Kita pada 2 jun yang lalu….

Published Jun 8, 2012 by syarida

2 jun yang lepas. kita nak hadiri kenduri kat Sitiawan. Dah alang-alang berjalan jauh untuk makan kenduri, papa ajak sekali kita bermalam dan jalan-jalan ke Ipoh. Cadangnya nak ke Lost World Of Tambun. Memang dah lama papa dok nyanyi-nyanyi kata nak bawak Kayra mandi manda kat situ.

Kita bertolak dari rumah Tok Honey dalam pukul sembilan macam tu sebab papa nak sampai tempat kenduri tu awal. Lepas tu bolehla kita gerak awal ke Ipoh. Mula-mula papa ajak juga kita ke Lumut tapi memandangkan jauh jugak ke Lumut tu, ambik masa jugak kalau pergi balik, makanya rancangan tersebut diklasifikasikan sebagai gagal.

sepanjang perjalanan,  Kayra asyik dengan cd princess dia. Nasib baik la ada cd princess, kalau tak, kedepan kebelakang la dia. Kita sampai kat tempat kenduri tu tepat jam dua belas. Masa tu, orang tak ramai lagi. Apa lagi, masing-masing dah lapar. Kita terus capai pinggan dan ambik nasi.

Lepas makan kita  terus gerak. Lepas tu sempat lagi papa nak pergi manjung. Nak pusing-pusing tengok manjung katanya. Tapi rancangan tu tak jadi sebab kita semua nak cepat-cepat ke Ipoh. Macam banyak sangat tempat nak pergi tapi sebenarnya mama nak tunggu peluang jalan-jalan kat supermarket saja. Tapi apa-apapun kita nak cari hotel dulu.

Sesampainya di Ipoh, kita ke hotel kita. Hotel ni hotel lama tapi tak kisah la. Sekejap je nak duduk. Lagipun hotel lain yang baru dan moden mahal dan penuh. Sekarangkan musim cuti sekolah. Adalah sedikit drama yang berlaku lepas kita check in. Papa memang dah book hotel ni secara online, tapi bila di sini barulah dapat bilik. Mula-mula tu kita dibagi bilik tapi bila kita buka pintu tengok bilik tu tak dikemas lagi. Papa turun bawah, bagitau admin dan kita dibagi bilik baru. Rehat-rehat sekejap kita siap-siap keluar.  Apa-apa pun, kita makan dulu. Lepas tu baru jalan-jalan.  Hajat hati nak la jugak masuk jusco baru tapi orang ramai sangat la.

Kita pusing balik dan papa ajak ke Ipoh Parade je. Ipoh Parade pun ipoh Parade lah. Kat situ, kita dapat tangkap dua tiga barang dan paling penting, mama dah beli ‘ jam dua muka’ yang dah lama mama idam. Kedai English Style tu memang buat mama gila lah.  🙂

Panjang pulak cerita. Tengok gambar sajalah.  Esok kita ada plan lain. Entry lain la mama cerita.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: