RumAH toK NGaH KiTa

Published Mac 1, 2012 by syarida
Hari sabtu lepas kita balik kampung sebab Wan nak buat kenduri  doa selamat sikit. Pagi-pagi kita bertolak. Gelap lagi masa tu, Kayra pun mama tak kejutkan. Papa angkat je terus masuk dalam kereta.
Pukul 8 pagi kita dah sampai jeniang.

Ha… nak tunjuk ini dulu.
Buat pertama kalinya papa bagi try bawak kereta dia. Kira dalam sejarahlah jugak. Selama ni papa risau mama takleh handle kereta yang besar sikit. Tapi ok lah kereta ni, bukan besar sangat pun.

Ok, berbalik kepada kisah balik kampung. Kita singgah sarapan roti canai kat Jeniang. Tapi papa kata tak sedap, cadangnya dia nak makan lagi sekali bila sampai kat kampung nanti.
Kita singgah sekejap kat rumah Tok Ngah kat Kampung Desa Jaya sebab papa ada belikan tok ngah periuk tanah. Tok Ngah ni kakak Tok. Ibu saudara mama.

Mama dengan tok ngah. Dah tua tok ngah kita, kurus sangat mama tengok. Tok ngah tinggal sorang-sorang. Dulu Tok ngah yang jaga tok mama.
Mama nak simpan gambar ni sebagai kenangan. Rumah ni pun dah lalui banyak fasa perubahan. Dari kayu ke batu, dari batu ke batu lagi.
Kayra pun nak bergambar dengan tok Ngah jugak. Yang seorang lagi tu anak asuhan tok ngah. Mak dia tinggalkan sekejap dengan tok ngah hari-hari kalau dia nak menoreh. Dapat jugak temankan tok Ngah.
Persekitaran rumah yang sangat bersih. Susah nak jumpa sampah sarap. sangat rajin tok Ngah kita ni.
Reban ayam, sangat bersih.

Bila datang sini, mama sangat rindu pada yang telah pergi. Rindu sangat…

Kayra pun pernah datang sini sekali dua je.

Pokok rambutan yang ‘takut’ nak gugurkan daunnya. Tok Ngah menyapu keliling rumah dua kali sehari. Seorang yang menjaga kebersihan yang sangat extreme.

Ini laluan masuk dari jalanraya ke halaman rumah Tok Ngah

Ini bilik air luar rumah. Tak ada pulak gambar dapur kayu tok Ngah…. sangat nostalgia pada mama. Arwah nek suka masak gunakan dapur kayu. aduh ! sangat rindu.

Suatu hari kita akan merindui rumah ini. Mama sangat sayang semua yang pernah tinggal disini dulu.

Al Fatihah… 

Advertisements

One comment on “RumAH toK NGaH KiTa

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: