Kakak Mursyida

Published April 2, 2012 by syarida
Ummi ada call mama bagitau nak pergi ambik kakak Mursyida kat UITM Seri Iskandar hari sabtu ni. Mama cakap la kat papa nanti lepas ambik kakak, ummi nak singgah rumah kita kebetulan papa nak jugak bagi barang kat abah, papa cakap mama, alang-alang baik kita je pergi jemput kakak Mursyida kat kampus sebabnya ummi dengan abah perjalanannya akan lebih jauh kalau nak ambik kakak Mursyida kat sana. Kalau kita, takla jauh sangat lagipun kita boleh jalan-jalan ambik angin kat UITM tu, kita pernah pergi sekali je tak lama dulu.
Lepas jemput Kayra dari kindy petang tu terus kita gerak ke Seri Iskandar. Ikut jalan lama, papa kata time balik nanti kita naik highway.
Masa ni kat Trong. Kalau tiap kali sampai sini mesti papa akan cakap dulu family dia tinggal kat sini. Mesti tunjuk Post Office yang arwah ayah papa pernah kerja dulu sebelum pindah Taiping, mesti tunjuk kuarters yang pernah family dia tinggal. Rasanya papa tak pernah tinggal kat sini, cuma tok Honey, kakak-kakak papa dan arwah Tok Zainal saja.
Kita dah sampai ke Seri Iskandar. Wah bukan main sekarang ni ye. Masa-masa dulu Seri Iskandar tak da la cantik macam sekarang ni. Oh ya, Seri Iskandar ni terletak dalam Daerah Perak Tengah.
Akhirnya kita sampai jugak kat UITM Seri Iskandar. Banyak jugak kereta keluar masuk. Mungkin parent nak ambik anak-anak yang dah habis exam. Lepas ni cuti Semester.

Kayra berkata di dalam hati… “Suatu hari nanti, aku akan kesini lagi…”

Dah jumpa pun kakak Mursyida lepas kita berenti dua tiga kali tanya orang kat mana kolej Cempaka Sari. Dua tiga kali pusing la jugak.
Kita naik atas tengok bilik kakak. Semester depan kakak Mursyida dah berpraktikal. Jadi satu semester tak ada kat Kampus.

Room mate kakak Mursyida. Lepas ni dah susah nak jumpa. Semester depan kawan kakak ada lagi kat kolej dan akan berpraktikal pada semester akhir. Kakak Mursyida, semester akhir akan balik ke kolej ikut kuliah balik.

Kayra pinjam sekejap basket ball kakak Mursyida. Nak bergambar sekejap.

Bergambar lagi.

Fakulti Ukur Bahan. Tempat belajar kakak, Maksu dulupun belajar kat sini jugak.

Mama main tangkap gambar atas kereta je. Papa taknak berenti sekejap. Dah malam katanya.

Bangunan Pentadbiran
Kita teruskan perjalanan. Kita gerak ikut highway, masuk kat tol Jelapang dan Turun kat Taiping. Penuh kereta dengan barang-barang kakak. .  Kayra tertidur tersepit ditengah-tengah timbunan barang. tapi tak pulak dia merengek. Kita berenti sekali je itupun kat petronas beli air. Ada sekali tu berenti kat Taiping makan malam, kayra dah nyenyak tidur. Papa cakap tak payah kejutkan Kayra. Papa parking kereta dekat dengan meja makan dan biarkan Kayra tidur.

Sampai kat rumah pun dah pukul 12 lebih.

Pagi tu papaMama bawak kakak sama-sama hantar kayra ke kindy. Lepas tu kami pergi makan kat nasi kuning. Saja je bagi kakak try nasi kuning.

Banyak betul papa order makanan pagi tu. Sampai tak larat nak habiskan.

Ha, begini sudahnya hidangan kita. Ada sikit lagi nasi tu, papa kena habiskan.

Lepas makan kita pergi beli barang basah masak untuk tengahhari. Kena masak lebih sikit sebab ummi dan abah kan nak mai rumah kita. Susah hati sikit sebab ikan tak berapa nak ada kat market dekat rumah kita hari ni. Tapi takpa, mama beli je daging sikit ( leceh sikit bila masak keras pulak dia), beli ikan kecik (mama tak tau nama, pelata kot ). Balik rumah, kemas rumah sikit baru start masak. Buat sambal ikan, masak kicap daging, telur dadar dan sayur kubis sikit dah. Buat puding roti sikit. Pukul dua belas papa jemput Kayra kat kindy. Mama kat rumah masih bersilat kat dapur.

Pukul satu lebih dekat-dekat pukul dua ummiAbah sampai, ada sekali Abang Rabani, Kakak Fasihah dan abang Asyraffi. Ummi bawak kek, buah tembikai, honey dew dan pisang. banyak sungguh. Kembung la perut kita hari tu makan macam-macam. Sembang pun macam-macam jugak. Abang Rabani tu berbalut tangan sebab baru lepas operate.
Petang dalam pukul empat ummi dan abah sefamili bergerak balik. Nak singgah Jeneri dulu jumpa wan katanya.
Kita pulak lepas tu nak berangkat ke Taiping pulak. Dah lama tak jumpa Tok Honey dan Tok Yang.

Kenyang sangat hari ni.

Advertisements

3 comments on “Kakak Mursyida

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: