Sabah day 3

Published Julai 16, 2011 by syarida
Hari ni, hari last kami kat Kinabalu Pine Resort. Tengahhari dah nak ke kk balik.  Pagi-pagi kayra tengok mama kat depan bilik update blog. Pastu papa ajak makan sarapan dulu. Sesudah sarapan, kayra ajak mama papa pergi dekat rabbit-rabbit gemuk tu semua nak ucap selamat tinggal. Kayra cakap kat depa, jangan sedih-sedih, ada rezeki nanti kayra datang lagi.  Balik bilik, pack semua barang pastu papa check out.
Lepas semua urusan keluar bilik, kami bertolak ke KK. Rasa sedih la nak tinggalkan kundasang. Rasa nyaman je duduk kat sini. Tapi sebelum tu, papa nak tengok jambatan Tamparuli sekejap. Kayra dan mama no hal punya kalau bab-bab berjalan ni. 
Perjalanan kami diteruskan lagi. Dah dekat-dekat KK tu, papa singgah lagi kat Sepanggar. Nak tengok permandangan dan Base TLDM kat sini katanya.
Lepas tengok kiri kanan, cantik suasana tepi laut. Kami teruskan perjalanan. Tiba-tiba mama nampak pulak one Borneo, papa cakap, sekejap lagi kita datang. So, we all terus cari hotel then check in. Bilik kami tak besar. Tak mewah. Sebab kat KK kami tak bercadang nak lepak bilik sangat. Banyak aktiviti kat sini. Kat kundasang kami dah rileks banyak so kat sini akan ada banyak aktiviti mamapapa yang akan memboringkan kayra.
Lepas tengok bilik. Loading barang, we all keluar. Pergi kat tempat yang mama nak pi tadi. Mama beli handbag lagi. Parkson sale katanya. Papa sporting pulak hari ni. Pastu kami pergi pusing-pusing kat Tg Aru jap, pastu pi tengok permandangan bandar kk dari atas bukit, papa bawak pusing-pusing lagi pekan kk sebelum balik bilik, mandi dan bersiap untuk keluar makan.
Malam tu kami makan ikan bakar kat tepi pantai bandar kk. Macam gerai-gerai. Banyak. Malam tu papa ambik ikan, udang dan sotong. Kayra makan dengan nasi putih.
Lepas makan kami balik berjalan kaki balik bilik. Jauh jugak kayra kena paksa berjalan tu. kayra merengek, sekejap mama, sekejap papa yang dukung. Esok last day, tengahhari dah nak hantar kereta. Lepas tu, kami akan berjalan kaki je kalau nak kesana sini.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: