Setelah ditinggalkan, kau dibawa bersama….

Published November 1, 2011 by syarida
Abaikan tajuk di atas. Tapi biar mama terangkan kenapa mama letak tajuk tu. Pagi tadi kan kayra kena tinggal kat kindy, sementara mama dan papa bergumbira tengok keindahan kuala Sungai. Papa rasa takkan lah lepas kita keluar-keluar petang tu nak kurung saja Kayra kat dalam rumah. Papa teringatkan kayra bila tengok bot-bot dan sampan yang lalu mudik ke hulu. Kayra kan suka tengok bot. Kayra kan suka nyanyi lagu row, row your boat…
 Lagipun, dah lama papa nak pergi satu tempat ni. Mama tak ada kena mengena dalam menghasut papa keluar-keluar lagi. Tapi dah papa ajak, mama takleh cakap apa lah..
So, petang tu papa dan mama nak belajar sejarah lah. Kita pergi Muzium kat Lenggong Perak.
 Jumpa Perak Man.
Kita lalu ikut Kuala kangsar, lalu dekat Tasik Raban singgah sekejap tengok tasik, pastu baru pergi muzium. Ok la muzium tu, kemas dan terjaga. Mula-mula kayra takleh berenggang dengan mamaPapa, takut katanya. Lama-lama ok la dia. Ada bahan pameran kat dalam muzium, ada jugak kat luar. Kat situ ada jugak temporary pameran, pasal alat muzik. Banyak jugak barang pamerannya. Papa merungut juga sebab ingatkan boleh tengok tapak arkeologi, tapi tak ada. Tak apalah, kalau semua pengunjung boleh tengok tapak tu, mungkin kita rosakkan tempat depa buat kajian kan ? So, kita tengok lah saja benda yang dah dikaji…
 Dah sudah tu kita terus ke Gerik. Mama beli baju lagi kat Kayra, papa beli selipar angry bird lagi kat kayra. Ada lagi, patung angry bird, key chain angry bird. Rumah kita dah jadi macam sarang burung dah…
Kebetulan kedai tu kawan papa yang punya, kita beli la dengan special discount. Kita tak tau pun kedai tu kedai siapa. Kita redah je lepas mama nampak sehelai t shirt yang menarik hati.
Dah sudah mama habiskan duit papa, kita tunggu papa kat dalam kereta pulak sebab papa jumpa kawan dia. Macam biasa, kayra main game angry bird lagi kat dalam tab. Anak mama dah macam pembela burung sekarang ni. Bela burung yang marah.
Ok, kita terus ke Pengkalan Hulu. Makan malam. makan tom yam yang sangat sedap dan nasi goreng yang pada tekak mama biasa-biasa je tapi pada tekak papa, sedap sangat… 
Lepas kenyang, kita berangkat pulang. Perjalanan kita melalui Baling, Kulim dan terus ke Nibong Tebal.
Kita ikut Kuala Kangsar. Dah jumpa sign board ni, kira dah sampai la kita kat Kuala Kangsar. Hehehe..
Jumpa sign board ni pulak, kita terus je, jangan ikut kanan pulak…
Cik kayra tidur, sementara mama dan papa dok camhore…
Aik, dah bangun ?? Tengok kat luar ada apa…
Entering Tasik Raban, next time time kita datang sini kata papa. Kali ni kita tengok permandangan je…
Sampai-sampai muzium nak masuk toilet kena lalu sini, so kita tengok ini dulu…
Ini rebana, besar betul. Kayra impressed tengok…
Ini sompoton, kita dah tengok kat Sabah hari tu kan ??
MamaKayra with the banner
mamaKayra again..
So now we saw the really museum but stop for photo first…
Serius sangat la dua orang ni. Masuk muzium tak semestinya skima okay…
 Mama isi borang kaji selidik dulu. 
Papa minat batu-batu ke ? Time ni Kayra takut-takut lagi..
We came for cave man 
 Ini ic Perak Man, kalau terjumpa kat mana-mana tolong hantar ke balai Polis berdekatan…
 Mum in style…
 Papa daughter in action
 We are three. Dah keluar dari muzium.
 Kita dah sampai Gerik
 Ini pejabat JKR Daerah Gerik.
 Pekan Gerik. Pertama kali mama dan Kayra sampai sini
Pengkalan Hulu. First time jugak kita sampai sini.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: