Paradise, sambungan cerita yang belum habis

Published Oktober 12, 2011 by syarida
Aiyakk…
Banyak sangat la cerita yang nak disimpan, tak habis-habis lagi. Jangan salah faham, mama nak simpan semua ni sebagai kenangan. Setiap detik tu takkan berulang. Hari ni kayra 2  tahun , tahun depan dah 3 tahun, mamaPapa pun dah makin tua, dan mungkin kita dah tak datang Paradise lagi. Jadi mama nak simpan setiap peristiwa tu sebagai catatan kenangan kita. Kalau kayra baca 20, 30 tahun lagi, ada cerita kayra disini. Kalau mama cerita mulutpun, mesti ada yang tertinggal. Baik mama buat catatan disini.  Inilah keindahan blog kan ?? 
ok, anggaplah tadi sebagai iklan. Lepas check out, kita pi jemput paksu kat rumah dia sebab dia balik sekejap ada kawan nak jumpa. Lepas pickup Paksu, kita semua gerak satu kereta. Kita pi makan dulu. Ala, kita makan kat gerai tepi laut. Kedai nelayan. Pastu kita pi Pasaraya sunshine sebab mama nak beli barang.
Selepas itu, ada cadangan dari ‘pihak’ papa, kita pi cari laksa janggus. ( idea dari jalan-jalan cari makan jugak ). On the way kesana kita singgah bergambar  kat puncak Indah, bergambar lagi. Sambil makan jeruk.
Dah dapat laksa, gerak ke Feringghi balik. Papa, maksu, paksu dan kayra naik kuda tau. Mama taknak sebab mama penakut. Lagipun tak bawak kasut yang proper kan ? Takkan nak naik kuda pakai selipar. ( hahaha… semua yang naik kuda ni pakai selipar )
Sesudah disitu, kita singgah teman maksu bershopping kat night market Batu Feringghi. Dah tengok maksuPaksu buang duit, kita balik hantar depa kerumah, pakat lagi makan pulak kat Restoran mamak. Makan lagi. Dah kenyang, penat bergelak ketawa, kita balik.
Penatnya mama taip… jari sakit. “Papa, kita makan kat luar…”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: