keluar malam

Published Mei 10, 2011 by syarida

Semalam papa kata nak tengok lampu pejabat. papa ajak keluaq, mama kata ok. So, papa angkut kami dua orang naik motor. Dah lama kayra tak jalan malam. Mama kata, kalau duduk rumah pun bukan boleh nak tengok cerita korea, kayra je yang conquer tv, asyik-asyik kartun je. Sampai mama pun dah hafal cerita pororo tu kat tv. Bukan tv ja, laptop dengan desktop pun nak pasang youtube tengok kartun gak. Sampai papamama nak tengok berita pun payah.

Sebenarnya petang tadi pun papa ambik kayra naik motor gak. Helmet kayra tak bawak. Tapi papa tetap nak bawak kayra balik naik motor. main redah ja. Rumah pengasuh kayra kat Taman Ilmu, dekat sikit dengan ofis papa. Kalau mama ambik kayra, mama kena patah balik sebab bukan satu jalan. Apapun mama yang banyak hantar n ambik kayra ke rumah pengasuh sebab mama kata, mama nak tengok anak mama sebelum mama pi kerja. Mama kata hujung tahun ni kayra dah boleh pergi nursery dah tapi kayra kena belajar-belajar dah stop pakai pampers. Mama kata kayra dah pandai cakap, so dah boleh cakap kalau nak poopoo.

Berbalik pasal cerita keluar malam. Papa pi ofis dia sekejap, tinggalkan kayra n mama kat taman tepi sungai sebab mama nak tangkap gambar dengan lampu taman. Tapi tak banyak tangkap sebab mama takut nak jalan jauh-jauh kat taman tu sebab dah malam. Kayra boring mama asyik suruh posing ja. Mama marah kayra lawan balik…hehehe… Tak baik tau melawan cakap mama…

Pukul 8 enam minit malam
Mama tolong pakaikan helmet kayra
mama  posing ngan kayra
Masam je muka, boring la tu…
Kamera kat atas pulak ??
ok, dah nak balik, tunggu papa..
Sebelum balik papa nak makan char kue teow pulak…
Satu lagi gambar bertiga, susah nak dapat peluang bergambar bertiga ni…
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: