Mama saya malas update blog…

Published Mac 23, 2012 by syarida
Minggu lepas papa asyik bawak kita kesana kemari. Mana boleh kita duduk rumah saja. Weekdays kerja, tinggal kayra kat nursery, hujung minggu kita jalan-jalan la. Masa ni la pun kayra nak main-main kat luar. Kalau tak, asyik terkurung je kat dalam rumah.

Hari sabtu lepas ambik Kayra kat kindy, kita pergi sini sebab papa nak survey handphone. Handphone papa dah rosak katanya. Sekejap je kita kat situ, kita naik jambatan pulak pergi ke pulau sana. Terus ke Komplek Bukit Jambul, sebabnya maksu cakap kat sana pun banyak kedai handphone. 
Kat situ kayra makan aiskrim dan jumpa chipmunk marry Brown ni. Tak takut pulak Kayra. Yang hairannya kalau clown mcDonalds yang keras tak bergerak tu dia takut sangat.
Tak puas hati kat situ, kita berpatah balik ke Pacific balik dan papa beli handphone kat situ.
Hari rabu kita ikut papa lagi . Kat tepi Sungai Kerian nak buat sambutan Hari air Sedunia peringkat Kebangsaan. Malam tu kita tengok persiapan, dah pasang-pasang khemah semua. Katanya Timbalan Perdana Menteri nak datang.


Bukan main seronok Kayra kalau dapat keluar, kalau kat rumah mama suruh buat alphabet writing bukan main liat dia. 
Sekarang ni mama jadi malas pulak nak update blog sebab nak upload gambar sangatlah leceh, tapi mengenangkan mama nak sangat catatkan cerita kita untuk kenang-kenangan. Mama gagahkan diri jugak. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: