Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Published Mac 28, 2012 by syarida
Papa nak makan ikan bakar. Katanya nak balas dendam sebab rasa ikan masa kita makan sama-sama kat Kuala Kedah tu macam kurang sikit. Macam biasa la papa kita, kalau rasa macam kurang dengan selera mesti dia nak yang lagi sedap. masalahnya adalah dia nak cepat-cepat cari yang sedap tu. Tapi kali ni tak apa, kita dah tau kat mana nak cari, kita ke Teluk Tempoyak. Kita pernah dah kesini, jadi kita dah tau kedai mana yang nak dituju.
Jambatan Pulau Pinang. Tiap kali lalu atas ni mesti mama akan cakap kat papa, suatu hari nanti bila Kayra dah besar mesti dia akan bercerita kat kawan-kawan dia, ‘mama dan papa saya dulu selalu sangat bawak saya pergi Pulau naik jambatan ni ‘…
Dah sampai Teluk Tempoyak. Cantik sangat permandangan.
Tengok arah sana, rasa macam nak sangat pergi jambatan tu. 
Ok, tapi mama kena tangkap gambar pelakon utama ni dulu. Pandai-pandai dia pi ambik sendiri t shirt tu nak pakai pastu cakap ‘ baju princess, mama’. Tang mana princess pun tak tau….
Gerai ikan bakar yang kita nak makan sat lagi.
Ha, kan kita dah sampai kat jambatan yang kita nak pergi sangat tadi ni.
Kayra tengah pilih ikan. Kita ambik ikan jenahak hari ni untuk dibakar. Ikan baru ni, isi mesti manis…
Tengah tunggu makanan. Bergambar dulu.
Kayra lagi. Tak duduk diam seminit.
Makanan dah sampai. Banyak betul pencicah, ada sos, air asam, cili potong kicap. Ada sessi memperkenalkan lauk pauk. Tiga jenis je pun.
Udang bakar sekeluarga yang sangat manis. Segar lagi sampaikan nak buang kulit pun susah.
Saudara ikan jenahak bakar. Sangat manis isinya. Sangat sedap. Teringat-ingat sampai sekarang.
Cik Puan Ketam Nipah bakar. Ada dua. satu dah masuk perut papa…
Mari kita makan sekarang. Ingat pesan mama, makan nasi putih dulu…
Mama lapar. Hmm…sedapnya ikan bakar…
Papa pun lapar. Muka puas hati dapat ikan bakar yang diidam-idamkan…
Terbukti kita memang lapar. Licin. Yang tinggal sisa-sisa tulang ikan, kulit udang dan ketam.

Makanan kita dalam harga RM 70 je. Tak la mahal sangat. Mungkin mahal bagi harga udang dan ketam tu je.  Berbaloi dengan rasa yang kita dapat. Pada mama, kalau kita dapat kepuasan dengan apa yang kita makan, mahal sikit pun tak apa.
Lepas makan kita terus balik. Esok kerja, kayra kena pergi school. Sangat sedap makan malam ni. Tidur malam agak-agak kita mimpi ikan bakar tak ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: