My First Concert , My First Award

Published November 19, 2011 by syarida
Pukul 6 mamaPapa sampai ke Dewan tu. Cari-cari tak ada pun Kayra. Mama tinjau-tinjau kat belakang pentas. Rupanya Kayra dan kawan-kawan kena kuarantin kat belakang. Mungkin tengah make up, mungkin teacher bagi rehat atau mungkin ada taklimat terakhir. Macammana la Kayra kat belakang tu, mama cukup risau.

Bila kerusi penonton dah penuh, maka acara pun dimulakan. Mula-mula tu setiap pelajar diperkenalkan. Seorang demi seorang pelajar keluar. Second last tu Kayra. Kayra dipimpin keluar, sebabnya kayra takut dan malu nak keluar. Alamak, hari tu berani sangat. Tapi sekejap saja, lepas tu ok.
Tiba masa yang mamaPapa nantikan. Kayra nak menari. Seksinya baju anak dara tu. Sangat seronok mama tengok anak mama atas pentas. Kayra menari dan menyanyi dengan iringan muzik sebanyak empat buah lagu pendek.

Settle persembahan tu, tiba pulak persembahan kayra yang kedua, kali ni kayra menyanyi beramai-ramai tanpa muzik iringan. Mula-mula naik kali ni, muka kayra tak manis lansung. Tunjuk-tunjuk kat mama, lepas tu kayra mula peluk tubuh dan pusing belakang. Kelakar pulak mama tengok. Orang menyanyi tengok depan, kayra pulak marah, peluk tubuh dan pusing belakang. Tiga kali kayra buat macam tu. Penonton dah gelak-gelak kat kayra. Lepas 2, 3 minit kayra pusing depan dan terus menyanyi macam tak ada papa yang berlaku.

Kali ketiga kayra naik ke pentas adalah untuk ambik piala. MamaPapa sangat bangga denga kayra malam tu.
 Kayra dapat anugerah Fast Learner 2011. Apa yang fast sangat kayra belajar  pun mama tak tau.
Last-last semua orang naik pentas untuk bergambar. Kayra pun sama. 

Majlis berlansung pada 13/11/2011 jam 6ptg di Dewan jawi, Seberang Perai Selatan.
Advertisements

3 comments on “My First Concert , My First Award

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: