Apa kita buat di sana ??

Published Februari 9, 2012 by syarida
Macam yang mama kata sebelum ni. Kita tak cadang nak jalan kemana-mana. Tapi bila auntie Emma jemput kita kat KL Central, haruslah kita kemana-mana kan ? Sebab pertama papa nak ada hal dengan AEON dan sebab kedua, Kayra mesti la nak main-main dengan sepupu-sepupu kan ? Kita ke Jusco AU2 Keramat. Keramat tu dulu dekat jugak la dengan tempat papa menyewa dan dekat juga dengan tempat kerja mama dulu. Tapi masa tu, tak ada lagi Jusco tu. Kiranya kita nak ke tempat baru juga ni. Kat depan jalan besar depan Jusco ni jugak dulu mama belajar memandu semula untuk refresh skill memandu lepas dua tahun tak pegang stereng kereta. Masa tu, jalan tu tak la sesibuk sekarang.
Masa kat dalam kereta Auntie Emma. Bersesak kita kat belakang sebabnya MamaPapa yang sangat ‘Besar’.

Singgah sekejap makan nasi ayam “Mash’ yang memang jadi dambaan PapaMama. Kedainya berdepan dengan masjid keramat seberang jalan. Masa mama kat sini dulu, selalu sangat kesini, sanggup beratur panjang semata-mata nak makan nasi ayam. Teringat kenangan lama.

Auntie Emma. Kakak kedua Papa. Sanggup datang dari Puchong nak jumpa Papa. Bila nak balik Taiping, selalu jugak luang masa datang rumah kita. Bila nak datang lagi ??

Kayra dengan sepupu. Semua tiga beradik tu kesayangan Tok Honey. Nanti balik Taiping datangla rumah Kayra ye. Kayra sorang diri je tak ada kawan kat rumah. Asyik cakap dengan anak patung je.

Aaron, Kayra, Alisha dan Adelia. Lama tak jumpa.

Kita bergambar sekali lagi sebelum keluar. Aaron dah naik stroller. Senang. kayra pun kadang-kadang mama rasa nak letak dalam stroller saja, penat nak ‘meligan’.

Papa kata kat Uncle Azmi takyah la hantar kita balik hotel sebab rasa macam menyusahkan plak nak masuk town balik. So, papa mintak hantar kita ke Stesen LRT kat Setiawangsa je. Dapat lah peluang Kayra untuk naik LRT pulak kali ni.

Mula-mula tu takla ramai sangat tapi bila sampai je kat KLCC, sesak pulak kat dalam tu. Takpa la, Kayra dapat jugak duduk. Seronok pulak tengok Kayra terpinga-pinga. Mama dah lama tak naik LRT. Papa pun sama.

On the way berjalan balik ke hotel. Sesak sangat sebab hari tu sabtu, ada pasar malam kat Masjid Jamek. Ramai sangat orang, nak jalan pun susah.

Ha, inilah buktinya, nak ke lobi hotel kena lalu kat gerai-gerai kain. Sangat memukau bukan ?

Papa dan Kayra kat depan bilik kita. Bilik bernombor 912.

Rehat sekejap. Mandikan Kayra dan kita siap-siap untuk keluar lagi. Berjalan kaki.

Harus sampai kesini. Kita bergambar kat luar saja sebab keadaan mama didalamnya adalah sangat menakutkan. Mama ‘bershopping’ sampai lupa ‘suami dan anak’. Bunyinya sangat kejam tapi percayalah, sampai papa ‘bawak diri’ dan Kayra sekali main-main kat tempat permainan dalam tu tinggalkan mama sendirian.

Dah settle kat sana, kita keluar. Sangat menakjubkan bila mama tak beli apa-apa kecuali sehelai t shirt saja.

Seronok tak nampak Kayra malam ni ? Tapi jalan dua tiga tapak lepas tu dah suruh berdukung bagai. Dah rasa berat nak angkat dia ni.

Lapar ? Kita makan kat gerai pasar malam yang siap bermejabangku tapi papa katanya tak puas suap dengan sudu plastik, makanya kita mintak bungkus naik ke bilik.

Pagi esok, lepas tidur nyenyak tak hengat kita bersiap untuk turun makan pagi. Makan pagi kedengarannya agak berat berbanding sarapan pagi. Sarapan pagi sama je maknanya lebih kurang dengan alas perut tapi makan pagi bunyinya lembut sedikit berbanding ‘melantak di pagi hari’. Boleh faham tak apa yang mama nak sampaikan ?

Bila turun je kat tingkat empat ( tempat makan hotel ) kita tengok ramai sangat orang. Makanya kita turun sekejap. Papa kata, tunggulah orang reda sikit baru kita pi makan.

Sangat boringnya muka cik Kayra di pagi itu. Sua itu taknak, sua ini taknak makan . Last-last mama jugak habiskan. Papa tu makan bubur pulak lepas nasi lemak dan kue teow. Roti bakar takmau papa ?

Mama yang kondisinya agak kekenyangan disitu. Cik Kayra tu harapkan dua tiga suap ja nasi lemak dengan dua tiga teguk air oren.

Perut dah kenyangkan ? Takkan nak balik bilik peram lemak kan ? Marilah kita berjimba kat Semua House. Mama bukan nak beli apa-apa. Mama nak tengok ja k papa….

Dua wajah kesayangan hamba yang dah mula boring bila dah lama kat sini tapi kedai tak bukak bukak lagi. Sangat jemu menunggu ye ?  Sabarlah, bukan selalu kita mai sini.

Kedai ni la yang mama nak masuk. Bila bukak je, mama terus masuk dan lima belas minit lepas tu mama keluar balik dengan barang di tangan. Ajaib kan ?  Nampak tu, cik Kayra dah start merangkak pulak. Sangat tertib dan bersopan dia. Sangat menunjuk-nunjuk perasaan.

Dah settle cerita apa kita buat kat KL, lepas ni nak cerita pulak perjalanan balik kita. Sangat penat mama menaip tau…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: