Bismillah……Alhamdulillah,,,,

Published Mei 4, 2012 by syarida
Sarapan pagi yang rutin bila balik Taiping adalah makan roti canai. Bukan saja kat Taiping, kalau balik Jeneri pun sama. Tapi kalau kita balik Taiping kita dapat makan roti canai mamak style. Kali ni balik Taiping papa ajak mama temankan dia beli roti canai untuk sarapan.Selalunya papa keluar sorang je belikan. Hari ni gelap-gelap lagi mamaPapa dah keluar. Kayra ? Masih tidur lagi. Sebelum keluar rumah, bagitau Tok Honey dan apa lagi, mamaPapa dapat la keluar dating.
 Bila dah namanya temankan, memang tak sah kalau tak makan je kat situ. Yang mama suka dengan roti canai Bismillah ni bila kita makan dengan kuah daging hitam. Sangat sedap.
Kedai Bismillah ni dah lama, dah ada kat Taiping sejak tahun 1932. Dah 80 tahun umurnya. Sangat nostalgia. EIGHT DECADES of legacy. Bangunannya pun mama rasa dah jadi bangunan warisan dah. Terletak kat jalan Taming Sari. Kedai ni setahu mama tak pernah tak ada pelanggan. Penuh saja orang.
Malas lah nak cerita lagi, tengok je la gambar. Bukan apa, makin banyak menaip pasal makan ni, buatkan mama bertambah lapar. So, as usual. Lets picture tell the story…

Jangan salahkan diri sendiri bila kita dah lupa sekarang kita kat era mana bila jejak saja masuk kat dalam restoran ni. Rasa macam nak je patah balik rumah, tukar baju pakai ala-ala zaman dulu-dulu. Pakai kebaya singkat dengan kain batik. Ikat kepala dengan tudung jarang-jarang, pakai spek hitam. Eh, kesitu pulak mama….
Kenapa agaknya, bila bercerita pasal tempat lama-lama kat Taiping ni mama rasa macam cikgu sejarah je ? Cikgu sejarah yang kuat makan….hehehe

Jangan lupa bila mai Taiping, makan roti canai Bismillah naa……

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: