Kek Untuk Nur Kayra

Published Januari 28, 2012 by syarida
Semua ni gara-gara Ana Suzana. Selalu sangat mama usha-usha blog dia, selalu sangat tengok makanan yang best-best. Last-last mama ambik keputusan nak try satu resipi kek keju idea dari cahaya cintaku. So kalau ana baca entry ni, ketahuilah bahawa andalah penyebab adanya kek tu kat rumah malam tadi. Hehehe… Entah sempat ke tak Ana jengah blog ni….
Pertama kali mama buat kek sendiri tanpa bantuan orang lain. Maksud mama bantuan dalam membantu pembikinan sebiji kek, bukan membantu dalam melambatkan proses kerja membuat kek. Macammana nak mudahkan ? Kena masak dulu, bagi dua orang tu makan kenyang-kenyang, buat susu segala baru mama start operasi.
Papa yang dah kenyang tu pun sebelum naik atas cakap kat mama, sat lagi bawak milo satu mug dengan cheese kek naik atas…. okehhh…mama jawab…

Bahan-bahan yang dah ready untuk dikorbankan. Mula-mula mama fikir, macammanalah rupanya tepung super fine tu. Bila tengok ja, alah sama je macam tepung gandum…hehehe. Punyalah mama tak pernah buat kek.

Soft peak sugar and egg, double boiler cheese butter and fresh milk. Bersama hand mixer pemberian Kak Effa. Thanks kak effa, sangat berguna pemberian ini. Hari tu papa tanya hand mixer ni nak guna buat apa, nah hari ni mama buat cheese cake. Bukan buat telur dadar ye papa.

Ayunya acuan kek tu bila dibalut dengan alumunium foil gara-gara nak steam bath kan dia. Mama guna kaedah ni tapi lain-kali mama dah tau, tak payah lagi balut-balut. Steam bath macam biasa je. Semua kerja mama buat dalam periuk vision sebabnya rumah kita takda mangkuk kaca yang besar-besar…huk huk huk…

Cotton soft japanese cheese cake nama diberi. Nama pun first time buat makanya kenalah bertemankan resipi. Selama ni tak teringin pun nak belajar buat kek tapi tiba-tiba pulak tergerak hati nak try kek ni. adakah ini dinamakan jodoh ?

Kah kah kah… awatla rupa kek mama jadi macam ni ?? Tapi takpa, jangan nilai sesuatu tu dari rupa luarannya saja. Sedap ooo. ( segmen tajaan puji diri sendiri )
Mama potong untuk bawak naik atas dengan satu mug milo macam yang diorder papa. Ok settle hal papa. Kayra mama tengok dah tergolek tidur kat sebelah papa

Dah settle hantar order, mama turun bawah. Ada lebihan bancuhan kek tadi, kali mama letak saja dalam mangkuk kaca jernih, bakar cara steam bath jugak tapi kali ni tak balut dengan alumunium foil pun. Mama tuang je air panas dalam tray dan biar mangkuk kaca tu terendam sikit. Berdebar jugak nak tengok hasilnya

Tadaaa….Inilah rupanya. Manis, lembut dan berkrim. Tapi mama rasa lebih sedap bila dimakan sejuk..

 * Thanks to Ana Suzana dan dicedok resipi dari Secubit Garam

Advertisements

5 comments on “Kek Untuk Nur Kayra

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: