Budak demam dapat kek

Published April 30, 2012 by syarida
Kayra demam. Merengek-rengek je dia. Pagi badan dah panas, tapi mama ingat lepas makan ubat ok lah dia. Tapi pukul sepuluh teacher Pratibha dah call cakap badan Kayra panas sangat. Terpaksalah mama ponteng ofis petang jumaat. Apa makanan pun dia tak mau kecuali epal. apalagi mama, suap epal je la. Tak payah masak ke apa, dah anak nak epal. Senang kerja mama. Kayra tidur je petang tu, start pukul dua belas sampai la petang. Cuma bangun 3 kali mintak epal. hehehe….
Dalampada anak dok demam-demam tu. Mama sempat lagi dok bakar sponge cake untuk tiramisu mama. Tapi kelamkabut-kelamkabut. Mama sampai lupa nak letak nescafe masa nak lapis dengan cheese. Hmm dah tak jadi tiramisu ke apa kek mama. Belasah je la, nampak rupa macam tiramisu tapi rasanya tak sama tiramisu. Kek tiramisu jadian kot. Ok ke pakai nama tu ?
Pagi sabtu Kayra dah ok sepenuhnya. So, papaMama decide kayra harus pergi school pagi tu. Ok lah. Rasa sayang nak bagi ponteng sebab communication skill Kayra dah makin meningkat sekarang ni. Besar harapan mamaPapa nak bagi Kayra makin lancar berbicara. Di kindy, komunikasi sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris. Sabtu Kayra tak belajar apa-apa dengan buku tapi Kayra akan bermain sambil belajar.

Pagi yang sangat indah. Mamapapa jumpa pelangi waktu nak cari sarapan lepas hantar Kayra ke kindy. Kalau Kayra ada, mesti menjerit-jerit dia suka.
Kek tiramisu ‘jadian’ mama…pinjam magnetic number kayra yang kat peti ais tu untuk bentukkan tahun tu..
2012 dan si dia bertanya mana letter ‘K’. K is for Kayra katanya….
Sukahati bila mama suruh potong. Memang kaya dengan  ‘fat’ sebab kek itu di ‘cover’ dengan cheese dan full cream sepenuhnya.
Cik Kayra tak gemar sangat kek ni, tapi maknya memang tersangatlah gemarnya. Next time mama buat chocolate cake yang kayra suka tu…

Mak anjang yang cuci rumah kita tu dapat mai petang sabtu. Papa cakap, kita baliklah rumah tok Honey awal sikit. Ingatkan pagi ahad saja nak balik Taiping. Tak kisahlah, lagipun kesian tok Honey sorang-sorang. Tok yang pergi KL katanya . Kita kemas rumah kita sendiri. macam biasa , vakum seluruh rumah sebelum bertolak supaya tak la nanti bila balik kita pening tengok rumah kita sendiri yang kelam kabut dan lantai berdebu.

Advertisements

3 comments on “Budak demam dapat kek

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: