Gaya…..Gaya…..Gaya….!!!

Published Jun 23, 2011 by syarida
Dua tiga hari ni jadi malas plak nak update blog. Takda sebab sebenarnya. Maklumla puasa, rasa malas tu menggebu-gebu tiba. Rumah pun malas nak mengemas. Sampaikan pagi tadi papa cakap, nanti tengok-tengok sikit rumah, dah macam huru-hara ja nampak. Dua tiga hari ni jugak kayra makin lasak dan sensitif. Panjat, lompat, bila mamapapa marah mula la nak buat muka sedih, pastu menangis tak keluar suara. Petang semalam papa ambik dari rumah pengasuh, mulut kayra lebam. Kata pengasuh, kayra jatuh sofa sebab memanjat. Aduhai anak mama… Bila jadi macam ni teringat la cakap mak mertua, ‘dulu ida teringin sangat anak lelaki, sampai kayra pun perangai macam lelaki’. Mungkin tu kebetulan. Tapi memangla, dulu memang mama teringin anak lelaki. Sekarang ni, bila tengok muka anak mama yang makin lama makin comel, tak kisah dah perempuan pun. Tapi impian tu mama simpan untuk anak kedua, kalau ada rezeki. Yang bestnya anak perempuan ni, boleh dandan cantik-cantik, ikat rambut macam-macam stail, ikat kuda la, pintal la. Macam-macam koleksi sepit rambut kayra dah ada. Getah ikat rambut yang macam-macam colour tu pun banyak. Baju dan gaun tak payah cakap la, berlambak-lambak.
Cadangnya kat sini mama nak letak banyak gambar kayra dengan macam-macam gaya lagi. tapi tengok-tengok gambar sikit je yang ada kat pc mama ni. Lagipun koleksi gambar kayra banyak papa yang simpan. Yang ada kat sini sikit je. Gambar kayra masa baby pun kat mana ntah mama simpan. Jom kita tengok gambar kayra dengan gaya rambut.
Kayra dengan gaya butterfly bersusun kat kepala

Gaya Bebas
Gaya di tepi tasik
gaya rambut ikat ulat-ulat
Gaya sepit-sepitan dua
Gaya muslimah
Gaya ‘ The Nanny ‘
Gaya Sha Na Na
Mama rasa orang lain pun sama. kalau ada anak perempuan mesti nak dandan dan bagi pakai macam-macam. Mama pun ada gak koleksi kayra pakai macam-macam baju. Nanti mama letak kat sini. Lagi satu, barang-barang untuk anak perempuan ni macam-macam dan banyak yang kita boleh gayakan. Geram saja kalau jalan-jalan kat supermarket tu, teringin nak beli baju yang macam-macam colour. tapi papa selalu warning mama sebab tu mama  selalu beringat bila nak membeli untuk kayra. Kadang-kadang terbabas jugak. Hehehe.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: