Ahad, kita buat apa ?

Published Oktober 17, 2011 by syarida
Pagi ahad mama bangun setelah dikejutkan kayra. Mama dengar kayra panggil lepas tu tunjuk-tunjuk kat diapers. Tak selesa lah tu. Tukar lampin, mandikan terus dan jadilah kayra orang terawal yang mandi kat dalam rumah pagi tu.
Papa keluar beli sarapan mama kumpul-kumpul baju untuk basuh. Lepas makan, papa sidaikan kain dan mama buat apa ? hehehe….
Mama susun segala soft toy dan teddy bear kayra. Terkejut tengok bila dah kumpulkan, membukit tinggi. Segala mainan kayra dah diasingkan ikut jenis. Mulai sekarang, kalau kayra nak main masak-masak cuma boleh main kat tingkat bawah, cuma buku-buku, doll dan kereta mainan muzik saja dibenarkan di tingkat atas. Kalau tak, bersepah atas katil dengan periuk belanga kayra. Dan teddy bears kayra boleh tengok je sebab mama dah susun elok-elok.
PapaMama sibuk mengemas, kayra pun sibuk jugak melekat segala sticker kat peti ais kita. Malas dah nak cakap apa. Penuhlah dengan angry bird dah.
Petang, kita keluar sekejap pergi bank dan singgah beli diapers kayra. Hujan lebat, bila sampai rumah, papa dah bersin-bersin, panas badan dan bila malam menjelma, dah demam papa kita. Mama masak petang tu pun papa makan sikit je.
Masa mama kemas-sikit kat bawah malam tu, kayra kat bilik dengan papa. Temankan papa yang demam sambil main games angry bird. Sesekali  kiss pipi papa sambil cakap ‘kesian papa’.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: