Malam ketika Di Paradise

Published Oktober 12, 2011 by syarida
Malam tu kita plan keluar. Nak makan, nak main-main nak window shopping.
Mula-mula kita pi main bowling dulu. Wah, terror la mak su. Semua orang takleh cocentrate main sebab kayra. Kayra banyak buat onar malam tu. Lompat sana, lompat sini, nak tekan loceng la, nak panjat tengok screen la. Sangat pening mama…Papa suruh main game angry bird pun takmau.  Agaknya, kayra la bowlers yang paling aktif kat Georgetown J malam tu.
Lepas penat baling bola berat tu, perut kita dah nyanyi-nyanyi lagu lapar. Kita pi cari makan kat Gurney Drive. hajat hati nak tengok kelaku jurujual passembor yang tuang kuah sambil pusing-pusing macam yang kita tengok dalam ‘jalan-Jalan Cari makan’ hari tu. Akhirnya dapat jugak tengok dari jauh.
Masa balik tu lepas mama beli mainan kayra yang harga RM 10 tu hujan turun dengan selebat-lebatnya tiba-tiba. Mama dapat selamatkan duit papa dari terbuang lagi untuk mama sebab kita terpaksa balik segera. Ye la, hujan selebat-lebatnya. Nasib baik kita tak basah sangat sebab dapat tumpang payung besar penjaja yang lari entah kemana. Paksu pergi ambik kereta dan kita selamat masuk kat dalam tu dengan basah yang tak berapa nak basah. ( mama merapu lagi )
Kita sampai kat Paradise Hotel lepak sekejap kat lobby bergambar-gambar. Lepas tu kita ajak maksuPaksu sambung lepak kat bilik kita pulak. Kayra main-main dengan mainan baru sampai rosak dengan jangkahayat mainan tu tak sampai 3 jam dalam tangan kayra. Itulah Kayra…


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: