Jalan Dalam Ke Batu Kawan

Published April 20, 2012 by syarida
Papa kata kita boleh pi Batu kawan ikut jalan dalam. Jalan dalam yang masuknya jalan kampung atau melalui taman-taman perumahan atau lorong-lorong, bukan melalui jalan utama atau lebuhraya. Kata papa, ada orang bagitau dia kita boleh melalui Byram. Byram tu nama tempat jugak dalam daerah Seberang Perai Selatan.
Oh ya ka mama cakap, mama pun pun tak tau. Walaupun dah empat tahun di sini tinggal dan bekerja, mama masih tau tahu ada laluan lain nak ke Batu Kawan selain Lebuhraya Utara Selatan dan melalui Simpang Ampat.
Petang ahad papa ajak kita ber’Camel Trophy’ explore jalan ke Batu Kawan. Tapi pagi tu, kita kena clear rumah dulu. Sapu dan vakum lantai. Dua hari ada kat rumah, dua hari la sapu dan vakum rumah. Dah terbiasa macam tu. Papa kita rajin.
Pagi tu, ini je sarapan kita. Bakar dalam oven tak sampai 30 minit dah boleh hidang. MamaPapa suka, kayra pun suka tapi Kayra makan sosej je la. Ada angin dia baru la makan puff tu. Pagi tu Kayra pakai baju kurung. Pagi-pagi lagi dah mandi, sekarang dah pandai pilih sendiri baju yang dia nak pakai. kalau mama pilih, taknak pakai. So, pagi tu Kayra nak pakai baju kurung.
Kita keluar rumah pukul lima. Sedikit bad mood sebab dari pagi takmau tidur. Selalunya tengahhari Kayra akan tidur sekejap untuk ‘cas bateri’.
Bergambar, bergambar, bergambar. Tak ada kerja lain. Bukan apa, nanti mama boleh tengok gambar mama masa umur sekian, umur sekian dan umur sekian.
Wet land. Kat sini tempat pembuangan sampah. Sangat cantik. Masa ni tak ada bau pun sampah-sampah kat atas tu. Tempat tinggi sikit kat situ tempat pembuangan sampah. Kat bawah paya berair. Batu Kawan memang kawasan berair. Cantik. Tempah singgahan berpuluh bangau bila ada musimnya. Tapi bila dah start pembinaan jambatan kedua, burung-burung tu dah tak berapa ada. Tapi ini, belum sampai Batu Kawan lagi ni.
“Mama, kayra penat…”. Muka mengantuk anak mama ni. Tu la, tadi mama pujuk-pujuk ajak tidur tak mau….
Tok Honey tinggalkan kereta kat rumah kita sebelum pi Langkawi. So petang tu kita melaram dengan matrix Tok Honey. Papa kata best bawak kereta ni…

Segala paya dan sungai kita redah semata-mata untuk sampai ke tempat yang nak dituju.
Jumpa pulak tempat ni. Kuala Sungai. Berenti sekejap bergambar.
Banyak pulak sampan nelayan kat sini. Ada jugak dua tiga orang yang kita jumpa. Memancing udang. Besar-besar udang yang depa dapat.
Kalau tak cuba jalan dalam ni, mesti kita tak tau pun kewujudan tempat ni.
Bagi yang nak tau, ini ha Jeti Nelayan Changkat. Datang la sini memancing.
Kayra pun nak bergambar kat depan jeti ni. Ok, mama tangkap gambar kamu dah…
Nampak sunyi je tempat ni. Tapi sebenarnya ramai tapi semua ada port favourite memancing masing-masing. Buktinya ada banyak motor kat pengkalan ni masa tu. Mama snap gambar sendiri….
Kita teruskan perjalanan lagi, nampak lagi orang memancing.
Yey dah jumpa Batu Kawan. Banyak pembinaan tengah naik. Ini nak buat kilang kot.
Kita dah jumpa stadium. Singgah sekejap tengok orang main kereta control kat trek khas yang disediakan.
Stadium Batu Kawan bila malam. Dah gelap sikit ni. Kita kena gerak balik dah ni. kayra pun dah tertidur sambil berdiri.

Dekat je Batu Kawan sebenarnya. Bila ikut jalan kampung baru kita tau keindahan yang tidak nampak, permandangan yang tersembunyi selama ini. Mungkin orang lain tahu tapi mama memang tak tahu. Ada sungai, paya berair, bunyi-bunyi burung. Dari dalam kereta boleh tengok monyet bergayut kat pokok, kura-kura melintas jalan. Semua indah dipandangan mata. Binalah pembangunan tapi simpan lah sedikit alam semulajadi untuk yang akan datang….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: