Sabah day 5 last day

Published Julai 17, 2011 by syarida
Hari last. Mama nak beli lobster, nak beli lobster jugak. Kena bangun awal nak cari lobster. kayra yang tengah nyenyak tidur mamapapa kejutkan. Mandi dan berjalan ke market pagi-pagi.
Kayra no hal dalam bab-bab berjalan ni, kayra suka. Mamapapa dah train kayra dari kecik lagi supaya lasak dan tak kisah kemana pun. Ye la, susah jugak kalau kayra tak mau bersusah-susah sebab mamapapa kan suka berjalan dan travel. Tapi ada jugak tempat-tempat yang mamapapa pergi tak bawak kayra. Sekarang kayra dah besar sikit, dah makin banyak tempat kayra ikut.
Cari punya cari tak jumpa lobster kat pasar. We all kena tunggu pusat perikanan yang jual makanan laut frozen tu bukak dulu. Pukul 830 baru buka. Kami pergi sarapan dulu. Takpa, lobster punya pasal kita tunggu dulu.
Lepas sarapan mamapapa paksa lagi kayra posing kat tepi pantai tapak pasar tu ambil gambar sampai kayra sendiri naik boring. Mama tu hari-hari tangkap gambar kayra.
Akhirnya, Kedai Pusat Perikanan jual makanan laut frozen tu bukak. Kami terus masuk. Lobster sekilo RM 90. Mama kayra beli la sikit. Sebab nak rasa. Kat semenanjung susah nak dapat lagipun mahal.
Dah dapat yang dicita-citakan. kami gerak balik ke bilik hotel. Jauh jugak kami berjalan. Macam biasa, sekejap papa, sekejap mama yang dukung kayra.
Kat bilik hotel, mama kemas semua barang sebab kami dah nak balik hari ni.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: