tok Honey keluar dengan saudara mara papa makan kat luar. PapaMama keluar sendiri. Papa nak makan kat Cashier Market, tempat tu dekat dengan area supermarket The Store Taiping Jaya. Papa nak makan sate, tapi malam tu sate tak best sangat la. Tapi bubur gandum sangat tempting. Lepas makan, papaMama singgah sekejap kat The Store sebab Akemi buat sale cadar pulak, so mama dapat tangkap dua cadar serupa untuk rumah kita. Lepas tu, masuk market sekejap untuk beli sekotak limau nak bawak balik kampung esok.
Sempat call Tok Honey tanyakan Kayra. Rupanya Cik Kayra sangat seronok tanpa papaMama sebab ada kawan sebaya untuk main-main. Nina yang comel.
Hari ahad kita balik kampung wan pulak. Kayra dah meloncat seronok jumpa Najla pulak. Tau seronok je budak-budak kan ?
Hari isnin baru buat kenduri. Kenduri ni mak anjang buat tanda kesyukuran sebab dua orang anak dia dapat result yang boleh dibanggakanlah jugak. Tahniah untuk Abang Wazir dan Abang Waa’iz. Next week Abang Wazir akan daftar sekolah sains kat Kangar. Kami tumpang seronok. Wake up clock morning call untuk mama jugak supaya mama ambil endah sikit untuk perkembangan pelajaran Kayra. Kita ada masa bertahun lagi kan Kayra…? Tuhan punya kuasa tapi kita kena merancang dan berusaha.

Paling seronok kalau cuti-cuti ni pasal dapat makan yang best-best. Tu je la mama. Selain dapat jumpa adik-beradik dan yang penting, tak payak kecoh-kecoh bangun awal nak pergi kerja.

Hari selasa, hari last cuti. Lepas settle kemas rumah tok lebih kurang kita bersiap balik. Pinggan-pinggan yang dah pakai untuk kenduri, basuh , lap dan susun balik dalam almari. Tikar-tikar lipat dan gulung balik. Pukul 5 lepas salam-salam kita bertolak balik. Ingatkan boleh lah terus sampai rumah tapi perjalanan kita melencong lagi. Papa ajak pergi pulau. Hajatnya nak la lambai-lambai kat Tok Honey sebelu naik kapal. Tapi sampai saja kat sana, kita sempat lambai kat kapal saja. So, kita just flying kiss saja kat kapal tu.
Kita masuk Gurney Plaza, banyak kedai yang tutup. Papa nak masuk tengok harga amplifier kat kedai muzik pun hampa. Tapi papa bagi peluang mama cuci mata tengok baju-baju kat dalam Parkson, lapang dada mama. Tapi kita tak beli, mama tak bawak duit, selamat duit mama. Ramai betul nyonya dan apek tengok wayang hari tu.
Keluar dari Gurney Plaza, beli prosperity burger kat McD dan kita bertolak balik. 
Hari Rabu mama cuti lagi, malas rasanya nak ke ofis lagipun Kayra cuti lagi, school tutup, esok mama kena hantar ke rumah Mama Azie lah nampaknya…..

Bandar Tasik Bukit Merah

Published Januari 16, 2012 by syarida
Papa kerja hari sabtu. Mama dengan Kayra lepak kat rumah saja seharian. Mama tak hantar Kayra pergi school hari tu sebab nak Kayra temankan mama. So, sepanjang hari Kayra dengan mama berparty kat rumah. Penat Kayra lari naik turun tangga sebab Kayra dengan mama main cari-cari nombor dan mama sangat puas hati sebab Kayra dah kenal number one to ten. Lewat petang baru papa balik, masa papa sampai Kayra dah tertidur kepenatan.
Oleh kerana papa tinggalkan kita hari Sabtu lepas, makanya untuk mengganti hari ketiadaan papa dengan kita tu, papa bawak kita bergumbira mandi-mandi main air kat Bukit Merah Water Park. Tempat tu dekat saja dengan rumah kita dengan perjalanan tak sampai setengah jam rasanya.
Tok Honey dan Tok Yang join kita hari tu. Bestnya Kayra dapat main-main air walaupun Kayra ni penakut air tapi masih enjoy kat sini.

Papa sewa pelampung besar yang Kayra naik berhanyut-hanyut kat dalam kolam. Mula-mula menjerit-jerit jugak tak mau naik sebab takut, tapi lepas pujuk-pujuk naik jugak lah dia. Mana boleh tak naik, rugi je la kalau dah sewa tapi tak naik.
Kat dalam ni ada 3 kolam besar yang berasingan. Kolam pertama ada permainan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kolam kedua lebh sesuai untuk golongan dewasa tapi kanak-kanak tetap boleh masuk dibahagian tepi yang bergerak seperti aliran sungai, aliran tu membentuk arus air dimana pelampung boleh bergerak sendiri walaupun tak ditolak. Kolam pertama pun ada aliran air tapi tak kuat sangat, kita kena tolak gunakan kaki kalau nak pelampung bergerak.
Kolam ketiga pulak luas. Ada wave tiruan, dah macam ombak pantai pulak. Kat dalam ni ada replika batu buaya dan penyu besar. Kat sini ramai orang berendam-rendam. Kat sini kayra main kat gigi air je. Ada jugak replika kapal. Boleh main slide kat sini.

 Sementara kayra dengan papaMama main air, Tok Yang baca-baca paper kat bawah wakaf. Tok Honey join kita jugak sekali-sekala.

 Penat dan panas. Tok Honey dengan kayra berenti sekejap makan aiskrim. Mahal makanan kat dalam ni. Kalau boleh bawak makanan masuk tadi, dah lama mama angkut segala jajan masuk dalam.

Dah puas mandi-manda. Salin baju basah. Kita keluar dari situ. Perut dah lapar ni sebab penat. Kita singgah sekejap kat food court luar taman air makan laksa sekejap.
 Dah settlekan laksa 3 mangkuk share 5 orang. Kita pusing sekejap kat kedai-kedai dalam tu. Dah puas hati lepas mama belikan satu pensn besar untuk kayra kita gerak keluar dari Bukit Merah Lake Town dan singgah sekejap untuk makan tengahhari kat kedai tepi jalan. Tok Honey belanja ikan bakar hari ni. Dah settle makan, salam-salam, kita berpecah. Tok Honey dan Tok Yang balik ke Taiping, kita pulak balik Nibong Tebal.

Selesai sudah aktiviti hari minggu kita. Penat betul hari ni. Esok kita bangun awal k, Kayra kena pergi school….