Day 1- Le Khaokob Cave

Published Disember 13, 2011 by syarida
Kita teruskan perjalanan sampai perut kita surrender lapar. Kita makan kat Trang. Makan nasi, lauknya biasa saja, macam lauk kita-kita kat sini, bezanya pedas. Malas nak snap gambar. Lepas perut masing-masing penuh, kita teruskan perjalanan ke Krabi. Tapi ada cadangan dari tourist guide kita katanya nak bawak pergi satu tempat. Ada gua dalam sungai. Semua ok kan je la…
Sesampainya di sana, kayra dah nampak playground, puas jugak nak ajak naik sampan. Kita naik sampan dengan family mak anjang pulak kali ni. Mula-mula ok, tapi kena tunduk sikit la bila lalu bawah gua. Dalam 4 minit kita berenti tengok keadaan dalam gua yang cantik, cantik bila nampak stalagtite dan stalagmite ( eja betul ke tak ni ? ). Ada macam-macam bentuk batu, ada kaki gajah dan macam-macam.
Lepas bergambar lebih kurang kat dalam tu, kita naik sampan tadi balik, kali ni agak suspen. Kita semua diminta untuk berbaring dalam sampan sebab gua tu rendah sangat. Cuak jugak mama. Kayra menangis jugak sikit. Tapi nak buat macammana, dah terlajak masuk kan ? Terlajak perahu kali ni tak boleh di undur. Lagipun semua mesti nak merasa pengalaman ni sekali je seumur hidup. Lain kali mama taubat tak masuk lagi. Kalau kita tersilap bangun, mesti berdarah kepala kena batu gua. Kita diminta untuk berbaring serendah-rendahnya. Beg pun tak boleh letak atas badan sebab takut tersangkut kat siling gua. Dah la tajam dan berbatu. Memang bahaya. Gelap pulak tu.  Mula-mula mama menyesal jugak bawak kayra masuk dalam ni. Tapi nak buat macammana, dah terlepas. Nasib baik Kayra tak meragam.
Perjalanan penuh suspen tu dalam 10 minit ke 20 minit jugak la. Bila keluar je nampak cahaya, kayra terus menangis, bila mama pegang dada dia, laju je degupan jantung. Rupanya anak mama ni macam mama jugak, penakut. Mama rasa seronok pula dapat experience macam ni sebab mama terfikir, kadang-kadang kita kena jugak keluar dari zon selesa dan cabar diri kita sendiri, baru bertambah pengalaman.
Kat depan pintu masuk. Kita kena melalui jambatan ni untuk pergi ke tempat sampan untuk masuk dalam gua. Masa ni puas dok pujuk kayra sebab dia nak main kat playground.
Kita tengah tunggu sampan. Sampan ni tak boleh naik ramai-ramai sebab nanti nak baring tak cukup ruang. Lagipun, tenggelam pulak kalau naik ramai-ramai.
Cantik sungai ni, bersih je. Memang terjaga tempat ni. Cuma air je kurang jernih, mungkin kalau kita pergi masa lain, iarnya jernih. Kalau jernih mesti lagi cantik kan ??
Ok, kita dah nak masuk dalam gua. Rendah saja gua ni kan ? Tapi cantik bila nampak dari luar.
Ok, kita dah sampai kat tempat persinggahan dalam gua. Kat sini kita turun tengok keindahan dalam gua dan sampan akan ambik kita kat pintu lain. Sampan nombor 5. KIta cuma sebut je nombor sampan tu masa nak naik balik nanti.
Ini gambar kat waiting room. Sebab apa dipanggil waiting room ? Sebab kat sini, jadi bentuk macam bilik dah, stalagtite dan stalagmite dah bersatu makin lama dah makin tertutup.
Kita naik sampan tu balik, lebas berjalan lebih kurang sepuluh minit. Keadaan dalam gua tu cantik dengan lampu bermacam warna terpasang. Keadaan dalam gua suram dan lembab dengan air batu kapur.
Kita turun bot lagi dan berjalan di bahagian lain pulak. Lampu macam-macam warna lagi. Kayra asyik sebut warna je tapi kebanyakannya silap sebut. kalu red sebut yellow, kalau yellow sebut green. Cuma blue je yang betul. Puas mama betulkan.
Yang ni batu tu macam bentuk kaki gajah. Thailand kan negara gajah, bila ada bentuk alam semulajadi  macam ni, depa dah anggap macam jelmaan dan miracle untuk depa. Macam satu anugerah untuk negara Thailand itu sendiri. 
Ok, we are entering the low and  the narrow part of the cave. Ini gambar masa mula-mula nak masuk bahagian siling gua yang rendah, yang mana kami semua diminta untuk berbaring. Kayra mama baringkan. Tangan mama letak kat dahi kayra supaya dia tak bangun, tangan papa pulak kat atas badan Kayra. Lepas tu kami dah tak ingat nak snap gambar dah sebab  masing-masing takut. Kayra pun merengek-rengek macam tu je dan selebihnya dia diam. Dalam 20 minit juga kami berbaring. Memang experience betul. Lepas ni, mama tak akan lagi..janji.. 
For those who want to feel the experience. This is the real thing. Jangan lepaskan peluang. Rasailah pengalaman sebenar. Iklan sekejap….hehehe
Gua ni berada dalam Derah Trang. Lepas ni kita akan teruskan perjalanan panjang kita lagi terus ke Krabi.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: