Makan Lagi Kat Sini….

Published Mac 12, 2012 by syarida
Kita balik hari tu. Tak tau nak makan kat mana. Pikir punya pikir, riki punya riki, mama kata nak makan kat Hotel Panorama, papa on kan je. Sebabnya, papa nak makan inchi Kebin. Favourite papa tu. Kita memang nak makan inchi kebin je sampaikan tak terfikirkan menu lain.
Mula-mula masuk ingatkan kita nak makan kat atas dekat bar dengan corner tapi semua meja kat area-area dekat situ dah direservedkan untuk satu shooting drama petang tu. Jadi kita terpaksalah duduk jauh sikit dari situ. Kita tunggu-tunggu jugak siapa pelakon yang datang dan drama apa tapi sampai ke sudah tak nampak siapa pun datang. Jangankan pelakon pengarah, kamera pun tak nampak.
Sempoi kan harga makanan kat sini ? Tak la mahal sangat kalau nak compare kat mana-mana hotel lain. Dan kita boleh dapat makanan yang sedap setaraf hotel jugak. Tapi kali ni macam dah tak banyak makanan yang depa sediakan kalau tengok list menu. Last time kita mai, kita boleh lagi mintak mash potato  dan lain-lain lauk. Tapi kali ni macam dah banyak variety food yang depa cut.

Kayra tidur dalam kereta masa nak datang sini. Bila sampai mama kejutkan. Mama kejut dan pujuk-pujuk cakap nak makan tapi kayra cakap dia tak nak makan. Masa kat meja makan dia cakap lagi tak nak makan. Puas jugak mama pujuk nak suapkan dia. Nasib baik dia suka ayam. Makan ayam je la.

Macam-macam karenah kat meja makan. Sabar je la. Nak bagi makan pun bukan main susah. Pujuk itu, pujuk ini baru boleh satu suap. Last-last mama fade up. Tak nak makan sudah. Dia ratah je ayam.

Buah penutup,papa order aiskrim. Yang ni tak payah pujuk-pujuk suruh makan, automatik dia sendiri yang suap. Memang tabiat budak-budak kan. Jangan kata budak-budak, kita yang dewasa ni pun pantang orang offer desert laju je mengaku nak…
Hujan lebat kat luar, lepas lepak dalam sejam kat situ menunggu krew drama yang tak kunjung tiba. Kita pun balik ke rumah Tok Honey. Kenyang sangat perut kita. Berlari redah hujan melintas jalan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: