Ok, berbalik kepada cerita mak anjang. Mak anjang call tu sebenarnya nak ajak Kita bertiga pergi berkelah kat pantai merdeka. Mak anjang tanya mama nak datang tak ?, mama tanya papa, nak pergi tak ? dan papa jawab kat mama, ok , lepas kayra balik scool.
Pukul sepuluh Teacher Pratibha call cakap badan Kayra panas dan mungkin kena fever. Terus mamaPapa pi fetch Kayra. Memang panas. Balik rumah, mama mandikan dan bagi kayra tidur dan rehat.
Pukul 2 Kayra bangun dan nampak sihat walafiat seperti sediakala. So, kita semua ready untuk ambik angin pantai.
Harus ada gambar mereka berdua tatkala bertemu. Nanti bila dah besar, satu-satu gambar mama akan tunjuk. Comel kamu dua orang ni.
Pak anjang, Wazif dan Kayra.
Kerana isterinya sangat gemarkan rojak buah. Makanya si papa pun pergilah membeli di gerai sebelah sana.
Sila makan mak anjang, jangan malu-malu buat macam bekal sendiri. Eh ! Terbalik ke ?
Selepas makan, kita semua berjalan beramai-ramai ambik angin pantai.
Sedang nampak seekor anak anjing dimandikan oleh tuannya di pantai.
Cantik gambar ini.
Mak anjang dan pak anjang. Mak anjang ni kakak mama. Anak sulung, abang Wazir dah enam belas tahun. How time flies….
Penutup acara hari ini adalah gambar kami berdua. Sekian.
Lepas sepetang di pantai merdeka, kita gerak balik tinggalkan keluarga mak anjang yang akan bermalam di situ. Kita ke Jusco perda sebab papa ada nak beli barang. Kayra dah merengek-rengek kat dalam tu. Kemuncaknya dia termuntah air kat depan kedai DIY. Cuci mulut dan tukar baju kita terus gerak balik. Esok ahad rehat sepagi, bila dah petang Kayra dah sihat semula. Yey, anak mama dah sihat.
Assalam.. ini link bru sbb tertukar URL huhu