Makan Kenduri Bersama Wan dan Tok

Published Disember 28, 2011 by syarida
Kita Pergi Pada 24/12/2011
Kita balik kampung mama sebab dah lama rasanya kita tak balik kampung. Last kita balik masa raya haji hari tu. Masa balik dari Krabi, semua orang balik rumah tok tapi kita tak balik pun. Jadi baru-baru ni kita pun balik lah. Kebetulan pulak ada kenduri, makin seronok lagi bila mak anjang pun balik sama. Gamat rumah kita rasa.
Kenduri tu buat kat rumah family paksu, kenduri kawin adik paksu. Kita bertolak dua kereta. Kereta wan dan kereta kita. Mak lang pun join kita sekali.
Kita sampai awal kat rumah kenduri. Pukul 12 dah sampai. Masa tu orang tak ramai lagi. Wah, berselera betul dapat makan gulai batang pisang. kayra pun mama bagi izin  suap  makan sendiri. Tak pedas pulak nampaknya. Ada makanan sampingan lain seperti ‘serawa labu’ dan rojak buah.
Kita tak lama kat situ. Sebab jemputan dah makin ramai. Lagipun, mama takut kayra panjat pintu gerbang berbunga pengantin sebab mama tengok kayra macam berminat sangat. Lepas paksu dan maksu join kita tak lama lepas tu, kitapun bertolak balik. Kita tak lupa bersalam dengan mak pengantin dan hasilnya, berbeg-beg goodies kita dapat.

Advertisements

One comment on “Makan Kenduri Bersama Wan dan Tok

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: