Down To Earth….

Published April 17, 2011 by syarida

Kita ni sebagai manusia biasa memang banyak kekurangan sesuai dengan sifat kita sebagai hamba. Hari ni aku nak cerita pasal kekurangan aku, kekurangan yang bawa banyak masalah pada aku. Mungkin orang lain ada masalah yang sama, tapi aku rasa benda-benda macam ni yang buat aku rasa macam tak best kadang-kadang.

First of all, aku ni ada masalah gayat. Aku takut dengan ketinggian. Dulu masa kecik-kecik kalau aku panjat pokok, aku takut nak turun. Masalahnya sekarang kalau kena panjat untuk buat kerja, aku masih takut. Nak tengok atap kena panjat tangga pun takut (tangga kayu la..). Apatah lagi nak buat abseling (betul ke eja ni ??..) , flying fox pun aku takut gak.
Dua tiga tahun lepas aku try berjalan kat jambatan gantung ( tree top) kat Frim tipa tiap minggu, pastu dah ok. Itupun berjaya selepas sebulan.

Aku try lepas aku rasa malu bila sorang engineer suruh aku panjat tengok ‘roof beam’, dan aku malu sangat bila tak boleh panjat. Kaki aku macam takleh angkat pijak tangga. Pernah jugak aku rasa macam nak pitam masa kena panjat ‘bumbung rata’ bangunan empat tingkat sebab ada aduan kebocoran. Ini masalahnya kalau gayat, sebab susah la nak buat kerja.

nak kerja susah, apatah lagi nak naik ni…

Lagi satu, aku lambat dalam membezakan kiri dan kanan. Bukan tak tau, tapi lambat. Kadang-kadang tu, bila atas kereta kat simpang kalau driver atau orang dalam kereta tanya nak ke kiri atau kanan, aku tujuk arah kiri tapi cakap, kanan. Aku lambat sikit dalam menentu arah. Keliru kekadang. Segan aku.

Dan masalah minor aku, baca peta. Aku slow sikit. Lembab. Tapi takpa, dengan teknologi yang ada sekarang, dengan gajet gajet yang berlambak. Masalah ni bukan masalah yang besar sangat. Kalau nak cari tempat, guna je GPS.

Hehehe…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: