Kita kat Taiping

Published Julai 25, 2011 by syarida
Sabtu lepas maghrib kita bertolak ke Taiping. Kayra tengah tidur, angkat masuk kereta terus terjaga. Tak menangis pun. Dalam kereta makan bergedel yang mama buat petang tu. Bergedel yang pada mulanya sejenis lauk dah jadi snek pada malam itu. 
Sampai rumah tok honey dah pukul 9 malam. Tok honey tak masak malam tu tapi kita tak kisah sebab kitakan dah kenyang makan bergedel. Hehehe…Tok honey ajak jugak kayra tidur dengan tok yang dan tok honey tapi biasa la kayra. Nak mamapapa jugak. 
Pagi ahad pagi-pagi kita dah bersiap. Papa nak bawak tok honey pergi market dan ajak jugak mama dan kayra temankan. So we all takda masalah. Tapi mama rasa macam anak mama ni too comel la pagi ni nak ke market. Papa cakap takpa, mungkin banyak tempat kita menyinggah. Lepas mama tocangkan rambut kayra kitapun keluar.
Kita pergi market kat Taiping beli ikan semua dengan sedara mara dia sayur semua. Papa pergi klinik sekejap. Kayra mama dan tok honey masuk nagoya cuci mata dalam 15 minit sebelum papa join kami semula. Papa beli kain untuk baju melayu untuk dia dan tok yang sekali. Lepas tu cari kedai untuk tempah baju melayu. Papa dah cuak bila kedai ‘Syahrial’ favourite dia tutup hari ni. Tanya kat kedai-kedai lain dah tak ambik tempahan. Last-last, mama call tailor mama kat masjid tinggi dia ambik tempahan lagi.So tak jadi la berupah-upah kat Pekan Taiping.
Kitaorang takmau balik lagi, jam dah pukul sebelas, tok honey ajak masuk muzium Taiping yang baru bukak. Dah sampai kat depan tu, pintu muzium tertutup lagi. Rupa-rupanya 12 setengah baru bukak. 
Nak masuk jugak muzium hari ni, nak cukupkan masa we all merayau kat Taiping Central sekejap. Kayra main-main kat tempat permainan kat atas. Cukupkan masa, pukul 12 setengah kita dah park kereta kat depan muzium.
Lepas berpatriotik semua kat dalam muzium. We all balik, masak dan makan. Rehat-rehat dan malam baru balik Nibong Tebal.
Advertisements

2 comments on “Kita kat Taiping

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: