Kita Dah Kehilangannya….

Published Oktober 27, 2011 by syarida
Wan ada enam beradik. Empat lelaki dan dua perempuan. Wan anak kelima. Yang sulung abang, arwah yang mama panggil pak ngah. Mama pun tak pasti kenapa panggil pakngah, bukan paklong. Dah bertahun meninggal sejak mama tingkatan empat lagi.
Semalam, 26 oktober 2011. Abang kedua wan pulak meninggal setelah bertahun juga menderita sakit. Kayra sempat kenal tok lang dan jumpa dah dua tiga kali. Sekarang dah dah tiada.
Banyak hal tok lang wan uruskan, mama tau wan puas hati sebab sempat berbakti untuk tok lang sepanjang hidupnya. Sekarang ada dua orang lagi kakak dan seorang adik wan yang masih ada. InsyaAllah, mama akan rapatkan hubungan kita lepas ni. Kita takkan lupa saudara-saudara tua kita lagi. InsyaAllah, bukan saja saudara sebelah mama, kalau boleh sebelah papa pun. Mama janji.
Suatu hari nanti kitapun akan tua, dan pastinya kita harapkan anak cucu datang menjenguk.

Belasungkawa buat arwah Pak Lang aka Ayob Bin Awang. Semoga damai di sana…
Al fatihah…..

Tok Lang bersongkok putih duduk disebelah pak lang masa majlis pertunangan mama.

Advertisements

2 comments on “Kita Dah Kehilangannya….

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: