Kenyang, baju baru dihujung minggu…

Published Mei 16, 2011 by syarida

Dah dua tiga hari tak update, hari ni  ada banyak cerita tapi banyak yang tak dapat sebab ruang yang terhad,  cuba gak cerita sikit-sikit, selitkan gambar sikit-sikit. Minggu ni cerita indah-indah saja, tak ada sedih-sedih. Kita cuba gunakan sebaik mungkin ruang yang dibagi Allah , memenuhi setiap ruang itu dengan menikmati hidup dengan cara kita yang biasa, mungkin sama dengan orang lain jugak, tapi cerita cinta kita ini, mungkin penghayatan kita dengan orang lain tak sama.

Kita ada sebuah rumah kecil yang biasa-biasa, dapur kecil yang biasa-biasa jugak, bilik tidur kecil yang dah bertukar jadi bilik menonton. Hehehe… Tapi kita cuba isikan rumah kecil kita dengan sebesar-besar kasih sayang, ruang yang kecil itu, kita cuba penuhkan dengan cerita cinta yang sarat. Yang akan menjadi kenangan abadi kita untuk selamanya.

dan, di Blog ini…semua akan cuba dicoretkan supaya suatu hari nanti, walaupun salah seorang daripada kita sudah tiada, cerita cinta kita, akan tetap boleh dibaca oleh dia yang tertinggal….manalah tahu…

gaun kenduri, dua helai yang sama untuk kayra n najla, najla tu anak saudara mama, sepupu kayra.
Panas-panas lagi baru dipos dari KL, Tq Apit. Kawan sekelas kat SMI dulu.
Kayra n peekaboo. Dulu belajar berjalan dengan ni.
Berbunga dimata, berbunga dihati. Orkid berkembang dibalkoni rumah..
Cuci-cuci rumah hari sabtu, niat menolong suci dan ikhlas…
Kayra cepat besar, nanti boleh tolong mama…
Topi ni mama beli kat Dufan Indonesia, takut nak pakai…
Saya takut, jangan paksa please…
Tv nak, pc pun nak, yang mana satu kayra ??
Layan kartun kat tv plak…. anak mama, anak mama….
Papa baru sempat nak manja-manja kayra, sibuk sangat ke papa ? kayra ada luka sikit tu….
Mesti ada selit pasal makan, simple je makanan kita kan ??

Yang ni mama masak semalam, something is better than nothing. Tapi sayur takda. Mama tak puas hati. Tapi papa 3 kali tambah.

Watchout your berat mama 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: