Keberangkatan Pulang Express Rakyat…

Published Februari 11, 2012 by syarida
Kita sampai KL hari Sabtu. Hari ahad kita dah balik. Sangat singkat percutian ini. Macam menyinggah je. Tren kita balik Parit Buntar pukul 3 dari KL Central. Pukul 1 kita dah sampai. Kita nak lepak sekejap pusing-pusing dalam KL Central.
Ok, Kayra dah siap nak balik rumah kita dah ni.

Tunggu LRT sampai kat Masjid Jamek.

Kita dah sampai KL Central. Lepak-lepak sekejap tengok LRT.

Bergambar dengan papa pulak.

Saya dah buat macam-macam perangai ni. Tak faham lagi ke ? Petanda kena beralih tempat sebab Kayra dah boring.

Berubah tempat, jumpa benda baru. Mari kita ambil gambar kat sini pulak.

Mari kita kacau papa pulak. Kamu berdua ni…

Again. Drama lagi. Jemu lagi.

Jap, kita kena tunggu sekejap kat sini. Tunggu siapa ??

Papa nak beli Mc D untuk kita makan-makan kat atas tren nanti.

Kayra dapat ni. Cinderella.

Dah ready nak turun kat bawah. Dengar announcement katanya tren delay daripada pukul 3 ke 5. Aduhai. Lambatnya…

Ada lagi dua jam, kita kena lepak kat tempat lain plak. kalau tak, jenuh nak kepung Kayra nanti.

Kita sempat makan nasi ayam kat food court. Papa sempat survey jadual tren ke Singapore dan Bangkok lagi. Manalah tahu, ada rezeki kita sampai kesana pulak.

Tunggu punya tunggu, ada announcement lagi cakap tren delay lagi 20 minit. Maksudnya kita hanya akan bertolak pukul 5.20pm. Masa ni Kayra dah start mengantuk.

Sudahnya berdukunglah Kayra naik tren. Dah la bersesak nak naik. Memang nyenyak tak gerak-gerak. Masa mama pakaikan jaket pun dia tak gerak-gerak dah. Sangat mengantuk ok.

Papa bergambar kenangan atas tren dalam perjalanan balik.

Mana aci, mama pun nak jugak. Cuma kali ni Kayra tertidur kat sebelah.

Ticketing Man

Sampai je kat Tanjung Malim. Kayra dah bangun. Papa dah lapar. Kita ke Kantin sekejap. Makan nasi goreng sejuk RM 4 share tiga orang.

Adakah kamu mengantuk ? Tidurla sekejap. Kayra jaga papa sambil main game.

Sampai kat Taiping Tok Honey nak jumpa Kayra. Kita turun sekejap. Kat sebelah Tok Honey tu opah. PapaMama panggil  dia ibu. Yang cukurkan rambut kayra masa kecil dulu dan jaga mama masa dalam pantang.

Pukul sepuluh lebih kita sampai juga akhirnya kat stesen keretapi Parit Buntar.

Papa mintak tolong pakcik guard ofis tolong ambil kita kat stesen dan ambik kereta kat ofis. Kayra dah mengantuk balik, sebab tu merengek je.

Rindu rumah kita. Dah sampai rumah, kita terus tidur. Penat tau naik tren.
Selesai cerita trip kali ni.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: