kita adalah apa yang kita makan

Published Februari 24, 2012 by syarida
We are what we eat.

Minggu ni minggu masak-masak. Bukan minggu makan-makan kat luar. Eh silap. Minggu masak-masak kat rumah dan minggu makan-makan kat luar. Walaupun mama masak-masak kat rumah, namun kita tetap makan-makan kat luar.
Yang mama nak tayang kat sini, bukan sebab special yang mama masak ni, semua orang pun buat jugak. Tapi, mama masak benda yang lama dah mama tangguhkan sebab malas sangat nak leceh-leceh kat dapur. Tapi ini tak termasuk isi mangkuk hidang yang last tu ye. Memang senang sangat nak buat. Lantaklah kalau orang nak cakap apapun pasal masakan mama tapi yang paling penting kamu. Ya, kamu Kayra. Kamu yang suka sangat makan semua yang mama masak ni. Kecuali cheese cake tu…puas mama pujuk, tak nak jugak..

Kuah laksa yang tengah mendidih di atas dapur. Habis rumah kita berbau laksa.

Laksa plus teh o ais. Memang heaven. Lain kali letakkan kuah dulu baru letak sayur ulam semua, baru nampak cantik.

Yang ni, sponge cake mama. Sebenarnaya mama nak guna kek ni untuk bahan untuk kek lain, tapi terlebih pulak bancuhan, dapatlah kek extra untuk hari tu.

Ini saudari kek sedang dibakar dalam oven untuk jadi bahan dasar kek lain.

Saudari kek dan saudara kek. Dua-dua kek kita.

Mama gunakan saudari kek untuk buat bahan dasar untuk kek inilah. Presentation nampak kurang sempurna untuk kali ini.

Tengok tu, saudari kek dihimpit oleh cheese. Rasanya, suku sakat tiramisu cake ni malu nak mengaku sedara sebab nampak buruk sangat rupanya. But the taste can cover the face. Sedap.

Bihun goreng. Hidangan yang jarang ditolak sesiapa pun dalam rumah ni. Maksu, bila nak mai makan bihun goreng mama ni ?

Ini gambar cik Kayra dengan semangkuk besar bihun santapan kita bertiga di petang hari. Senangnya mama sekarang, dah tak masak lauk pauk bagai. Bihun goreng pun sangat laku.
Aik….. mana gambar-gambar pasal makan-makan kat luar. Tunggu lah. Mama akan update pasal makan kat luar. Kita tak pi mana-mana tempat special la. Tapi mama nak jugak cerita, nak jugak letak gambar. Anda yang sedang membaca, ambik bau saja k.

Agaknya mama duapuluh, tigapuluh tahun akan datang, mampu tak lagi nak makan semua ni ?

Advertisements

4 comments on “kita adalah apa yang kita makan

  • waaa..sedapnya wei….ni yang nak pergi sgt umah hangg ni…dah terror kawan aku skrg bab masak memasak erk…….'tak leh ingat kenangan kita makan, asam pedas ngan keropok, telur dadar, gulai daging kijang…' kat umah hang syarida masa kecik2 dulu….Tungggulah wei, aku datang, kalau jadi balik sg. petani bln 6 nanti..

  • Hehehe…kaka ina : nak makan mai rumahkak effa : nanti…(tangan kat dada, mata kat atas )…malu je kalau rasa tak sedapIntan : mai la, tapi rumahku tidak bersofa….hehehe

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: