Gadis Dan Bunga

Published November 1, 2011 by syarida
Bersiaran pada tarikh yang cantik 1.11.11
Bukan mama nak cerita pasal hari ni, mama nak cerita pasal hari ahad yang lepas.
Yang lepas tu lepas lah tapi hari yang indah bila kita bersama-sama takkan lah kita nak lupakan. Betul tak ??
Penatnya aduhai bila bangun pagi ahad tu sebab semalam kan kita berjalan jauh. Papa kata hari ni kita kemas rumah. Mama kata mama lapar dan nak masak. Kayra kata Kayra tak kisah, sebab dah dapat sebotol susu penuh dan hari ni kayra nak lepak tengok tv.
Ok, mula-mula mama masak. Kita makan. Lepas makan Kayra mandi dan duduklah tuan puteri Nur Kayra Salsabila depan tv sebab papa sebagai pekerja istana akan buat kerja dibantu mama sebagai dayang. Wah ! macam cerita fairy tales pulak.
Gantikan cadar, susun gambar dalam frame, vakum segala habuk dan kemas semua model-model kereta papa. Semua dah tersusun dan kemas, rumah dah berkilat mama baru nak rebahkan badan tiba-tiba ada suara sumbang berbunyi, “Jom kita pi Kulim beli orkid”
Makanya kita pun bersiaplah lagi nak keluar. kayra masih tak kisah sebab memang Kayra suka outing.
Kenapa orkid ? Sebab orkid je ada jodoh dengan kita ni, pokok bunga lain tak pernah ada hayat yang panjang dengan kita. Pokok daun kari tumbuh elok jugak, tapi tu bukan pokok bunga.
Dah beli dua pokok orkid . Kita bertolak pulang dengan hati yang gumbira. Bila gumbira papa lapar lagi. Kita makan lagi kat Cheruk Tok Kun. Mee kuah ketam dan mee goreng ketam. Kenapa dua jenis mee bukan bihun ? Tanya papa, jangan tanya mama. Hehehe…
Tak adalah, sebab bihun ke, kue teow ke, passembor ke dah habis, memang rezeki mee je kita hari ni. Nasib baik ada mee, kalau tak ada ??

Advertisements

One comment on “Gadis Dan Bunga

  • Salam syarida….thx jenguk ke blog kita..dan terima kasih juga atas pujian2 tuh…wpon gambar2 nyer biasa saja…tapi sbb dh bertanya saya pon tak keberatan nak kongsi apa yang saya buat…kat blogspot mmg tak leh upload pic pixel yg tinggi…jd saya upload kat flickr dulu…lgpon kalau kat blogspot dia akan rendahkan quality gambar kita…lebih kurang mcm tu la…tp kalau kat flickr, dia akan mainten semua setting, resolution, quality etc…tp sblm tu saya edit dlm Lightroom….then pakai preset auto tone > punch….itu saja….selamat mencuba

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: