Mama Saya Lapar…..

Published Oktober 6, 2011 by syarida
Mama saya lapar atau mama, saya lapar… ??
Ayat kalau baca dengan intonasi yang berlainan maksudnya pun jadi lain jugak.
Tak kisah la apa-pun.
Mama cuma nak publish makanan kita semalam yang mama fikir-fikir apa nak masak sejak dari ofis lagi.
Ceritanya macam ni, mama dah text papa tanya nak makan apa petang ni. Pastu papa cakap nak keluar malam ni sebab nak pi tengok lampu jalan. Mama kata ok la takyah masak dan mintak papa beli burger waktu balik nanti.
 Mama rasa lapar pulak, mama text balik papa cakap nak makan nasi  nanti time papa balik malam ni dari kerja belikan la burger. Last-last papa cakap nak makan jugak kat rumah sebelum keluar kerja.
Sebelum ambil kayra dari kindy, mama singgah lah beli ikan dan barang mentah yang lain.
ingatkan tak payah masak kat papa mama masak la apa-apa yang mudah je. Tapi disebabkan papa nak makan, masak yang berat sikit la nampaknya.
Mama bersilat nak masak ni. Sampai rumah 5.30ptg. Start masak pukul 5.45ptg macam tu. Pukul 6.40ptg kita mula makan. Cepat jugak kan ?? dapur dah siap kemas masa tu. Hebat ka mama ? Hehehe…
Kayra nak bergambar jugak di tepi meja. Tapi lepas makan masa MamaPapa sibuk mengemas, muka kayra terantuk kat bucu meja ni la, dah lebam muka ke kindy pagi ni.

Dua masakan tu pedas, yang sayur pulak banyak guna sos tiram. Kayra mama cuma bagi ikan tanpa cili tu je. Papa tolong gorengkan telur sebab kesian kayra makan satu lauk je. Sos tiram tu mama tak galakkan sangat kayra makan, nasib baik dia pun tak mintak sayur kali ni.

 Kayra suka bergaya nakal sekarang, macam-macam peel. Mama layankan jugak, kalau tak kesian pulak. Dah la selalu kena marah je sekarang ni.
Tengok tu, tangan pun dia nak mama ambilkan gambar. Sebab dia seorang, tak ada orang nak layan bermain. MamaPapa je la yang dia ada kat rumah ni. Nak bela kucing papa taknak. Susah nak berjalan katanya.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: