Bukan Ummi Rosnita Tapi Ummi Hafilda

Published April 24, 2012 by syarida
Minggu ni kita balik kampung. Nak lawat tok dan Wan jugak ada agenda lain. Mak anjang cakap dia ada belikan mama kain untuk baju kurung. Ok. Tok dan Wan belikan kita baju dari Mekah. Ok. Pastu yang paling penting, rumah Mak lang tu. Mak lang suruh kita balik sebab rumah dia ada buat majlis. Ala, macammana nak cakap ek ? Padang ‘aka’ halaman rumah mak lang kan besar, jadinya adalah UMNO nak pinjam padang tu buat majlis. Siangnya buat karnival dan malamnya ada ceramah politik. Seram jugak mama dengar pasal politik-politik ni sebab mama bukannya pandai sangat bab-bab politik. Mama kalau dengar cerita pasal politik pun melalui papa sebab papa rajin jugak baca paper dan dengar ceramah politik kat YouTube.
Masa kita baru sampai. Daripada Jeniang lagi kita dah perasan banyaknya bendera pas dan UMNO disepanjang jalan. Kat depan rumah maklang lagi rancak nampaknya.
Macam ni la keadaannya halaman rumah Mak lang. Ramainya orang dengan khemah-khemah lagi. Dengan bising lagi.
Majlis tengah berlansung kat luar. Tuan rumah nampaknya penat sangat tu. Duduk-duduk dulu kat dalam melayan tetamu yang baru sampai kat dalam. Kitalah tu.
Servis bertukar tangan. Papa pulak tangkap gambar mama. mana aci. Mama pun nak bergambar jugak.
Banyak kereta parking kat halaman dalam. Kalau lambat parking kat luar la. Habis rosak rumput-rumput rumah mak Lang. Lepas ni tanam balik k. Sayang rumput-rumput tu.
Khemah-khemah kat luar.
Gerbang pintu masuk.
Hehehe…Nampak tu ‘Rumah Encik Malik’. Yang datang bagi ceramah tu Ummi Hafilda ok. Ummi Hafilda adik azwan Ali.  Bukan Ummi kita, ummi kita Ummi Rosnita.
Petang sikit Kayra ikut Abang Riadz dengan mama n MaksuPaksu keluar pagar beli sate.
Ada pameran jabatan jugak. Bukan main rumah mak Lang kita eh…
Mama suka tangkap gambar Kayra sebab dia sangat suka posing macam-macam.
Biasa lah, kalau ada majlis macam ni, kita kena lah consider dengan sampah sarap. Esok kena bersihkan balik ni…
E eh… Mama dapat bergambar dengan cik Ummi Hafilda. Dia kan jemputan khas malam tu…
Mak su dengan Kayra pun nak jugak.

Tuan rumah dengan tetamu bersembang.

Papa pun sama..

Eh, mama lagi. Tukar tempat duduk pulak…
Wan dengan tok jugak…
Kat luar pulak. Kayra pun sibuk nak bersembang sama.
Masa ni majlis tak start lagi. Tapi penonton dah ‘pelan-pelan’ ramai kata orang kedah. Orang jeneri sebut ‘koi-koi’ ramai. Maksudnya penonton dah semakin ramai la.
Kita mesti ada fotogedik jugak…
Lampu kat bawah dah dipasang.
Kerusi penonton pun dah penuh. Ummi Hafilda dah bercerita kat depan tu. Dua jam non-stop.
Selepas dua jam. Berehat sekejap nak bersembang dengan tetamu.
Masa ni la semua orang sibuk nak bergambar.
Nasi lemak special order orang jeneri. Sangat sedap tau.
Dah dekat pukul satu kak ummi pun nak balik dah. Ada jodoh kita jumpa lagi. Tanpa ambil kira agenda politiknya tapi in-person, Ummi Hafilda memang seorang yang peramah dan mesra.
Jangan salah faham. Mama bukan nak cerita tentang fahaman politik. Mama cuma nak bercerita tentang kisah kita di kampung kali ini. Bukan nak tayang kita ni pro politik parti yang mana.
Masing-masing punya pendapat masing-masing.
Undi tetap rahsia…
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: