Sabah day 2

Published Julai 15, 2011 by syarida
Cepatnya siang. Pukul 6 dah cerah. Sejuk, sedapnya tidur. Bangun pagi buka mata papamama ada luar depan bilik tengok matahari naik. Mama update blog sambil menghadap gunung. Cantiknya sebab bilik mengadap gunung kinabalu. Rasa dekat je gunung macam boleh pegang. Kadang-kadang kayra rasa duduk dalam lukisan je. Kat bawah gunung tu kawasan bukit-bukit rumah orang. Seronok kalau dapat duduk sini, kayra boleh lari-lari kat kawasan padang, sejuk je, pencemaran pun kurang. Tapi mama tu kayra rasa mesti tak suka tinggal kat sini, sebab kat sini mana ada jusco.
Breakfast start pukul 7. Ambil bilik kat sini, breakfast dengan dinner include sekali. Papa suruh cepat-cepat makan sebab pagi ni kita nak ke kaki gunung kinabalu.
Kaki gunung. Cuaca berkabus sepanjang perjalanan. Kereta saga kami boleh jugak panjat jalan simpang siur. Kami naik sampai ke gate last sebelum pendaki naik ke gunung. Bergambar dan main-main dengan squirrel yang jinak-jinak. Kayra takut kat tupai-tupai tu tapi depa tetap datang kat kayra. Sorry la you all, kayra tak bawak makanan.

Kami makan tengahhari kat pekan Ranau. Papa merungut pasal harga makanan yang mahal. Takpa la papa, bukan banyak sangatpun kita makan. Lepas tu kami patah balik ke kundasang. Mama beli buah makan kat bilik. Mama tu kalau papa tak larang, habisla dia borong segala sayur mayur tu. Bukan kita boleh masak la mama. Strawberry mahal la kat sini compare to Cameron Highlands tapi mama beli lah sikit sebab kayra suka makan. Lepas tu kami balik bilik. Rehat sekejap.
Petang. This is my favourite activity here. Kami ke Dairy Farm. Kayra tengok banyak lembu. Permandangan cantik macam kat New Zealand hehehe…Tak payah cerita banyak. Lets the picture tell the story…

Malam. Dinner kat Kinabalu Pine Resort. Tapi sebelum tu, biar papa kayra snap the view sat before we enjoy our steamboat. Tersengguk-sengguk kayra kat meja makan sebab mengantuk. Lepas mama letak mi dalam pinggan, kayra nampak mi tu macam suruh kayra telan dia je. Hilang sekejap mengantuk kayra. Sesudah steamboat, boleh lagi papamama bawak kayra keluar pergi kedai makan kat luar minum kopi sekejap. Pastu, siap bungkus nasi goreng lagi.
Dah selesai hal tu. Sebelum sampai bilik kami feeding arnab jap. Comel-comel dan gemuk-gemuk arnab kat situ.
Balik bilik. Kayra layan cd lagi. Pastu, mama tutup lampu suruh kayra tidur. jangan tak percaya, kat sini kayra tidur pukul 8.30malam. Hehehe…
 Esok last day kat sini. Kami dah bertolak ke Kota Kinabalu balik esok…
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: