Makanan terhidang ada kisahnya…

Published Julai 19, 2011 by syarida
Huh ! tajuk tak boleh tahan.
 Macam la lama sangat bercuti. Rasa lapang kepala otak bila dah rehat seminggu dari pi bekerja. Kayra pun seronok sebab mamapapa ada kat sisi 24 jam dalam masa 5 hari ni.
Mamapapa pun rasa puas melayan dia dalam masa bercuti ni. Kesian kayra, kalau hari bekerja kena duduk rumah pengasuh bila mamapapa pi ofis. Ok, mama janji dengan papa balik dari bercuti nak buat toilet training kat kayra sebab lepas birthday dia tahun ni dah nak hantar dia pi kindy. Mama tak tau bila sepatutnya kanak-kanak sebaya kayra dah pandai ke toilet, means tak payah pakai pampers lagi sebab kayra ni pun anak pertama mamapapa, tapi kalau ikut buku yang mama baca, umur kayra sekarang dah sesuai. Tapi tak tau la sebab kayra tak pandai bercakap lagi. Pronounciation and vocabs masih berterabur. Kadang-kadang dengar macam bahasa alien pun ada. Hehehe…
Berbalik kepada kisah kita hujung minggu ni. Pagi-pagi buta papa dah kejut mama ajak sidai kain baju kita yang mama basuh pada malamnya tu. Berlambak-lambak baju kotor yang kita pakai masa holiday. 
Dah siap sidai, kita ikut papa pi ofis dia sat tengok surat papa. Pastu Basuh kereta.
Luar dalam papa cuci tapi tak lama kita tunggu. Ye la sebab awal pagi lagi, kita la first customers.
Dah selesai, mama ajak papa pi pasar parit buntar jap sebab nak beli barang basah untuk masak tengahhari ni. Parking susah la pulak nak dapat. Kerana kesabaran papa yang kurang pada hari itu, makanya papa u-turn balik ke nibong tebal. Kita ke pasar pagi nibong tebal je la nak… Market yang hanya kecil 4 kali ganda daripada pasar parit buntar yang tersebut tadi. Makanya kita jangan melawan cakap papa, dan jangan disebut tentang apapun berkenaan dengan market parit buntar kerana kesannya nanti adalah kita tidak dapat membeli apapun waima sebiji bawang.
oh ya mama lupa. Alkisahnya pada hari itu adalah kerana papamama telah menjemput paksu dan maksu makan tengahhari kat rumah adalah kerana itulah mama bertekad untuk membeli beberapa barang yang kekurangan di dapur kita.
Maksu janji nak sampai selepas pertandingan futsal yang paksu .nak tengok kat seberang jaya. Dah dapat segala mak nenek barang-barang tu. Mama mula bersilat masak. Pukul 12 dah siap. Tunggu punya tunggu. kayra tertidur, bangun balik, mandi dah 2, 3 kali mandi baru la paksu maksu kayra sampai pukul 5. Rasa macam dah berjanggut tunggu. Nasib baik pagi tu dah makan nasi lemak.
Makanya, makan la semua orang dengan penuh selera. Mama masak lobster masak lemak cili api kacang buncis, rendang kering udang galah, ikan siakap sumbat cili, ayam sos tiram cendawan dan sayur bayam. Puas hati tengok papa dan paksu berpeluh-peluh makan. Lobster dan udang galah tu kita beli kat KK. 
Panjang pulak cerita mama kali ni. Kita tengok gambar pulak lah…

anak dara ni takda masalah bangun awal

Kita tolong buka kedai hari ni, customer pertama

Kecur liur bila tengok balik, Mama bangga dapat masak semua ni tau….

Main dishes hari ni….hehehe…
Susunan meja makan kita yang tak ada seni lansung…
Huh papa, periuk nasi atas meja ka…??
Kekenyangan….
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: