Kuala Kurau Tanpa Cik Kayra

Published Oktober 30, 2011 by syarida
Sabtu pagi, kayra kena ke kindy jugak. MamaPapa ada banyak hal nak diuruskan. Papa saja sebenarnya tapi papa nak jugak mama temankan. Papa nak pergi tengok kerja kat Kuala Kurau. 
Lepas hantar Kayra ke kindy, mamaPapa pergi sarapan kat nasi kuning dan terus kesana. 
Mula-mula kami ke jejantas kuala Kurau dulu, lepas tu ke Pekan Kuala Kurau pulak.
Sambil-sambil papa tengok kerja kat feeder pillar ( betul ke eja ni ? ), mama snap gambar bunga-bunga liar. 
Kerja-kerja kat Papa kat Pekan Kuala Kurau buat kat atas jambatan. Besarnya Kuala Sungai yang mama nampak. Kerja-kerja kat situ ganti lampu yang rosak kat atas jambatan yang menghubungkan antara  dua daratan di kuala sungai. Melalui jambatan itulah, orang dari perkampungan nelayan lalu kalau nak pergi ke Pekan Kuala Kurau. Cuma motosikal dan basikal je yang boleh lalu, kereta tak boleh.
Nasib baik Kayra tak ikut, kalau tak, bahaya jugak kita duduk tengok-tengok kat atas jambatan tu sebab banyak betul motosikal yang lalu.
Kita tengok gambar nak ? Gambar Mama, gambar papa, dan gambar Pak Ya kawan papa…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: