Sayang, kamu sangat cantik…

Published Januari 16, 2012 by syarida
Hari Khamis malam papa ajak kita jalan-jalan tengok apa yang ada kat tepi sungai Kerian. Malam tu kita pun pi la dengan perasaan nak tahu apa yang ada kat tepi sungai tu. Bila pergi baru tau dah ada banyak khemah dan booth dah ready untuk satu acara yang besar iaitu Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Kita melilau dan mata mama sentiasa tak lepas pandang kat gerai-gerai orkid. Sangat lah geram mama tengok.
Kita berjalan dan berjalan sampailah kaki Kayra dah stick kat tempat binatang-binatang. Ada kambing jugak dan kita teringat kat kampung wan kan Kayra ?
Hari jumaat kita datang lagi. kali ni mak Lang pun ikut jugak. Depa singgah rumah kita bawak emak Pak lang sekali. Mak Lang pun macam mama jugak, sangat suka orkid. Pak Lang ada belikan kayra belon dengan harapan Kayra dapatlah duduk sekejap tanpa ganggu-ganggu kami yang nak tengok orkid tapi harapan tinggal harapan je la sebab kanak-kanak ini yang baru berusia tiga tahun ini lebih suka belari-lari daripada duduk diam tanpa buat apa-apa. Lepas maklang dan Paklang beli orkid depa pun balik dan kita papamama dan Kayra terus kat situ sekejap lagi. Papa bagi chance kat Kayra main-main lagi kat tempat ternakan. Kat sini kita tengok kambing lagi, ada rusa, ostrich dan rabbit. Kayra main-main dan pegang rabbit.
MamaPapa kena fikir seribu kali kalau nak bela rabbit. Sebab susah kalau ada komitmen dengan binatang ni. Lagipun kita selalu tak ada kat rumah. Susah kalau bela binatang. Tapi seronok juga kalau dapat bela, terapi yang baik.

Dan sayang, ini gambar-gambar kamu semua yang sangat cantik. Sangat terpikat mata ini memandangmu. Bermacam warna, bermacam jenis. Sangat-sangat geram bila tengok. Hajat hati nak beli banyak-banyak tapi takut tak termampu nak jaga.

MamaPapa suka orkid tapi bila betul-betul jaga tak menjadi tapi bila dibiar-biar mencanak-canak bunganya tumbuh. Tapi tu kan dinamakan jodoh, susah nak mati pulak pokok orkid ni. Bila banyak orkid berkembang, nampak berseri-seri balkoni rumah kita.Mama nak penuhkan gantungan orkid tu. Biar jadi kawasan tertutup. Penuh dengan pasu orkid. Hmmm…..

Advertisements

One comment on “Sayang, kamu sangat cantik…

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: