Restoran Terapung Kuala Gula

Published April 19, 2012 by syarida
Pada hari jumaat itu, kita semua tercari-cari tempat mana nak makan. Apahal mama asyik cerita pasal makan je ni ?. Topik itu makan, topik ini makan. Takda kerja lain ke, asyik makan, makan. Ntah la. Mama pun makin lama makin takda idea apa nak tulis dalam blog ni. Dah nama pun blog ni tentang aktiviti kita, tu je la banyak-banyak aktiviti yang kita buat sama-sama. Kalau cerita bab ofis, boring pulak orang baca, lagipun mana ada watak cik Kayra kat ofis. Senang cakap, banyak aktiviti kita kat luar dan kat dalam rumah tu, makan je la. Kalau tengok wayang ke melancong ke bukan kita buat selalu pun. Hmmm… kita dah lama tak melancong kan, papa ?
Ok, berbalik kepada aktiviti malam hari jumaat malam sabtu. Kita lapar. Perut kita dah menyanyi-nyanyi lagu Yuna. Sedap lagu Yuna tu kan ? ‘Terukir Di Bintang’, bila terdengar je lagu tu kat radio, Kayra akan cakap, “Mama, lagu kita” Hehehe….Ok, mama meleret cerita lain lagi…
Jumaat tu….pssstt… ok, mama takkan cerita lain lagi…:) , papa ajak kita makan kat restoran terapung Kuala Gula. Ingat tak cerita mama dulu, yang masa awal tahun tu kan, yang kita teringin nak makan ketam lembut tu, tapi bila sampai je tanya waiter dia cakap ketam lembut dah habis tu. Ha, kat situ la tempatnya…
Malam ni tercapai hasrat kita nak makan ketam lembut…

Cik Kayra dengan rambut berikat dua. Mama malas nak bukak ikatan yang teacher kat kindy ikat tu. Tunggu la time mandi malam nanti. 
Kami berdua memang suka gaya gambar ala tomei-tomei gitu. Mama sebenarnya rasa macam gerun pun ada sebab restoran terapung ni bergoyang-goyang bila ada bot lalu. Maklumlah, dua tiga hari sebelum tu kan baru alami gegaran gempa bumi. (Bukan gegaran otak ye…hehehe)
Macam-macam kelaku dia buat sementara nak tunggu makanan sampai. Penat melayan. 
Ingatkan nak makan diam-diam bila makanan sampai, rupanya dia buat kelaku jugak …. Tu ha, nak ambik kuah sendiri. Tumpah kang mama cubit tangan…
Si Papa yang lapar akhirnya membiarkan saja si anak menyudu kuah sup sendiri. 
Sedap ni, mama tengah mencuba resipi ketam lembut masak cabai katanya… Sambal ketam sebenarnya…
Ketam Lembut Masak Cabai

Hmmm, masa nak order ni ada tanya kat waitress tu selalunya customer order ketam lembut masak apa. Dia pun cakap la, masak cabai, tiga rasa dan lain-lain. Pastu, PapaMama pun tanya dia, masak cabai tu pedas tak? Dengan muka masam selamba dia terus jawab, “pedas la dah cabai”. Huh, macam tu rupanya orang Kuala Gula menjawab bila costumer tanya. Mungkin kami tanya soalan bodoh, tapi mamaPapa bayangkan samada pedas tu tahap biasa-biasa aje atau pedas sangat. Sebab kalau pedas biasa Cik Kayra boleh jugak rasa-rasa. So, kalau jawapannya pedas biasa atau pedas sangat, kalau boleh jawab la begini…”Encik, ketam lembut masak pedas ni guna cili boh, tak pedas sangat” atau “Pedas encik, selalunya costumer cakap pedas”. Tak ke lembut sikit bunyinya..

Entahla Labu…..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: