Wan Dan Tok Dah Balik Umrah

Published Mac 27, 2012 by syarida
Kita balik kampung dulu hari ahad tu sebab tok dengan wan dijadualkan sampai pukul  9.30 malam. Mula-mula memang rancang nak terus jemput tok dan Wan kat airport je terus tapi rasa macam tak best lak, baik balik kampung dulu lepak-lepak dari pagi. Kita sampai dalam pukul 10pagi dah kat rumah mak Lang, masak-masak dan makan, petang dalam pukul enam baru gerak ke Alor Setar. Petang tu dah dekat-dekat nak bertolak baru mak su sampai untuk gerak sama-sama.

Rasa macam nak menjerit tengok Wan dan Tok berjalan keluar dari balai ketibaan. Ala, pergi pun bukannya lama sangat tapi rasa hiba pun ada sebab dah lama Tok dan Wan idam-idam nak ke Mekah. InsyaAllah kalau ada rezeki hujung tahun ni pulak nak pergi haji.
 Tunggu punya tunggu, dah sampai dah Wan dengan Tok.
 Mak anjang cekup wan dulu. Dalam ramai-ramai adik beradik, mak anjang je yang bahasakan diri ‘cek’ dengan tok dan Wan. Yang lain mana ada.
 Giliran menantu plak. Abah dan Papa.
 Mak Lang dengan Tok.
 Pak lang jual kambing wan. Hahaha….
 Kita kena keluar dari situ, ramai sangat orang. Sesak nafas kalau duduk lama-lama dalam tu.
 Tok sedang cerita pengalaman kat sana. Lega tengok tok sihat masa sampai kat sini.
 Semua anak yang datang jemput.
 Semua menantu
 Cucu dan dua orang tersesat
 Gerak keluar dari situ nak ke parking lot.
 MamaPapa dengan tok. kayra mana ?  Tengah lari-lari…
 Kita makan-makan dulu sebelum semua berpecah balik. Restoran kat Kuala Kedah.
 Tunggu makanan ka semua ? Lapaq ka ?
 Orang kuat kena duduk sebelah tok dengan Wan.
 Sotong goreng tepung. Sangat rangup.
 Ikan bakar. Sedap tapi macam ada something yang kurang la. Ada rasa yang tak cukup.
 Dua orang ni kalau berjumpa. Pening kepala mama.
 Ok, dah boleh start makan.
 Dah settle semua, kita sembang pulak.
 Wazif dan Syahir yang sama-sama makin membesar.

 Sirap yang sangat tempting…
ok, dah selesai dah kan ?
Lepas makan kita semua berpecah gerak balik ke destinasi masing-masing. Pak lang bawak Wan ambik barang dulu kat travel agent office. Mak su bawak tok balik dulu. Mak anjang balik Permatang Tinggi Penang, Ummi balik Perlis. Kita lak ? Balik rumah kita la…
Advertisements

2 comments on “Wan Dan Tok Dah Balik Umrah

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: