My papa turns to 32

Published Julai 9, 2011 by syarida
Mama bagitau kayra 8 julai harijadi papa. Papa dah 32 tahun ni. Mama kata takda kek untuk papa tahun ni sebab papa tak suka makan kek sangat. Tapi papa nak buat makan-makan sikit kat ofis dia. Kat rumah, mama janji nak buat mi ayam yang papa suka. Kayra pun tak pernah makan mi ayam tu, tapi mama kata kayra dah boleh makan pedas sikit-sikit, so kali ni kayra nak try la.

Selamat Hari Jadi Papa. Ini hadiah dari mama dan kayra. Mama kata papa suka colour biru. Mama pilih kemeja warna biru gelap sebab papa nampak kurus sikit kalau pakai biru gelap.
mama buatkan papa puding jagung untuk papa bawak pergi ofis untuk jamuan makan-makan sempena birthday papa kat ofis. Sedap tau. kayra pun suka.
Seperti yang dijanjikan. Mi ayam untuk papa. Rasa macam sizling mee atau claypot noodle. Sedap ni. Kayra first time rasa. Lain kali nak lagi.
Pada malamnya papa ajak keluar lagi. Papa nak pi Pulau. Kami jumpa maksu dan paksu kat sana. The birthday boy asked for char kue teow. So mama ikut je. Mama tu kayra tau la tak gemar sangat kue teow. Tapi takpa, kerana ini permintaan boys to men yang baru sambut hari jadi, mama turutkan je la.
Kayra tengok papa hari ni ketawa-ketawa je la. Happy sangat ke umur bertambah ni ? Kayra pun tak faham la. Kalau mama tu, tak suka tambah-tambah umur ni…
Kayra selalu teruja sangat kalau dapat keluar-keluar ni. Ye la, kalau kat rumah kayra sorang saja. Berkawan pun dengan papamama je. Bila keluar, baru la kayra dapat tengok dunia sikit. Kayra dengar mama cakap kat papa, kayra ni tak duduk diam seminit. Macammana nak diam mama, semua benda kayra tengok menarik la….
Tengok tu, papa kayra makan banyak. Sampai dua pinggan char kue teow. Bukan mama punya sebab mama tak suka makan kue teow. Maksu dan paksu pun bukan sebab depa baru je makan nasi kandar.
Mama dan papa kayra. Mama tu saja je la tu . Nak sibuk-sibuk bergambar dengan birthday boy.

Maksu dengan paksu. Maksu ni adik mama. Paksu pulak adik ipar. Mama ada empat kakak, seorang adik lelaki. Seorang adik perempuan. Papa pulak ada dua orang kakak je.
Macammana nak buat isyarat tangan ni…? Puas paksu ajar tapi kayra tak pandai-pandai. Susah la nak lipat-lipat jari. Mama cakap seni melipat jari tu tak ada kena mengena dengan genetik. Apa- apa je lah mama ni.
Kami lepak-lepak dekat dengan kawasan laut belakang apartmen maksu. Seronok jugak main-main dengan lampu ni.
At last, pandai jugak kayra buat isyarat tangan ni.

**** Peace No War ****

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: