Cerita Pangkor lagi

Published Januari 12, 2012 by syarida
Dah sampai pun kat pulau ni. Kita merayau-rayau sekejap kat pekan. Tengok ikan bilis, tengok udang kering. Lepas tu kita makan tengahhari dulu. Mula-mula dulu masa kita nak datang sini, papa cadang nak sewa motor terus dari jeti, lepas tu kita naik motor je terus ke chalet. tapi kan…macammana kita nak angkut beg galas berdua ni. nak angkut kayra lagi. So, last decision, kita naik je la dulu van colour pink tu ke Purnama Resort. 
Pekan dekat jeti ni dah berubah banyak sejak kali terakhir kita datang sini. Dah ada shop lot banyak kat sini. Dulu masa kita datang semua tu masih dalam pembinaan lagi.

Dah sampai, kita check in. Mandi dan siap-siap untuk keluar. Papa nak sewa motor untuk round pulau.

Cik kayra mama bagi pakai baju mandi matchkan dengan t shirt takda lengan tadi. Papa kata lepas pusing pulau kita takyah masuk bilik dah, terus mandi laut.

Papa takk sewa motor tapi skuter. Seronoknya pusing pulau naik skuter. Kita tengok tempat buat bot, galeri pangkor (kat luar je), batu bersurat (jenuh mama cari tulisannya tak jumpa), airport, kota belanda dan lain-lain. Kita penat, singgah makan abc dengan rojak dulu. Tengok jam masih awal lagi, papa kata kita balik bilik dulu. Mandi, pukul 5 baru turun mandi laut.
Kayra puas dapat main pasir. Suruh main air dia takut. Tak ada gambar kat tepi pantai sebab takut kamera kena air masin. Pukul 6 lebih baru kita berenti. Balik bilik.


Malamnya kita keluar dinner. Papa nak bawak kita makan ikan bakar, On the way kesana kayra dah tertidur atas skuter. PapaMama makan dan kayra tidur atas bangku. Dah settle kayra dah jaga. Kita balik bilik lepas belikan jagung bakar untuk makan malam kayra. Dia sangat suka sampai habis satu puntung besar. Mama dah tau dah, sebab kayra bukan makan nasi sangat. Lepas tu kita keluar lagi. Jalan kaki je ke tepi pantai. Dah happening tempat ni, dulu tak pun macam ni….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: