Nasi Kandaq Line Clear

Published April 27, 2012 by syarida
Kadang-kadang kita buat kerja gila. Tiba-tiba je terasa nak buat satu-satu benda tu kita main redah je. Yang bestnya benda yang tak dirancang tu la yang seronok. Itu satu hal, satu hal lagi pasal makan. Kita yang memang kaki makan ni, memang pantang gagal kalau bab makan.
 Hari rabu lepas tengahhari tu papa ajak mama pi makan kat nasi kandar line clear. Tiba-tiba petang cakap tak jadi sebab papa ada bungkuskan kita kari ikan sembilang. Mama cakap kat papa, mama tak makan pun tengahahari tu sebab teringin nak makan nasi kandar. Last-last papa cakap, simpan je la dulu kari sembilang tu, kita pi makan nasi kandar line clear.
Petang lepas pick up Kayra terus kita gerak ke Penang. Yang bestnya, kita datang pulau semata-mata nak makan nasi kandar. Lepas makan tanpa singgah mana-mana lagi lepas tu terus kita terus je balik rumah.

Tiap kali nak mai pulau, mesti lalu ikut jambatan ni. Kalau tak ikut jambatan, kita akan naik feri. InsyaAllah tahun depan kita dah boleh lalu ikut jambatan kedua pulak. Ada tiga cara dah  yang kita boleh ikut kalau nak mai pulau.
Dah sampai. Dari seberang jalan kita dah nampak kedai tu. kat lorong je. Famous tau nasi kandar line clear ni.
Dah lintas jalan. Pergi dekat sikit. Jelas nampak sign board ‘Line clear’
Papa kita dah tak sabar nak tengok apa lauk hari ni walaupun dah hafal setiap lauk line clear.
Kayra yang sedang merengek-rengek nakkan mainan kat tepi gerai tu. No way sayang, kamu dah ada banyak mainan…
Dah sampai. tak payah beratur sebab orang tak ramai pun…
Pilih, jangan tak pilih…
Kita tunggu papa ambik makanan untuk kita. Mama tangkap gambar Kayra dulu. Pelakon utama mesti ada gambar…
Makan dah sampai. Makan dulu. Meja nombor tujuh. Masa baru sampai kayra cakap, “Mama, i don’t want number seven mama. I want number six”.  Meja nombor enam ada orang, tak dapat lah tukar. Kadang-kadang mama layankan jugak Kayra pasal nombor meja ni. Sebab tu kadang-kadang papa meluat dengan kita. Hehehe….
Mama nak jugak letak gambar mama sekeping. Mama nampak sangat gemuk…
Nindiaa…..lauk nasi kandar kita hari ni. Ayam madu, ayam goreng, telur ikan, papadom dan bendi dengan kuah campur. Tuang kuah campoq ataih nasi bagi lencun, baru nikmat.

Kirim salam kat kolesterol, kirim salam kat lemak-lemak. Hari ni papaMama nak layan selera. Pulau Pinang memang syurga makanan. Nasi kandar, passembor dan macam-macam lagi. Sangat sedap bagi penggemar makanan. Memang tak pernah mengecewakan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: