Kayra bermalam Di Cititel

Published September 19, 2011 by syarida
Seperti yang dijangka kami tak sempat pergi toy museum. Takpa lah kalau tak sempat. Sebab hari ni jumaat, papa dengan paksu nak solat jumaat lepas tu kami nak check in hotel lagi. Kayra tinggal kat selatan Penang, boleh datang pulau tiap-tiap hari tapi kenapa nak check in hotel lagi ? kenapa tak balik rumah je ?
Sebabnya malam  ni papa nak tengok artis kat padang kota. Apa-apalah papa, janji papa happy kan ? Kayra tak kisah sebab kalau kayra kat mana pun kayra ni happy je memanjang.
kami dah pernah tinggal kat cititel kota kinabalu, sekarang ni kami nak try cititel penang pulak. Tak tau la pengurusan hotel ni sama ke tak, tapi yang pasti namanya sama.

Dari tepi mama renung anak mama, dah besar pun kayra, dah nak masuk 3 tahun dah. Serasa masih baru je dalam dukungan mama. Teringat lagi masa dalam pantang asyik menangis saja, tepat jam sepuluh je menangis beria-ria sampai semua orang tak tau nak buat apa.

Dari jauh juga mama tengok papa dengan kayra. Dulu masa kayra baby, papa takut nak dukung kayra. tak pernah mandikan kayra sampailah umur kayra 2 tahun baru berani mandikan, teruk la papa ni.

Tersangatlah keletah budak ini, tak pernah diam seminit. Demam dan selsema pun jarang. Mama sangat-sangat bersyukur. Tapi menjaga anak yang lasak tak jadikan mama kurus pulak, tu yang pelik tu.

wow mama…. kayra cakap masa mula-mula masuk bilik ni. Bilik kita biasa-biasa je kayra. mamaPapa tak mampu lagi nak duduk bilik mahal-mahal.

Permandangan dari tingkap bilik kita, Ocean view. Jadilah….

Ini gambar masa kita nak keluar petang tu. Ada display barang-barang dari muzium kaca. Ada muzium kaca ke kat Penang ni ?

kayra panggil mama suruh tangkap gambar kat tangga ni.

Susah nak mintak dia duduk bergambar tapi kat sini bila mama suruh duduk senang pulak dia nak bergambar.

Banyak lagi nak diceritakan. Nanti mama sambung lagi k. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: