Aidilfitri

All posts in the Aidilfitri category

Suatu hari Di Hari Raya

Published September 4, 2011 by syarida
Selamat hari raya semua, tahun ni hari raya pertama kayra kat Taiping. Beraya dengan tok Honey dan tok yang. Auntie Emma dan family pun balik jugak sambut raya sama-sama. Kayra seronok berhari raya dengan kakak Alisya, Adelia dan Aaron. Pagi-pagi lagi kayra dah bangun, kayra menangis jugak waktu mama mandikan kayra. Tapi takpa la sebab pagi ni memang kayra kena mandi awal. hari ni kan hari raya. 
Lepas mandi mama siapkan kayra, pakai baju kurung dan tocangkan rambut kayra. Lepas tu semua orang pergi sembahyang raya tinggalkan kayra, mama dan aaron kat rumah.
Bila semua dah balik, kami bergambar raya.
 Bergambar, bergambar dan bergambar. Makan, makan dan makan je hari ni…

Esok Hari Raya

Published Ogos 30, 2011 by syarida
Kali ni kayra raya kat Taiping. Baju Raya Kayra dah siap bergosok dan digantung sekali dengan baju mama dan papa. Tahun ni kami pakai colour coklat.
Subuh-subuh pagi sebelum raya tu mama dah tinggalkan kayra di rumah Tok Honey. mama temankan papa pergi pasar Taiping. Awal betul pagi tu. MamaPapa ingatkan dapat la jadi orang paling awal sampai pasar tapi bila sampai kat sana tengok-tengok jalan dah jem. Papa parking kereta jauh sikit sebab area yang dekat-dekat dah fully park. Orang ramai dah beratur-ratur nak beli daging. Papa tak bagi mama snap gambar, rugi  je la papa.
Lepas balik mamapapa ambik kayra bawak pergi Taiping Central lak nak beli kasut kayra. Last last minutes baru nak beli. Dah dapat kasut, papa bawak kayra main-main jap kat children play area kat atas tu sementara mama ronda-ronda sorang-sorang. Dah settle semua kami gerak keluar dari situ  ke masjid Taiping sebab  papa nak pi bayar zakat fitrah sebelum we all balik rehat-rehat dan mama pulak tolong Tok honey masak.
malamnya kayra main bunga api dengan sepupu-sepupu. Bunga api tu uncle Awie kawan papa yang bagi. 
Esoknya Hari Raya. Selamat hari Raya Semua. Maaf zahir batin.